Showing posts with label hukum Islam. Show all posts
Showing posts with label hukum Islam. Show all posts

Saturday, January 3, 2009

Hudud:Dua Undang-Undang dalam Satu Negara? Satu Ulasan santai

Penulis ingin merujuk persoalan yang dilontarkan oleh sahabat saya Saudari Ezreen berkenaan Hudud di dalam blog beliau. Penulis melampirkanya di sini utuk sama-sama kita perhalusi dan dikongsi perbincangan ini.

Persoalan Ezreen :

Hudud:Dua Undang-Undang dalam Satu Negara?

Ada rakan bloggers saya memberitahu saya tentang hukum hudud yang jelas sekali dipeningkan oleh PAS.Saya bertanya kepada penyokong PAS tentang "how sure undang-undang hudud itu boleh dilaksanakan di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?"

Lalu ada yang menjawab.Justice Note berkata,undang-undang hudud yang akan dilaksanakan di Malaysia,mengikut kata-katanya yang saya fahami,akan terbahagi kepada dua.Undang-undang hudud akan dilaksanakan kepada orang Islam,sementara yang bukan Islam akan dipanggil takzir.

Sekarang,jawapan dia menjurus kepada satu lagi soalan dari saya.

"Kenapa warganegara yang berlainan agama dikenakan hukuman yang berbeza?"

Mengikut kefahaman saya,negara yang mengamalkan dua undang-undang terhadap dua kaum/kelas/agama/kumpulan yang berbeza,dipanggil sebagai Apatheid,seperti yang dilaksanakan di Afrika Selatan satu masa dahulu.

Pada zaman Apatheid,undang-undang yang dikenakan terhadap kaum kulit putih adalah berbeza dengan undang-undang kulit hitam.Begitu juga dengan pembahagian kawasan,Soweto untuk kulit hitam,Bloemfountein untuk kulit putih.

Sekarang,kenapa yang bukan Islam tidak dipotong tangannya sekiranya dia mencuri?Kenapa yang Islam sahaja?Disini saya tidak faham dengan anda semua.

Ini dipanggil racial segregation.

Racial segregtation dalam istilah politik bermaksud:-pemisahan antara kaum/kelas/agama sama ada dari segi tempat awam,undang-undang dan kawasan perumahan,serta hak-hak sesuatu kaum diasing-asingkan mengikut ras/kaum/kelas/agama.

Sekarang,sekiranya masyarakat Islam dikenakan hudud,tetapi yang bukan Islam dipanggil takzir,dimana keadilan yang dikatakan itu.Satu negara perlukan satu undang-undang,jika tidak,satu puak akan tidak bersetuju dengan puak lagi satu.Itu adalah lumrah manusia.

Sekiranya mencuri itu hukumnya dipotong tangan,what if sekiranya orang itu disalah sabit hukuman?Orang menuduh dia mencuri tetapi sebenarnya tidak,apa hukumnya kepada saksi palsu?Bagaimana orang ini mahu mempertahankan haknya sebagai orang yang tidak bersalah?

Mengikut hukum hudud,apa yang saya faham,sekiranya zina wajib disebat 100 kali bagi belum berkahwin,tetapi what if orang mereka-reka cerita,kerana dikatakan wajib ada 3 orang saksi.

Siapa yang nak jadi saksi untuk penzinaan?

Dan bagaimana hukuman takzir itu?Apakah kalau orang bukan Islam mencuri,hukumannya membayar 200 ringgit kepada hakim?Atau bagaimana?

Penjelasan anda tidak terang malah tidak menyakinkan saya yang parti PAS tidak benar-benar berminat untuk memperjuangkan agamanya bagai dikata.


Jawapan Penulis dalam teks asal

Ada beberapa persolan yang ezreen timbulkan di sini..
Terus terang saya katakan saya 'menyangka' anda sudah faham dan arif dgn persoalan hudud, sbb itu saya kira tidak mahu menjelaskan dgn panjang lebar..namun telahan saya kurang tepat..


Persoalan anda yang pertama, berkenaan penggunaan undang-undang yang berbeza..tidak adil dan sebagainya kpd kaum, puak, kelas dan sebagainya..Anda maksudkan dlm soal aplikasi hudud..


