Thursday, December 18, 2008

English is just a language.


As a respond for my friend vanguard for his entry about English in Science and Mathematics,I'm glad that this issue has been viewed,either love or hate it,the issue about Science and Maths in English is already cripples our society,whether all of you realizing it,or not.

English,is a language,rooted from East Germanic tribe Anglo-Saxon,which traveled to British Isles after the mass movement of German tribe Angeln since Rome ages,and contribute for development of capital city of Rome's province of Brittania,Londinium,known as London.

After the collapse of Rome Empire,the English develops to rule themselves in the isles.However,native population of Celtic(represents Irish,Scottish,Brittany,Wales and Isle of Man,that's why Ezreen so proud to be Celtic FC fan,I guess..),and this German intruders suddenly established England as their kingdom,and with wars and mass murders of the Celtic,this barbaric German tribes becomes force of British Isles.And the monarch established,after the conquest of Kent and Sussex from Mercia in 825.Cut the history,this German tribe suddenly became the greatest superpower in the world,and conquered East to West,as East as Samoan islands and West of Hawaii.

Pax Brittanica,happens since War of Waterloo in 1815 until World War II,as establishing that only English culture considers as "culture".And since then,English became so important that we all need to learn English,while they don't even need to learn our language.

After World War II,the superpowers turns hand to America.Since America also speaks English,the supremacy of English as international language accepted by whole world,except for those who refuse to use it,(Spanish,French etc.)

Why we need to learn English?Some says it's an international language.By enforcement of this superpower(British and America),we simply accept this as "international language".

Nowadays people in the world considers that whoever can't speaks English-it's like your IQ be leveled down,because you can't communicate with your boss,your lecturer,your peers,your business partner.If we travels to Sweden,we speaks English,not Swedes.If we travels to Poland,we speaks English,not Polish.This is ridiculous.I believe IQ is nothing related with your mother tongue it is.

And whoever uses bombastic words of English considers as the great person.And actually,our mind still accepts this hegemony after globalization urging us for multilateral co-operation.

And lately,our idiot government still insist for Science and Math in English.What makes a different to teach Science and Math in English,or in Malay?I believe during Islamic civilization,they speaks Arabic for Maths.No problem right?In Japan where Science and Maths rules,they speaks Japanese,not English.

If some of us urging that English is "knowledge language",I believe you should re-consider your mind.What is language?Language is the art of human communication.Artist uses artistic languages,scientist uses scientific languages,and politicians uses political languages.As simple as that.So,for me,whatever make students understand,use that language.

Well,what kind of language Adam and Eve/Hawa has spoken?Arab?English?Malay?

p/s:sorry for my poor english.

12 comments:

Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...

Kepada Vanguard,

Maafla beb aku tak pasti ko orang Malaysia ke tak kalau kau tak faham ayat aku ni ko mintakla saper terjemahkan untuk kau.

Tapi kau bagi isu mempertahankan bahasa kebangsaan so aku suspik kau orang Malaysia haha ha gurau je.

Ini akui Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan sampai bilapun kita akui. Aku memang setuju dengan hujah Vanguard ni tentang penggunaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sangatlah mengarut belaka.

Hakikatnya perkataan Sains dan Matematik(ada 99 perkataan semuanya) dah ada dalam bahasa Jepun, Korea, Rusia atau bahasa asing yang bukannya Inggeris.

Maka memang mengarutlah alasan bahasa kalau nak kuasai bahasa Inggeris dengan baik so kena aplikasikannya dalam Bahasa Inggeris, karut! Ada lagi nak kuasai Matematik dan Sains dengan baik, belajarlah ianya dalam bahasa Inggeris. Hanya Malaysia je yang longat, negara maju macam Rusia, Korea, Jepun, Thailand lain takdepun. Bahasa Inggeris hanya digunakan sebagai bahasa hubungan diplomatik antarabangsa je bukannya bahasa ilmu.


Terus terang aku pun tak suka sangat Dasar Bahasa Kebangsaan yang terlalu fokus Bahasa Melayu sampai nak abaikan Bahasa Inggeris.

Masalahnya dah takde keseimbangan penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris di Malaysia ni. Hanya Malaysia yang tidak jadikan bahasanya sendiri sebagai bahasa bagi kemajuan pembangunan sebagaimana negara maju yang lain. Negara lain tak jadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama tapi lebih maju gila.

