Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Doa akhir tahun Masehi/Hijrah dan awal tahun (for Muslim only)

DOA AKHIR TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Sunday, November 9, 2008

Pemerintahan Khilafah(Islam) menitikberat keadilan semua penganut agama Islam dan bukan Islam



Assalamualaikum, good morning! To all bloggers of this blogs`group


Izinkan saya bercakap sedikit pasal sistem Khilafah

Khilafah, adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dan juga bukan Islam(Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam, bebas beragama, kecuali bila orang bukan Islam dah masuk Islam) untuk menegakkan hukum-hakam syariat Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah, adalah kesinambungan pemerintahan kerajaan Islam yang diwarisi Rasulullah, satu-satunya pemerintahan kerajaan yang wajib bagi seluruh umat di seluruh penjuru alam. Ianya berdiri atas wahy dan akidag serta wajib adanya. Maka struktut Khilafah berbeza dengan semua sistem yang dikenali di dunia sekarang ini, yang mana kesemuanya dibangun dasar akal semata-mata meskipun ada yang mendakwa mirip dalam sebahagiannya.

Struktur negara Khilafah adalah yang telah dijalankan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W. dan diwarisi para sahabat sehingga ke zaman pemerintahan empayar Turki Othmaniah

Khalifah- seorang individu wakili seluruh umat manusia dalam urusan pentadbiran jekuasaan politik, serta dalam menetapkan hukum syarak. Oleh kerana agama Islam menjadikan pemerintahan dan kekuasaan milik umat maka dalam hal ini umat mewakilkan seseorang melaksanakan pemeintahan kekuasaan itu sebagai wakilnya. Allah S.WT.mewajibkan umat menetapkan dan menerapkan hukum syarak secara keseluruhannya.

Dengan demikian Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh itu tidak ada seorang Khalifah pun akan terlantik kecuali setelah dibai`at oleh umat . Bai`at yang dilakukan umatlah akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil sekaligus Khalifah. Pengakatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai`at beerti umat telah memberikan kekuasaan(untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana beliau(Khalifah) melaksanakan hukum syarak.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin serta kaum dari agama lain tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah dibai`at oleh ahli halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan ba`iat in`iqad(bai`at pengangkutan) yang sah dari segi syarak, iatu dilakukan dengan rela dan redha dan kebebasan memilih, tanpa dipaksa serta calon itu mesti memenuhi syarat-syarat in`iqad. Syarat untuk in`iqad Khalifah ada tujuh: Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Selain itu ada syarat afdhaliyyah(keutamaan) yang didokong nas-nas sahih ataupun rentetan dari Nas-nas sahih. Contihnya, Khalifah harus di kalangan Quraisy(bukan Quraisy pun boleh sebab dah banyak kaum sekarang, janji Islam), seorang mujtahid, berani, politikus ulung, mahir dalm ilmu perang dan sebagainya.

Baikla untuk pengetahuan Cik Ezreen, sistem Khulafah ini boleh dilaksanakan ketika ini apabila ada pemimpin yang cukup syarat bersetuju nak laksanakan hukum syarak ini.

Apabila pemimpin ini bersetuju maka wajiblah bagi seluruh umat Islam lain ba`iat pemimpin itu sebagaimana dalam hukum Islam sendiri, terpulang nak ikut atau tidak, tapi kalau buat salah tetap kena tindakan yang berlandaskan hukum syarak kalau Islam kalau yang buat tu orang Islam. Orang bukan Islam yang buat salah tak diberi hukuman yang sama dengan orang Islam, bukankah itu benar-benar adil dalam Islam?



Kenyataan Ezreen:
Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?

Saya jawab, Islam tidak mengajar penganutnya menyebarkan agama Islam melalui kekerasan, walaupun bendera Arab Saudi(sama habis dengan bendera Islam sejati, cuma berwarna hijau dan ada gambar pedang, nak lihat bendera Islam sejati, lihat di profil Mata Rakyat Malaysia, itu bendera yang dikibar Rasulullah, cuma Arab Saudi mengubah latar nya yang hitam kepada hijau, ditambah dengan pedang yang kalimah Laillahhailallah... sama je.


Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah,bukannya kita hipokrit, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Kita kaji zaman Rasulullah, mana ada perang yang memaksa orang kafir masuk Islam, perang Badar dan lelain tu nak pertahankan umat Islam. Yang jadi masalah sekarang ialah memang bangsa Arab ni dari dulu dan sekarang panas baran sifat mereka, memang dah sebati, kecuali kalau mereka ikut Islam 100%. Sebab itu Allah turunkan Islam dan menabalkan Rasul terakhir di kalangan orang Arab Quraisy.

Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Yang kata hukum Islam itu kurang sesuai dilaksanakan itu adalah propaganda. Yang penulis kesalkan ada orang Islam yang tidak setuju dengan alasan tanpa mengkaji betul-betul ikut maka dan tempat. Bertenanglah, yang berlandaskan Islam seperti Khulafah ini tidak akan zalim terhadap orang bukan Islam, takkan teraniaya punya.

Yang jadi masalahnya hari orang Islam sendiri tak ikut Islam 100 %. Kalau orang Islam yang paling ramai penganutnya di seluruh dunia bersatu bayangkan orang Islam akan gagah dan disegani oleh orang bukan Islam. Takde lagi negara bangsa seperti negara-negara yang ada di seluruh dunia yang telah disempadankan. Memang Allah cipta manusia berbeza kaum supaya saling kenal mengenal, tetapi yang pentingkan adalah perpaduan. Hanya dengan ikut Islam sahaja perpaduan sejagat antara orang Islam dan bukan Islam tercapai.

Malah dengan mengamalkan nilai dan akhlak yang baik di kalangan orang Islam sedunia ini maka penulis percaya bahawa ini adalah pendekatan psikologi untuk menarik orang bukan mengenal Islam dan sekaligus berminat nak tau pasal Islam dan memeluk Islam sebab melihat akan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh orang Islam sedunia sendiri.

Penulis tau Ezreen marahkan PAS, tapi jangan sebab marahkan seekor nyamuk je seluruh kelambu nak dibakar. Memang di kalangan umat Islam banyak masalah, di Malaysia Ezreen marahkan PAS yang rasanya ektrem baginya. Itu adalah kerana PAS sendiri bersemangat mau maintain perjuangannya dengan dari dulu, kini hingga ke akhirat, berteraskan Islam, walaupun dah kerjasama dengan KeADILan-DAP dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya orang PAS kena baiki sikit je sikap mereka, nak laksanakan Islam teruskan, cuma mesti ada strategi yang berkesan yang mereka mesti laksanakan sekarang.

Mengenai masalah umat Islam di negara lain ditindas seperti di Palestin,Iraq dan Afganistan dan memana, kalau seluruh umat Islam bersatu di bawah Khulafah, maka secara sendirinya umat Islam di negara lain akan bantu dan memerangi mereka yang zalimi umat Islam di tempat tersebut. Sekarang tak boleh alasannya, sempadan! Dalam sistem pemerintahan Khulafah, tiada sempadan maka tidak ada masalah PATI kerana semua manusia boleh bergerak bebas ke mana-mana seluruh dunia tanpa passport lagi, yahoo! Bahasa takde masalah sebab majoriti masyarakat dunia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris, takpun dalam keadaan sekarang pelbagai kaum pun seluruh boleh komunikasi. Takde lagi Melayu, Cina, India, Jawa, Irish, ha ha ha! Sebab dunia ni milik Allah yang kita semua masyarakat sedunia berkongsi.

Untuk pengetahuan Ezreen, kalau saya tak buat pun benda ni berjalan jugak. Kalau awak tak setuju dengan pelbagai alasan pun benda ni tetap berjalan juga, cuma pertubuhan sejagat U.G. ada banyak cawangan sedunia ni sedang dalam proses nak laksanakan benda ni.