Saudari, soal ini bukan soal baru , ianya bukan saja timbul dlm soal hudud saja..Jurisprudens law telah lama membincangkan soal ini..biar saya berikan contoh..di Malaysia telah wujud banyak undang-undang yang tidak sama sekali digunakan dlm kelas yang sama.contohnya, Sultan dan raja mempunyai 'kekebalan' di mana mereka tidak boleh didakwa jika melakukan kesalahan jenayah di mahkamah biasa, ttp boleh hanya didakwa di mahkahamah khas raja-raja dan dengan pelbagai kistimewaan lain.Adakah ini tidak adil? bagi kita di Malaysia soal adil tak timbul sekiranya sultan menerima 'layanan' berbeza dari masyarakat lain, wlpn ia juga manusia yang sama dgn kita dan melakukan kesalahan yang sama..


Contoh ke 2, adakah sama di malaysia atau di mana-mana negara seorang kanak-kanak atau pesalah juvana yang mencuri atau melakukan kesalahan jenyah lain dari sudut hukuman dan perlaksanaan perbicaraan? tidak sama..mereka dibicarakan di mahkamah khas dan hukuman mnereka tidak sama dgn golongan atas umur dan dewasa. Mereka akan disumbat ke dalam Pusat pemulihan akhlak dan sbgainya.kalau membunuh mereka tidak akan digantung..Adakah ini adil? bagi kita ia adil..dan golongan wanita di malaysia tidak akan dikenakan hukman sebat..adil? adil kan, wlpn ada diskriminasi gnder.

Saya rujuk kpd perkara 8 perlembagaan Malaysia, iaitu semua org adalah sama rata di sisi undang dan berhak mendapat perlindungan sama rat adi sisi undang-undang..

Ini yang anda maksdkan sblm ini..ttp sebenarnya pemakaian peruntukkan frasa perlembagaan ini bukanya mutlak..ia tertakluk kpd tafsiran mahkamah. Di mana hakim Raja Azlan Shah di dalam kes PP V. tengku mahmood Iskandar menyatkan perkara 8 perlembagaan itu bermaksud SEMUA ORG BERHAK DIPERLAKUKAN SAMA RATA OLEH UNDANG-UNDANG, DAN MAKSUD PERLINDUNGAN SAMA RATA DI SISI UNDANG2 ADALAH *SEMUA ORG YANG SAMA MESTI DIPERLAKUKAN DENGAN SAMA*..justeru itu perbezaan adalah dibenarkan di antara mereka yang berbeza.Ini sering dirujuk sbgai 'rasional classification'..


Perkara 8 ini juga tidak bermaksud semua undang-undang hendaklah bersifat umum dan boleh dipakai secara sama rata kpd semua.Badan perundangan boleh mengubal law yang hanya terpakai kepda satu kumpulan atau kelas dengan syarat-syarat tertentu. Saya petik penghakima Tun Sufian dlm kes Datuk Haji Harun Idris V. PP, belia menjelaskan syrat pengkelasan munasabah hendaklah mempunyai sifat antaranya, rasional,berdasarkan perbezaan yang wajar ,serta terdapat nexus di anatara dasar pengkelasan dan tujuan akta..Dan di malaysia keistimewaan kpd bumiputera adakah dianggap tidak adil?dianggap sebagai racial segregation.? di malaysia ia dibenarkan hatta di negara lain ia diapanggil diskriminasi positif. Ini juga disokong oleh ahli falsafah barat iaitu John rawls, dlm karya beliau iaiutu A theory of justice..anda boleh semak dan rujuk..


Maka saya berbalik kepada soal hudud..maka jika anda memahami perkara diatas,.... tidak timbul ketidakadilan dalam soal hudud dari sudut bukan islam yang tidak mengguna law yang sama ..Dan saya kira ORANG ISLAM ADALAH BERHAK UNTUK MENGGUNA PAKAI HUKUM HAKAM ISLAM..itu hak mereka ,dan ini tertakluk kpd perlembagaan malaysia di dalam hak kebebasan beragama. maka termasuk di dalam perkara ini ialah jika mereka nak laksanakan hukuman hudud yang mana adalah antara kepercayaan agama mereka itu dibenarkan. Itu bahasa mudahnya..Tidak enak jika saudari 'melongokkan' persoalan hudud ini tanpa membincangkan ia secara mendalam dan terus 'membakulkan' persoalan ini sbgai racial segregation atau Apatheid..sungguH tidak sesuai penggunaan konsep itu.