Kemajuan negara bukannya diukur melalui bahasa tetapi sikap positif sesuatu masyarakat itu, kalau rajin berusaha dan bekerja majulah, kalau masih bersifat negatif, malas, tak mau usaha, negara kau guna bahasa Inggers sampai ke tahap Cambridge(kalau salah eja, tolong betulkan) pun tak guna , dapat Bahasa Inggeris Band 7 dalam MUET pun tak guna.

Bagusla kau Vanguard, aku terharu sebab ayat entry kau yang begitu baik Inggeris pun masih perjuangkan bahasa Melayu. Maknanya pemikiran kau tak dijajah sehingga nak kata oh Bahasa Inggeris sahaja yang boleh membawa pembangunan sesebuah negara. Karut!

Bahasa Inggeris memang berperanan sebagai bahasa diplomatik antarabangsa tapi kalau dikata bahasa Inggeris dikatakan bahasa ilmu, bahasa pembangunan buat gelak aku je.

Aku tertarik dengan ramai pakar Matematik dan Sains yang belajar di negara orang putih(yang cakap Bahasa Inggerisla) bantah dengan hasrat kerajaan nak teruskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Macam keputusan UPSR bebaru ni bukannya satu kejayaan besar sebab pelajar boleh pilih nak jawab dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Patutnya Bahasa Inggeris itu patut dimantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajarannya supaya takkan ada pelajar-pelajar yang lemah Bahasa Inggeris ini. Masalahnya yang tak tau berbahasa Inggeris dengan baik adalah majoriti. Nak salahkan mak bapak, mak bapak bukannya semua amik kisah janji hantar ke sekolah, pastu hantar ke rumah dah, aku cakap majoriti, yang dulu pandai cakap Inggeris sebab dari kecil dah diajar mak ayah itu cerita lain. Jadi Kementerian Pelajaran kenala ambil langkah agar Dasar Bahasa Kebangsaan sentiasa mewujudkan keseimbangan penggunaan Bahasa Melayui dan Inggeris. Ini wujudkan dasar bahasa, lepas tu Ketuanan Meloya tapi berhabuk cakap Bahasa Inggeris berlagak macam Orang Puteh ni yang menteri-menteri ni.
Depa semuanya retorik je padahal habuk pun takde.

Sebab itu sistem pembelajaran di Malaysia tidak tentu arah, Inggeris entah ke mana, Melayu entah ke mana.

Taktau mana nak fokus sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris. Takde keseimbangan dan hala tuju yang jelas.

Inilah hasil kemerdekaan Malaysia 51 tahun.

Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia Tanahairku said...

Berikut adalah sebahagian temuramah Suara Keadilan(SK) dengan Dr Hassan Ahmad, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1976 hingga 1988, dapatkan di pasaran sekarang Suara Keadilan edisi 160

Soalan SK: Mengapa Umno mengambil sikap dan mengamalkan dasar yang merugikan Bahasa Melayu?

Datuk Hassan: Umno ubah dasar bahasa pengantar atas tiga alasan yang saya anggap melucukan dan bodoh

Pertama, kalau hendak maju dalam Sains dan Matematik, mesti belajar dalam Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu. Ini menghina bahasa dan bangsa Melayu. Negara China maju dalam bahasanya, menghantar angkasawan mereka dengan roket dalam Bahasa Cina, Rusia pun sama. Jepun maju dalam bahasa mereka sendiri. Ini adalah bukti yang menolak teori Umno. Kedua, kalau hendak mahir Bahasa Inggeris belajarlah melalui Sains dan Matematik. Sepatutnya belajar Matematik tidak perlu sebarang bahasa khusus pun. Saya bertemu ramai pemegang ijazah PhD yang balik dari Amerika, belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris tetapi cakap Bahasa Inggeris pun berterabur. Ketiga, ada menteri Umno cakap apa hendak dibisingkan sangat hanya pasal dua mata pelajaran sahaja. Yang mereka tidak sedar dan jahil sebenarnya sejumlah 89 subjek yang berasaskan Sains dan Matematik terlibat dalam perubahan dasar ini. Kalau ini dibiarkan terus berlaku Bahasa Melayu tidak lagi akan menjadi bahasa ilmu Malaysia.

