Wednesday, December 25, 2013

Cheongsam, Rahsia Cantik Wanita China

Cheongsam merupakan pakaian tradisi malar segar masyarakat Cina; rekaan klasiknya begitu cantik membaluti susuk tubuh wanita.

Secara asasnya, cheongsam yang bermaksud pakaian panjang dikenali dengan rekaan kolar tinggi dan tertutup dengan pilihan lengan baju berpotongan pendek, sederhana, mahupun panjang. Butang tersisip rapi di sisi bahu kanan, sedikit longgar di bahagian dada dan terbelah cantik di sisi bawah kiri dan kanan rekaan tersebut.

Digelar sebagai gaun mandarin oleh industri fesyen barat, variasi potongan cheongsam yang diberi sentuhan tersendiri oleh para pereka fesyen kontemporari menjadikan cheongsam satu busana moden yang mampu menyerlahkan sisi anggun dan seksi wanita urban, melewati sempadan bangsa. - See more at: http://www.gua.com.my/seroja/fesyen_rekaan/Indah_Cheongsam_Kontemporari.html#sthash.0nLLpqkG.dpuf

Cheongsam membalut keindahan tubuh pemakainya dan membuat setiap mata yang memandang terpesona. Kolar tinggi membuatkan leher terlihat jenjang dan indah. Potongan lengan, memberikan kesan bahu yang lebar. Kancing di sisi kanan merupakan keistimewaan yang tersendiri. Belahan di kedua-dua sisi membuatkan pemakai nampak lebih anggun dan seksi. Rupanya itu rahasia wanita China agar tampil lebih cantik.











Disalin daripada: .http://malay.cri.cn/741/2009/04/10/125s97307.htm

2 comments:

Belly Ballot said...

Thanks for writing such a good article, I stumbled onto your blog and read a few post. I like your style of writing. web design wordpress

Unknown said...

Where to buy this cheong sam