Satu lagi, soal org islam tidak bersetuju dgn hudud..ini soal keimanan mereka pada tuhan..hudud sbgai melepaskan tanggungan mereka di akhirat nnt.terpulang kpd mereka mahu menerima hukuman itu atau tidak..yang penting pemerintah perlu laksanakan..Sebab antara prosedur perlaksanaan hudud, jika org ditangkap itu lari ketika mahu dilaksanakan hukuman, maka jangan dikejar atau diburu..,biarkan saja..itu urusan mereka dgn tuhan ..Soal hudud ini tidak mampu dihurai dalam perbincagan singkat ini..Saya mengambil masa yang cukup lama untuk benar-benar memahami ianya secara khusus dan sampai ke hari ini saya masih dlm proses mempelajarinya..

Persoalan mencuri dan pemotogan tangan,soal berzina dan saksi dan semua persolan itu, maaf saya katakan anda tidak jelas dan hanya melihat ditas permukaan di dalam hal hudud ini. soal siapa saksi berzina? mmg payah nak nmpk berzina depan mata kan? 3 saksi plak..betul..maka jika tidak cukup saksi maka dijatuhkan hukman takzir.hukuman takzir merangkumi penjara atau apa saja yang difikirkan patut oleh pemerintah.Terfikir kenapa zina memerlukan 3 saksi? ia menujukkan tuhan itu maha adil agar tidak senang2 kita menuduh orang berzina, dan bukan mudah untuk sampai melihat org itu disebat..islam tidak kejam seperti yang disangka.Dan di zaman rasul, ada seorang wanita megaku di depan rasul ianya berzina, maka rasul memarahi dia dan meyuruh dia balik..sampai 3 kali ia berjumpa rasul, dan rasul memarahinya dan menyuruhnya balik. maka apabila ia datang lagi rasul menyuruh ia menyusukan dahulu anak yang baru dalahirkan itu dan datang berjumpa semula..maka barulah dijatuhi hukuman..maka jelas kita nmpk islam itu sngt indah dan hudud itu bukan bertujuan untuk menyeksa, ttp lbh kpd mendidik..Bukan senang nak lihat hukuman hudud itu dapat dilaksanakan..banyak syarat yang ditetapkan Allah sblm ia dapat dikenakan ke atas umatnya. Islam Itu adil..


maka kesimpulan di sini, saya menyarankan anda jika mahu memahami persoalan hudud ini, sila rujuk degan mendalam termasuk dari sudur prosedur , syarat-syarat dan perbincangan oleh ulamak.Maka baru anda dapa memahami apa itu hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS yang hanya bertindak sbagai medium perlksanaan sahaja. Anda juga harus memahami konteks undang-undang perlembagaan malaysia termasuk soal bidangkuasa negeri dan persekutuan untuk memahami kenapa sampai sekarang hudud tidak dapat dilaksanakan di kelantan dan terengganu WALAUPUN UNDANG-UNDANG ITU TELAH ADA DAN DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DAN SULTAN. Maka jelas PAS sudah berusaha semaksimum mungkin dengan kuasa yang ada untukmelaksanakan hudud di negeri yang mereka perintah iaitu kelantan dan terengganu. Ttp halangan yang wujud untuk membolehkan ia dilaksanakan secara 'legal' adalah dari sudut undang-undang perlembgaan persekutuan yang terletak di bawah kerajaan pusat. Dan antara sebab lain PAS bersusaha untuk menguasai kerajaan perseketuan agar dapat merombak halangan-halangan yang menyekat perlaksanaan hudud di kalangan org islam dari sudut perlembagaan persekutuan.Ini soal undang-undang negara, anda boleh rujuk setersunya di mana-mana.



Maka apabila anda mengatakan PAS itu hanya pandai ckp saja pasal hudud, dan kenyataan anda bahawa adakah pas benar2 memperjuangkan hudud adalah sama sekali satu kenyataan yang dibuat tanpa melihat secara praktikal apa yang telah dilakukan PAS dari sudut perlaksanaan hudud itu diperingkat negeri.Itu sbb suka saya menyatakan di dalam membicarakan soal hudud sila lihat secara jelas dan telus serta dari pelbagai aspek termasuk sistem undang-unang malaysia yang sedia ada, dan apa yang telah PAS lakukan.Jangan hnya melihat secara mata kasar.