Malaysia Tanahairku said...

Walaupun Vanguard cakap pasal IELTS and TOEFL, tapi aku tetap ulas topik Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Isunya tetap sama, iaitu Bahasa Inggeris

Cob Nobbler said...

kepada selamba menerpa:

aku bukan nak cakap sape tak reti bahasa inggeris IQ dia rendah,cuba nko faham sikit subtextnya..

orang-orang sekarang ni,kalau nak kata orang tu pandai,die kene speaking london..padahal tak semestinya kan?

aku cakap pada aku la,english ni hanya bahasa je.aku sokong sains dan math dalam bahasa pengantar.

nko tak faham ke aku gunakan ayat memerli orang2 yang anggap bahasa english ni international language pis?ish ish..salah faham tol!

Cob Nobbler said...

"And actually,our mind still accepts this hegemony after globalization urging us for multilateral co-operation."

nko nampak aku tulis ayat ni pis?aku perli..perkataan yang nko copy paste dari aku tu,aku cakap itu anggapan orang ramai.orang ramai anggap sape power cakap english,dia IQ tinggi.pada aku tak,pasal yang cipta bahasa ni manusia gak.

kalau nko faham elok2 ayat aku,maksud aku ialah kita manusia ni semua sanggup terima hegemoni kekuasaan anglo-saxon sebagai superpower dengan iktiraf bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa.sape cakap bahasa inggeris bahasa antarabangsa?aku tak iktiraf pun..

salah faham tol arr!ishh!tu subtext memerli laa..takkan la tak faham pis..huhu!

Ez the Conspirator said...

If you want unification of the world,speak Esperanto!

Malaysia Tanahairku said...

Teks dari blog Prof Mejoh elok kita buat renungan kata-katanya


Bahasa Inggeris atau Melayu

Teman amat tertarik dengan kenyataan Menteri Pelajaran (yang kurang pelajaran) mengenai keperluan mengekalkan sistem pendidikan Malaysia untuk Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Kenyataan ini disokong pula oleh bekas perdana menteri (Mahazalim) Malaysia sebelum ini yang sangat mengagungkan bahasa Inggeris.

Teman agak sedikit malas hendak menyentuh berkenaan isu ini, tetapi hati ini tergerak untuk menulis memandangkan terlalu banyak perkara-perkara yang tidak dipandangkira oleh masyarakat Malaysia apabila tidak menyatakan bangkangan dengan perlakuan gila menteri pelajaran Malaysia semenjak dari dahulu sehingga sekarang.

Kuasa ekonomi dunia

Untuk 10 tahun yang lalu, lima kuasa terbesar ekonomi terbesar dunia adalah Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Cina dan British, dan kedudukan ini kekal agak lama. Negara-negara ini secara tidak langsung telah membentuk lanskap asas bagaimana sesuatu Negara itu harus di perintah. Baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan yang lain-lainnya.

Sementara jika dilihat lima kuasa ekonomi yang naik secara mendadak selepas perang dunia kedua adalah Jerman, Jepun, Cina, Korea dan India. Walaupun Negara-negara ini hampir musnah semenjak perang dunia kedua, mereka bangkit dengan kadar yang pantas untuk menjadi kuasa besar dunia. Mereka ini juga berjaya membentuk satu lanskap baru bagaimana sesebuah Negara perlu diperintah.

Sistem Pendidikan

Kesemua Negara-negara yang teman sebutkan di atas mempunyai satu persamaan yang amat ketara. Negara-negara ini menggunakan bahasa ibunda mereka dalam sistem pelajaran mereka, samada di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah tinggi dan juga pusat pengajian tinggi mereka.

Baik dari mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah, begitu juga mata pelajaran psikologi, kejuruteraan dan lain-lainnya. Semuanya diajar dalam bahasa ibunda mereka. Jika dilihat secara logik, ianya perlu kerana ini akan meningkatkan tahap pemahaman dan keupayaan untuk bertanya dan menjawab.

Dalam bahasa ibunda sendiri, pelajar juga akan mempunyai daya keyakinan yang mantap kerana bahasa perantara semasa belajar adalah bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini tidak perlu diperdebatkan lagi, kerana negara seperti Jerman, China, Jepun, Korea, Taiwan dan Iran telah membuktikan kejayaannya.