Bukaklah link ini http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=789:khilafah-semakin-dekat-khilafah-is-coming&catid=50:khilafah&Itemid=29

Tapi kepada orang bukan Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu nak burukkan Islam termasuk dari segi pemerintahan sampai ke orangnya. Orang baik dan jahat tetap ada walaupun Islam atau tidak. Cuma semua pihak kena kaji dan teliti, betul betul tentang sistem Khilafah ni, terutamanya orang bukan Islam, bukannya nak paksa orang bukan Islam peluk Islam. Dalam pemerintahan Islam masyarakatnya yang beragama lain bebas beragama. Tengok di Kelantan orang bukan Islam pun takde masalah dengan pemerintahan berteraskan Islam, walaupun belum laksanakan hukum....Zaman pemerintahan Nabi Muhammad, baginda pun cakap pasal agama Islam di hadapan orang bukan Islam, kenapa? sebab baginda Nabi?Nabi pun manusia macam kita kalau nak kata hatinya dicuci sekalipun, atau peristiwa Israq Mekraj, itu adalah spotlight kepada Allah juga. Kepada yang bukan Islam saya percaya anda semua yakin dengan kekuasaan mutlak Tuhan.

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

Ezreen, perahu sudah ada, pendayung pun sudah ada dari dulu lagi. Cuma kami menanti siapa yang tolong kayuh.

Ezreen, saya harap kaki awak okey lepas ni dan sembuh terus tak perlu bedah lagi.Mungkin kena makan Chicken Chop bapak Nomy kot baru tumbuh balik tisu daging dan kuatla balik tulang dan daging. Siap promote lagi Nami sedekahkan aku free Chicken Chop, he he gurau je.

Friday, November 7, 2008

Intro Khulafah: Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama?


Assalamualaikum,

Penulis Mata Rakyat Malaysia mahu berkongsi untuk tatapan seluruh manusia baik yang Islam dan bukan Islam tentang cadangan mahu menubuhkan sistem Khulafah, iaitu sistem pemerintahan yang dipimpin oleh seorang khalifah di muka bumi ini, melaksanakan syariat agama Allah, Islam.

Ianya memang serupa habis dengan pendekatan Parti Islam SeMalaysia(PAS) mahu tegakkan negara Islam di seluruh Malaysia, tetapi sistem Khulafah ini melibatkan seluruh dunia. Penulis yakin ini menimbulkan banyak persoalan, bagaimana sistem Khulafah boleh dilaksanakan di seluruh dunia. Insya-Allah dalam penulisan akan datang penulis akan bentangkan. Pembaca boleh cari fakta berkaitan di mana-mana sumber.

Ini kerana penulis berhasrat supaya sistem pemerintahan Islam akan ditegakkan di seluruh dunia. Memang perkara ini akan terjadi suatu hari nanti pada akhir zaman di mana Islam menguasai seluruh dunia. Ini sini penulis sekadar bagi mukadimahnya supaya pembaca bersedia dengan catatan seterusnya.

Beikut adalah rencana petikan Mykhilafah

Tajuk: Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama

WASHINGTON 5 Nov. – Sejarah Amerika tercipta hari ini apabila Barack Obama, memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki rumah berpuaka White House.

Bukan sahaja di Amerika, malah seluruh dunia, termasuk dunia Islam nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul. Mungkin juga kerana kebencian ramai orang kepada Bush dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya, ini menyebabkan masyarakat dunia, termasuk umat Islam menaruh harapan yang tinggi kepada bakal presiden Amerika yang ke-44 ini.

Kita perlu ingat bahawa Obama bukanlah berkeseorangan atau berdiri sendiri dan dia bukannya ‘superman’ yang boleh merubah dunia. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan orang-orang kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya. Justeru, kita perlu ingat bahawa Barack Obama hanyalah seorang ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar tersebut, yang mana berapa ramai di antaranya (golongan kuffar tersebut) yang bencikan agama Islam dan umat Islam.