Pemerhatian anda selama 10 tahun di malaysia akan PAS tidak memungkinkan anda memahami semua ini secara praktikal.Maaf jika saya berkata begitu..ttp itulah hakikatnya..PAS sudah meluluskan undang-unang hudud di kelantan lebih 10 tahun dahulu, dan di terengganu pada tahun awal pemerintahan di sana. Semua telah mendapat perkenan sultan dan DIWARTAKAN.. apa lagi yang PAS bole buat dengan kuasa Negeri apabila sst undang-undang itu berjaya diwarta?itu saja kuasa dan usaha maksimum yang boleh dilakukan..seterusnya harus menunggu apabila ia berjaya memerintah Malaysia..


Saya harap anda dapat memahami apa yang cuba saya nyatakan..Apa yangs saya nyatakan ini adalah berdasarkan pengetahun saya di dalam pengajian undang-undang sivil dan syariah.Masih bnyk yang belum saya ketahui, namun saya kra ilmu yang sedikit ini kiranya boleh sama-sama kita manfaatkan dan kongsi bersama.Kurangkan retorik dalam berfikir

Tuesday, December 2, 2008

Kewajiban mengangkat Khalifah menurut dalil al-Quran,as-Sunnah, Ijma` Sahabat


Assalamualaikum dan good evening to all bloggers here

Sekarang sudah sampai masanya MRM terangkan tentang dalil yang mewajibkan orang Islam wajib menunaikan sistem pemerintahan Islam/khilafah

Khilafah/Imamah
adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembangkan risalah/dakwah Islam ke seluruh pemjuru dunia (Taqiyuddin An Nabhani, Nidzamul Kukmi fil Islam,hal 17)

1.Dari dalil al-Quran:

"Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulullah Muhammad dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(al-Quran) dan Rasul(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya" (Qs an-Nisa'(4):59)

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kaum terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" (Qs al-Maaidah(5):49)

"Maka putuskan perkara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu"(Qs al-Maaidah[5]:48)

2.Dari dalil As-Sunnah

Abdullah bin Ubai meriwayatkan,"Aku mendengar Rasululullah mengatakan"Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Qiamat dengan tanpa hujag. Dan barangsiapa mati sedangkan lehernya tidak ada bai`ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah"(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesungguhnya Imam(Khalifah) bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung"(Hadis Riwayat Muslim)


Dahulukan urusan politik(siasah)Bani Israel diurus para nabi. Bila wafat seorang nabi dan diganti dengan nabi lain, sesungguhnya tidak ada lagi Nabi sesudahku akan tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak. Lalu para sahabat bertanya "Apa yang engkau perintahkan dari kami?"Rasulullah menjawab "Penuhila bai`at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang mejadi kewajiban mereka," (Hadis Riwayat Muslim)

3.Dari dalil Ijma` Sahabat

-Def: Kesepakatan para sahabat bahawa itu adalah hukum syara` atau persetujuan mereka berkenaan suatu hukum dalam suatu sumber.

-sebagai sumber hukum Islam ketiga,Ijma1 Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat sorang khalifah sebagai pemimpin bagi kaum Muslimin hukumnya adalah wajib
Mengikut sejaranya

(1) Mereka bersepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Asd-Shiddiq. Umar al-Khattab, Usman Affan,Ali Abu Talib ridhwanullah`alaihim

(2) Jenazah Rasulullah tertangguh selama tiga hari dua malam kerana para sahabat ,emdahulukan pengangkatan seorang khalifah(Hal ini tidak mungkin terjadi jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah fardhu dan wajib diutamakan daripada menguburkan jenazah)

Seluruh sahabat selama hidup telah bersepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering mempunyai perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layaj untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namum mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya menangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah maupun ketika penggantian masing-masing Khalifah yang empat.

Oleh itu Ijma` Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat selain kedua-dua dalil sebelum ini, mengenai wajibnya mengangkat Khalifah


Sekian saja untuk kali ini. Minggu depan, Insya-Allah MRM akan terangkan pendapat para ulama` dan daili dari kaedah usul mengenai sistem khilafah ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Monday, November 10, 2008

Renungan bersama untuk Muslimin dan Muslimat




1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah sal ah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, November 9, 2008

Pemerintahan Khilafah(Islam) menitikberat keadilan semua penganut agama Islam dan bukan Islam