Akibat mengagungkan Bahasa Inggeris

Malangnya Negara kita terlalu taksub dengan Bahasa Inggeris dan menjadikannya bahasa perantara bermula dari tadika hinggalah ke peringkat universiti. Penyudahnya, pelajar-pelajar di Malaysia yang tamat pengajian universiti tergolong dari mereka yang kurang berkeyakinan dan hanya mempunyai pengetahuan yang terhad walaupun sudah bergelar siswazah.

Minda mereka ini tidak dapat dikerah ke tahap yang terbaik kerana mereka hanya mampu memberi yang terbaik hanya apabila mereka belajar dan bertutur didalam bahasa ibunda mereka. Walhal mereka ini bukannya bodoh, cuma mereka akan menjadi lebih berwibawa apabila diberi peluang untuk bercakap, bertanya, berdebat, berbincang didalam bahasa ibunda sendiri. Malangnya, peluang ini tidak diberikan.

Universiti tempatan jatuh merudum

Kerajaan berasa hairan bagaimana tahap penilaian university tempatan jatuh merudum melangkaui 300. UKM, UTM, UM, UPM, UKM, UiTM semuanya hancur berderai tak boleh diharap. Kemudian kerajaan bertidak menyalahkan pihak universiti. Ini adalah satu perangai bodoh dari MOE dan MOHE.

Jika kita lihat semenjak dari tahun 1980an hingga ke akhir 1990an. Kesemua pelajar-pelajar yang diklasifikasikan sebagai bijak telah dihantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran. Universiti tempatan telah menjadi universiti kasta bawahan untuk rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana, kesemua pelajar yang masuk ke universiti tempatan diklasifikasikan sebagai pelajar kelas kedua.

Pihak pensyarah telah menghadapi masalah untuk megekalkan pencapaian pelajar semenjak dari tahun 1980an hinggalah ke sekarang. Ini kerana, pelajar yang datang adalah pelajar kelas kedua yang mana tahap pemahaman mereka hanya baik di dalam bahasa ibunda mereka sahaja. Apabila diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris, mereka menggelabah.

Mengambil jalan mudah, pensyarah telah mengubahsuai soalan supaya menjadi lebih mudah. Ini secara tidak langsunng menurunkan kualiti siswazah universiti tempatan. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakkan buku adalah dalam Bahasa Inggeris walaupun kadangkala bahasa perantara adalah Bahasa Melayu.

Langsung tidak ada inisiatif oleh pensyarah-pensyarah tempatan untuk mengalih bahasa buku ini ke Bahasa Melayu. Walhal di negara Jepun, Korea, Jerman, China dan Taiwan, kesemua buku dari tokoh-tokoh pelajaran tersohor telah dialih bahasa ke bahasa ibunda mereka.

Proses ini berlaku selama 20 tahun, jadi amatlah tidak hairan apabila kualiti universiti tempatan juga akan turun sikit demi sedikit. Masalah begini boleh dihalang jika pelajar-pelajar cemerlang tidak dihantar semua ke luar negeri supaya ada keseimbangan.

Keperluan mengajar dalam Bahasa Melayu.

Kerajaan perlu mengambil satu langkah kebelakang dan melihat secara keseluruhan kemusnahan yang telah dilakukan. Belajar dari kesilapan lalu dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dibuang dan digunakan. Merangka satu garis panduan dan gerak kerja untuk menukar sistem pendidikan negara kepada bahasa ibunda; terutamanya di peringkat universiti. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat.

Sebelum bangsa musnah

Teman akan ulang pendirian teman buat keseribu kali. Menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah untuk Sains dan Matematik, di universiti untuk kuliah adalah salah, salah dan salah.

Manusia jenis apakah yang akan bertegas untuk melaksanakan sistem pelajaran dalam bahasa inggeris sedangkan mereka tahu tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar melayu adalah lemah? Jawapannya adalah UMNO.

Harapan teman kepada pemerintah, PR ke, BN ke; minta tolonglah.Gunalah akal yang Allah berikan kepada kamu.

Mejoh

Shaiful Mukhelas said...

Ahahahah ... Ezreen right .. speak esperanto brouhahahahahha!!!!