Kita juga perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendokong dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Sebagai sebuah negara Kapitalis yang hidup atas dasar manfaat, Obama yang juga seorang yang berakidahkan Kapitalis tidak akan berkuasa untuk merubah keadaan ini, malah dia tentunya hanya akan menjadi penerus kepada Ideologi kufur ini. Kita semua tahu bahawa tabiat penganut Kapitalis yang hidup hanya untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia, mereka tidak akan berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam. Justeru, apakah kita mengharapkan bakal presiden Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia akan dapat menguasai semuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam kepada golongan kuffar penjajah selama ini.

Presiden Amerika, sebagaimana Perdana Menteri Malaysia juga, ia datang dan pergi. Namun sistemnya tetap sama selama mana ideologi yang dianutnya adalah sama. Sebagai Muslim, kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dengan warna kulit luarnya, tetapi kita mesti menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisannya dan perbuatnnya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa yang warga Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih. Namun, warna kulit hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa. Akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran.

Apa yang jelas setakat ini adalah, bakal Presiden kulit hitam ini telah pun mengisytiharkan ‘kesudiannya’ untuk memperluaskan perang di Afghanistan, yang bermaksud memerangi umat Islam, saudara kita yang berada di Afghanistan. Dia juga secara terang-terangan menyokong kekejaman pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dengan kata lain, segala malapetaka yang dibawa oleh pemimpin kuffar penganut Ideologi Kapitalis ke atas umat Islam sebelum ini nampaknya disokong dan bakal diteruskan oleh Obama.

Walaupun misi Obama ingin membawa keamanan kepada dunia, kita mesti ingat bahawa George W Bush laknatullah dulupun menyatakan perkara yang sama, sehinggalah ke saat-saat akhir kekuasaannya kini, Bush masih mengatakan bahawa dia ingin membawa keamanan kepada dunia. Dan kita semua jelas, bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang ingin menerapkan Islam yang dilabelnya sebagai teroris, barulah dunia akan mengecapi keamanan, inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bagaimana pula bagi Obama?

Memanglah tidak salah untuk kita meletakkan harapan kepada bakal ketua polis dunia ini, namun sebagai Muslim, apakah kita patut bergembira dengan kemenangan pengganti Bush ini? Apakah yang perlu kita gembirakan dengan kemenangan Obama ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya?

Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan berkat dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai.

Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya sistem Kapitalis dan sosialis. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum-hukam dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibaiatnya seorang Khalifah atas Kitabullah dan Sunah RasulNya.(dipetik 100 % daripada Mykhilafah)

Friday, October 31, 2008

Aku jawab soalan Perundang dan Mata Rakyat.

Diasak bertubi-tubi oleh geng-geng Federasi ni,maka aku ingin menerangkan konsep Sosialisme yang aku faham masa aku join Red Star Society masa aku form 5,2001 dulu.

First sekali,pertanyaan Perundang yang suruh aku comment statement dalam entry aku sebelum ni,tentang Barack Obama Presiden Republik Sosialis Amerika Syarikat.

Tuan Perundang,kita harus ingat,dalam sosialisme ada banyak cabang.Komunisme tu hanya cabang kecil dari sosialisme yang nkoram besar-besarkan.Ada Leninisme,Stalinisme,English-socialism,Juche dan sebagainya.Macam Islam jugak,ada Syiah,Sunnah,fahaman Wahabbi,fahaman itu,fahaman ini.Macam-macam la.

Aku tak kata semua harus dikerajaankan.Takkan la mapley jual roti canai pun nak dikerajaankan.Robert Owen tak cakap macam tu pun dalam buku The New View of Society dia tu.Takkan la orang jual nasi lemak kat tepi jalan tu pun nak dimiliknegarakan?

Apa yang harus dikerajaankan ialah utiliti utama dalam sesebuah negara,seperti bekalan air,elektrik,petroleum,bekalan makanan(macam beras),pertanian dan sebagainya.Sosialisme jenis Robert Owen ialah sosialisme koperasi.Pernah tengok koperasi sekolah tak?Biasa tengok?