Assalamualaikum, good morning! To all bloggers of this blogs`group


Izinkan saya bercakap sedikit pasal sistem Khilafah

Khilafah, adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dan juga bukan Islam(Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam, bebas beragama, kecuali bila orang bukan Islam dah masuk Islam) untuk menegakkan hukum-hakam syariat Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah, adalah kesinambungan pemerintahan kerajaan Islam yang diwarisi Rasulullah, satu-satunya pemerintahan kerajaan yang wajib bagi seluruh umat di seluruh penjuru alam. Ianya berdiri atas wahy dan akidag serta wajib adanya. Maka struktut Khilafah berbeza dengan semua sistem yang dikenali di dunia sekarang ini, yang mana kesemuanya dibangun dasar akal semata-mata meskipun ada yang mendakwa mirip dalam sebahagiannya.

Struktur negara Khilafah adalah yang telah dijalankan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W. dan diwarisi para sahabat sehingga ke zaman pemerintahan empayar Turki Othmaniah

Khalifah- seorang individu wakili seluruh umat manusia dalam urusan pentadbiran jekuasaan politik, serta dalam menetapkan hukum syarak. Oleh kerana agama Islam menjadikan pemerintahan dan kekuasaan milik umat maka dalam hal ini umat mewakilkan seseorang melaksanakan pemeintahan kekuasaan itu sebagai wakilnya. Allah S.WT.mewajibkan umat menetapkan dan menerapkan hukum syarak secara keseluruhannya.

Dengan demikian Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh itu tidak ada seorang Khalifah pun akan terlantik kecuali setelah dibai`at oleh umat . Bai`at yang dilakukan umatlah akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil sekaligus Khalifah. Pengakatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai`at beerti umat telah memberikan kekuasaan(untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana beliau(Khalifah) melaksanakan hukum syarak.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin serta kaum dari agama lain tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah dibai`at oleh ahli halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan ba`iat in`iqad(bai`at pengangkutan) yang sah dari segi syarak, iatu dilakukan dengan rela dan redha dan kebebasan memilih, tanpa dipaksa serta calon itu mesti memenuhi syarat-syarat in`iqad. Syarat untuk in`iqad Khalifah ada tujuh: Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Selain itu ada syarat afdhaliyyah(keutamaan) yang didokong nas-nas sahih ataupun rentetan dari Nas-nas sahih. Contihnya, Khalifah harus di kalangan Quraisy(bukan Quraisy pun boleh sebab dah banyak kaum sekarang, janji Islam), seorang mujtahid, berani, politikus ulung, mahir dalm ilmu perang dan sebagainya.

Baikla untuk pengetahuan Cik Ezreen, sistem Khulafah ini boleh dilaksanakan ketika ini apabila ada pemimpin yang cukup syarat bersetuju nak laksanakan hukum syarak ini.

Apabila pemimpin ini bersetuju maka wajiblah bagi seluruh umat Islam lain ba`iat pemimpin itu sebagaimana dalam hukum Islam sendiri, terpulang nak ikut atau tidak, tapi kalau buat salah tetap kena tindakan yang berlandaskan hukum syarak kalau Islam kalau yang buat tu orang Islam. Orang bukan Islam yang buat salah tak diberi hukuman yang sama dengan orang Islam, bukankah itu benar-benar adil dalam Islam?



Kenyataan Ezreen:
Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?

Saya jawab, Islam tidak mengajar penganutnya menyebarkan agama Islam melalui kekerasan, walaupun bendera Arab Saudi(sama habis dengan bendera Islam sejati, cuma berwarna hijau dan ada gambar pedang, nak lihat bendera Islam sejati, lihat di profil Mata Rakyat Malaysia, itu bendera yang dikibar Rasulullah, cuma Arab Saudi mengubah latar nya yang hitam kepada hijau, ditambah dengan pedang yang kalimah Laillahhailallah... sama je.


Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah,bukannya kita hipokrit, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Kita kaji zaman Rasulullah, mana ada perang yang memaksa orang kafir masuk Islam, perang Badar dan lelain tu nak pertahankan umat Islam. Yang jadi masalah sekarang ialah memang bangsa Arab ni dari dulu dan sekarang panas baran sifat mereka, memang dah sebati, kecuali kalau mereka ikut Islam 100%. Sebab itu Allah turunkan Islam dan menabalkan Rasul terakhir di kalangan orang Arab Quraisy.

Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Yang kata hukum Islam itu kurang sesuai dilaksanakan itu adalah propaganda. Yang penulis kesalkan ada orang Islam yang tidak setuju dengan alasan tanpa mengkaji betul-betul ikut maka dan tempat. Bertenanglah, yang berlandaskan Islam seperti Khulafah ini tidak akan zalim terhadap orang bukan Islam, takkan teraniaya punya.

Yang jadi masalahnya hari orang Islam sendiri tak ikut Islam 100 %. Kalau orang Islam yang paling ramai penganutnya di seluruh dunia bersatu bayangkan orang Islam akan gagah dan disegani oleh orang bukan Islam. Takde lagi negara bangsa seperti negara-negara yang ada di seluruh dunia yang telah disempadankan. Memang Allah cipta manusia berbeza kaum supaya saling kenal mengenal, tetapi yang pentingkan adalah perpaduan. Hanya dengan ikut Islam sahaja perpaduan sejagat antara orang Islam dan bukan Islam tercapai.

Malah dengan mengamalkan nilai dan akhlak yang baik di kalangan orang Islam sedunia ini maka penulis percaya bahawa ini adalah pendekatan psikologi untuk menarik orang bukan mengenal Islam dan sekaligus berminat nak tau pasal Islam dan memeluk Islam sebab melihat akan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh orang Islam sedunia sendiri.

Penulis tau Ezreen marahkan PAS, tapi jangan sebab marahkan seekor nyamuk je seluruh kelambu nak dibakar. Memang di kalangan umat Islam banyak masalah, di Malaysia Ezreen marahkan PAS yang rasanya ektrem baginya. Itu adalah kerana PAS sendiri bersemangat mau maintain perjuangannya dengan dari dulu, kini hingga ke akhirat, berteraskan Islam, walaupun dah kerjasama dengan KeADILan-DAP dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya orang PAS kena baiki sikit je sikap mereka, nak laksanakan Islam teruskan, cuma mesti ada strategi yang berkesan yang mereka mesti laksanakan sekarang.

Mengenai masalah umat Islam di negara lain ditindas seperti di Palestin,Iraq dan Afganistan dan memana, kalau seluruh umat Islam bersatu di bawah Khulafah, maka secara sendirinya umat Islam di negara lain akan bantu dan memerangi mereka yang zalimi umat Islam di tempat tersebut. Sekarang tak boleh alasannya, sempadan! Dalam sistem pemerintahan Khulafah, tiada sempadan maka tidak ada masalah PATI kerana semua manusia boleh bergerak bebas ke mana-mana seluruh dunia tanpa passport lagi, yahoo! Bahasa takde masalah sebab majoriti masyarakat dunia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris, takpun dalam keadaan sekarang pelbagai kaum pun seluruh boleh komunikasi. Takde lagi Melayu, Cina, India, Jawa, Irish, ha ha ha! Sebab dunia ni milik Allah yang kita semua masyarakat sedunia berkongsi.

Untuk pengetahuan Ezreen, kalau saya tak buat pun benda ni berjalan jugak. Kalau awak tak setuju dengan pelbagai alasan pun benda ni tetap berjalan juga, cuma pertubuhan sejagat U.G. ada banyak cawangan sedunia ni sedang dalam proses nak laksanakan benda ni.

Bukaklah link ini http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=789:khilafah-semakin-dekat-khilafah-is-coming&catid=50:khilafah&Itemid=29

Tapi kepada orang bukan Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu nak burukkan Islam termasuk dari segi pemerintahan sampai ke orangnya. Orang baik dan jahat tetap ada walaupun Islam atau tidak. Cuma semua pihak kena kaji dan teliti, betul betul tentang sistem Khilafah ni, terutamanya orang bukan Islam, bukannya nak paksa orang bukan Islam peluk Islam. Dalam pemerintahan Islam masyarakatnya yang beragama lain bebas beragama. Tengok di Kelantan orang bukan Islam pun takde masalah dengan pemerintahan berteraskan Islam, walaupun belum laksanakan hukum....Zaman pemerintahan Nabi Muhammad, baginda pun cakap pasal agama Islam di hadapan orang bukan Islam, kenapa? sebab baginda Nabi?Nabi pun manusia macam kita kalau nak kata hatinya dicuci sekalipun, atau peristiwa Israq Mekraj, itu adalah spotlight kepada Allah juga. Kepada yang bukan Islam saya percaya anda semua yakin dengan kekuasaan mutlak Tuhan.