Pihak sekolah akan keluarkan modal kepada pelajar-pelajar untuk jual alat tulis,macam-macam la kat koperasi tu.Pastu,pelajar-pelajar yang kerja kat situ,kerja dan keuntungan itu dibahagi sesama ahli koperasi.Lepas tu,akan ada satu tabung untuk membayar balik kepada pihak sekolah,dan menjadikan koperasi tu milik pelajar semua.

Macam konsep kat asrama.Kita dan roomate,jiran-jiran roomate,akan tong-tong(collect2 duit) beli megi,beli rokok,beli biskut untuk kita makan malam-malam.Nak fly takut2 hujan ke,kantoi ngan warden ke(macam tak biasa).Dan megi,rokok dan biskut itu akan dikongsi bersama.Kalau kau nak jadi kera sumbang kat dalam asrama,makan sorang2,alamat kena pulau la kau.

Tapi takde la pulak kena kongsi benda2 lain,spender ke,awek ke..Tak sampai macam tu.

Dibesarkan skopnya,macam tu jugak dengan negara ni.Aku tak kata tidak dibenarkan berniaga langsung,itu gila la.Bapak aku pun berniaga restoran.Maksud aku,utiliti utama tu.Cuba nkoram tengok TNB setiap tahun untung billion-billion,tapi setiap kali nak naikkan harga,cakap kat orang,harga petrol naik la,wayar kabel elektrik naik harga la,tembaga naik harga la,macam2 lagi.Macam tu jugak dengan bekalan air,sejak Syabas takeover,dulu2 zaman Wak Toyo Jawa pegang,bila bab air kena catu,tak fikir pasal tu.Tapi cakap harga paip naik la,itu la,ini la.Semua nak naik.Telekom pun sama,Astenuk pun sama.Semua ni konsep kapitalisme.Semua benda nak diniagakan.

Pada aku,sosialisme yang aku sokong ni selari dengan konsep Islam,iaitu daulah(kerajaan) harus membantu rakyat,bukan menyusahkan rakyat.Al Mansur sosialis Islam pertama,siapa cakap sosialis tu tak Islamik?

Aku tak kata konsep macam Karl Marx,Engel,atau Stalin.Dan aku takde la follow sangat Owen.Kita ikut kesesuaian la.Sama jugak dengan Islam,takkan kat Malaysia ni pun nak pakai purdah.Tujuan utama orang Arab pakai purdah ada dua sebab,satu pasal pasir,lagi satu pasal orang lelaki Arab ni semua gatal-gatal.Kalau tak pakai habis la.Macam kat Malaysia ni,takde la sampai extreme macam tu.

Aku tak suruh korang follow pun macam Korea Utara,Soviet Union,ataupun macam negara-negara lain.Ikut kesesuaian la.Tapi aku tetap tak setuju dengan kapitalisme yang mencekik darah ni.

Salah satunya,zakat.Tiap-tiap tahun,kita bayar purata RM5(kalau kat Negeri Sembilan) bayar zakat fitrah.Satu kepala,kalau satu family,purata dalam RM25-RM30.Dalam seluruh Negeri Sembilan ada berapa keluarga Islam?Yang tak berkeluarga?Ada berapa orang Islam?Tapi orang miskin kat Negeri Sembilan tetap ramai lagi.Itulah aku cakap,Food Not Bombs KL tu lagi berjaya distribute bantuan kat pengemis2 kat KL berbanding badan Zakat.

Cuba open wide sikit pemikiran tu.Asal sosialis je,komunis.Gila ape,aku pun taknak tentera serang rumah aku malam-malam semata2 aku simpan duit lebih.

Ni pulak aku nak jawab member aku Mata Rakyat.

Aku dari Form 4-5 aku dah pergi forum Red Star Society,sekali sekala mengadap muka Hisham Rais tu,menerangkan konsep sosialisme sebenar.Itulah,belajar ikut sukatan KBSM,memanglah orang takkan restu.Cuba kalau KBSM cakap "dilarang makan biskut meri kerana ianya merbahaya",konfirm la orang tak makan biskut meri Apis.