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

Ezreen, perahu sudah ada, pendayung pun sudah ada dari dulu lagi. Cuma kami menanti siapa yang tolong kayuh.

Ezreen, saya harap kaki awak okey lepas ni dan sembuh terus tak perlu bedah lagi.Mungkin kena makan Chicken Chop bapak Nomy kot baru tumbuh balik tisu daging dan kuatla balik tulang dan daging. Siap promote lagi Nami sedekahkan aku free Chicken Chop, he he gurau je.

Saturday, November 1, 2008

Norman Hakim ditangkap basah,wajarkah beliau bela diri?


Apabila pelakon filem dan TV Malaysia Norman Hakim ditangkap, beliau cuba menafikan bahawa belaiu bermaksiat dengan pelakon Mimie yang berdua-dua dengannya pada jam 2.30 di pejabatnya.

Beliau boleh menafikan berbuat maksiat dengan wanita lain, namun yang pastinya isterinya pelakon dan penyanyi Abby Adabi terluka kerana lelakinya ditangkap ketika berdua-duaan dengan wanita lain.

Kalau ikut hukum Islam dan kalau benar disabitkan kesalahan, beliau mesti direjam sampai mati sebab dah berkahwin.Maksudnya kalau Norman didapati sedang berzina dengan perempuan itu

Bagi penulis Norman kena kaji apa tujuan sebenar perkahwinan dan pantang larangnya selepas bergelar isteri orang.

Norman wajar kaji kisah Mahsuri, seorang isteri yang difitnah bermaksiat walaupun niatnya adalah membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun orang itu memang bukan muhrimnya.
Sebab itu lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kalau nak berdua-duaan mesti ditemani mahramnya, untuk mencegah fitnah masyarakat. Tak guna nak mempertahankan diri tidak bersalah tetapi orang dah nampak berdua-duaan dengan individu dan dalam keadaan tidak sepatutnya.

Macamana nak buktikan yang anda tidak bersalah kalau Jabatan Agama Islam dah tangkap anda dan orang bukan muhrim anda berdua-duaan?

Wednesday, October 29, 2008

Replika Anwar Ibrahim? Apa kata syarak.


Isu replika Anwar Ibrahim antara isu yg dikatakan baru2 ini. Jadi saya merasa perlu untuk dimutkan di blog ini serba sedikit berkenaan perkara ini, bersandarkan hujah2 ulama yang diyakini. Saya tidak mahu dan mampu untuk mengulas panjang hal ini, namun berdasarkan pengetahuan saya yang dangkal ini, saya secara peribadi adalah kurang bersetuju replika itu diwujudkan atas beberapa perkara:




  1. Replika itu sendiri kalau dikaji dari sudut kewujudan dan zatnya adalah atas 'konsep' zatnya seperti patung, yang mana sama sekali diharamkan oleh Islam.(ada hujah mengatakan replika itu gambar sahaja , sama dgn iklan)
  2. kewujudan replika itu sendiri, sama sekali untuk tujuan 'menaikkan' semangat rakyat kpd anwar(memuja)
  3. saiz replika itu sendiri, kalau dihujah setakat untuk tanpa tujuan apa2 selain 'promote' anwar adalah sngt 'keterlaluan'.
Maka saya berdasarkan hujah yang dangkal ini, dan berdasarkan pendapat mazhab syafie dalm soal replika @ patung ini adalah sama sekali haram, wlpn dlm mazhab lain ada perselisihan pendapat. (tp saya bermazhab syafie).


Maka kesimpulan dangkal saya adalah , haruslah ia diturunkan , atas dasar2 menjaga 'kebaikan umum' dan mengelakkan pertikaian yang berpanjangan dan seterusnya mengelakkan perpecahan di dalam ahli2 pakatan rakyat itu sendiri. Namun yang paling asas matlamat tidak menghalakan cara. Haram adalah haram, halal adalah halal. walau sesiapapun subjeknya. =)


Maka disini saya lampirkan Pandangan ustaz Nasrudin Tantawi berkenaan isu ini (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia)


Masalah Replika
Dato' Seri Anwar Ibrahim

Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.

Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :

المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق

Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.

Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.

Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.

Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.

Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.

Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:

الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ

2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.

Rasulullah pernah bersabda:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]

Sayyidina Ali pernah berkata:

لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]

4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:

Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .

Al Maaidah . Ayat : 8

Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.

Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.

Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .

Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.

Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.