Korang telah digelapkan dalam pemikiran buku sejarah yang penuh auta tu tentang keburukan sosialisme,sedangkan Burhanuddin al Helmy,Ahmad Boestamam,Ishak Hj Mohammad,semua tu orang Islam dan semua tu sosialis.Nko boleh tanya Yahya Nassem yang tengah sakit kat Hospital Serdang tu selagi dia ada tu,gi tanya dia apa maksud sosialis sebenar.

Nko ingat tak masa aku Form 5 dulu,cikgu Siiva soal aku bertubi-tubi pasal sosialis,dan aku boleh selamba je jawab?Aku pergi forum dari aku muda lagi.Jiwa aku sosialis dah lama,lepas tu bila masuk UiTM,kena cuci,itu ini,tu yang kurang sikit.Sekarang bila ekonomi dah kacau,aku rasa nak kembali balik.

Aku tanya nko la,kenapa kebanyakan student2 dulu sokong kerajaan?Tahun 1999 ye,aku sedikit terpengaruh dengan buku teks,hujung tahun 2000,aku sosialis.Aku pernah cakap terang-terang kat cikgu Sejarah aku Form 5 dulu yang "demokrasi kat Malaysia ni bullshit je",terus nama aku kena banned.Time tu nko kat sebelah,kelas Epul.

Bila aku masuk UiTM,sosialisme aku pudar dan hilang,pasal aku didesak.Tu yang sampai aku follow pemuda UMNO,pasal nak pulus sangat(dah terpengaruh ngan konsep UiTM).

Kalau nko nak semua rakyat ni restu,pergi khabaq kat buku teks terang-terang apa itu sosialisme.Dan aku dah terangkan tadi.

Korang nak konsep Islam?Yes aku sokong konsep Islam.Tapi apakah duit Tabung Haji yang disonglap tahun 2001 tu,atau duit-duit Zakat yang selama ni korang bayar tu,pernah tak korang fikir tu semua?Ayah kita bayar,takpun kita sendiri yang bayar,tapi fikir tak,mana pergi duit2 tu?Tercapaikah duit tu kat asnaf2 tu?Aku tengok ada mualaf sampai makan nasi dengan garam pasal kena pulau dengan keluarga kat Pulau Pinang,ada Majlis Agama bantu?Orang-orang pengemis kat Chow Kit Road tu,banyak orang Islam.Ada Majlis Agama keluarkan duit Zakat bantu orang-orang ni?Belikan makanan untuk dorang?Kalau tak caya,pergi Lorong Haji Taib,berapa ramai maknyah gi jual bontot semata-mata nak cari sesuap nasi.

Fikir la wei kawan-kawan.Kalau korang boleh terangkan konsep sistem ekonomi Islam dengan lebih terang lagi dengan aku,aku akan terima je.Aku tahu,sistem Islam adalah sentiasa yang terbaik.Malangnya orang-orang yang bertopengkan imej Islam ni je yang swindle duit atas nama Islam.Bank Islam masih lagi riba,Apis.

Orang-orang Melayu kat sini selesa dengan riba,pasal tu dorang tak restu kepada sosialisme al-Mansur ni.

Kalau ada persoalan lagi,aku dengan lapang dada untuk berkongsi dan mencanai idea-idea kita.Don't worry,aku okay je.Mungkin bahasa aku agak informal(pasal dah nama Teh Tarik Gelas Besar,bukannya Majlis Buffet),tapi niat aku baik(aku tak boleh kata ikhlas,pasal ikhlas tu rahsia Allah),untuk membantu agama,bangsa,dan negara.

Selagi kita hidup berpaksikan kapitalisme,kita takkan berjaya selesaikan kemiskinan di seluruh dunia.Dan yang miskin bukan sahaja orang Islam,orang bukan Islam pun ada.

Berfikirlah secara manusiawi,kerana kita manusia,bukan malaikat.