Diasak bertubi-tubi oleh geng-geng Federasi ni,maka aku ingin menerangkan konsep Sosialisme yang aku faham masa aku join Red Star Society masa aku form 5,2001 dulu.
First sekali,pertanyaan Perundang yang suruh aku comment statement dalam entry aku sebelum ni,tentang Barack Obama Presiden Republik Sosialis Amerika Syarikat.
Tuan Perundang,kita harus ingat,dalam sosialisme ada banyak cabang.Komunisme tu hanya cabang kecil dari sosialisme yang nkoram besar-besarkan.Ada Leninisme,Stalinisme,English-socialism,Juche dan sebagainya.Macam Islam jugak,ada Syiah,Sunnah,fahaman Wahabbi,fahaman itu,fahaman ini.Macam-macam la.
Aku tak kata semua harus dikerajaankan.Takkan la mapley jual roti canai pun nak dikerajaankan.Robert Owen tak cakap macam tu pun dalam buku The New View of Society dia tu.Takkan la orang jual nasi lemak kat tepi jalan tu pun nak dimiliknegarakan?
Apa yang harus dikerajaankan ialah utiliti utama dalam sesebuah negara,seperti bekalan air,elektrik,petroleum,bekalan makanan(macam beras),pertanian dan sebagainya.Sosialisme jenis Robert Owen ialah sosialisme koperasi.Pernah tengok koperasi sekolah tak?Biasa tengok?
Pihak sekolah akan keluarkan modal kepada pelajar-pelajar untuk jual alat tulis,macam-macam la kat koperasi tu.Pastu,pelajar-pelajar yang kerja kat situ,kerja dan keuntungan itu dibahagi sesama ahli koperasi.Lepas tu,akan ada satu tabung untuk membayar balik kepada pihak sekolah,dan menjadikan koperasi tu milik pelajar semua.
Macam konsep kat asrama.Kita dan roomate,jiran-jiran roomate,akan tong-tong(collect2 duit) beli megi,beli rokok,beli biskut untuk kita makan malam-malam.Nak fly takut2 hujan ke,kantoi ngan warden ke(macam tak biasa).Dan megi,rokok dan biskut itu akan dikongsi bersama.Kalau kau nak jadi kera sumbang kat dalam asrama,makan sorang2,alamat kena pulau la kau.
Tapi takde la pulak kena kongsi benda2 lain,spender ke,awek ke..Tak sampai macam tu.
Dibesarkan skopnya,macam tu jugak dengan negara ni.Aku tak kata tidak dibenarkan berniaga langsung,itu gila la.Bapak aku pun berniaga restoran.Maksud aku,utiliti utama tu.Cuba nkoram tengok TNB setiap tahun untung billion-billion,tapi setiap kali nak naikkan harga,cakap kat orang,harga petrol naik la,wayar kabel elektrik naik harga la,tembaga naik harga la,macam2 lagi.Macam tu jugak dengan bekalan air,sejak Syabas takeover,dulu2 zaman Wak Toyo Jawa pegang,bila bab air kena catu,tak fikir pasal tu.Tapi cakap harga paip naik la,itu la,ini la.Semua nak naik.Telekom pun sama,Astenuk pun sama.Semua ni konsep kapitalisme.Semua benda nak diniagakan.
Pada aku,sosialisme yang aku sokong ni selari dengan konsep Islam,iaitu daulah(kerajaan) harus membantu rakyat,bukan menyusahkan rakyat.Al Mansur sosialis Islam pertama,siapa cakap sosialis tu tak Islamik?
Aku tak kata konsep macam Karl Marx,Engel,atau Stalin.Dan aku takde la follow sangat Owen.Kita ikut kesesuaian la.Sama jugak dengan Islam,takkan kat Malaysia ni pun nak pakai purdah.Tujuan utama orang Arab pakai purdah ada dua sebab,satu pasal pasir,lagi satu pasal orang lelaki Arab ni semua gatal-gatal.Kalau tak pakai habis la.Macam kat Malaysia ni,takde la sampai extreme macam tu.
Aku tak suruh korang follow pun macam Korea Utara,Soviet Union,ataupun macam negara-negara lain.Ikut kesesuaian la.Tapi aku tetap tak setuju dengan kapitalisme yang mencekik darah ni.
Salah satunya,zakat.Tiap-tiap tahun,kita bayar purata RM5(kalau kat Negeri Sembilan) bayar zakat fitrah.Satu kepala,kalau satu family,purata dalam RM25-RM30.Dalam seluruh Negeri Sembilan ada berapa keluarga Islam?Yang tak berkeluarga?Ada berapa orang Islam?Tapi orang miskin kat Negeri Sembilan tetap ramai lagi.Itulah aku cakap,Food Not Bombs KL tu lagi berjaya distribute bantuan kat pengemis2 kat KL berbanding badan Zakat.
Cuba open wide sikit pemikiran tu.Asal sosialis je,komunis.Gila ape,aku pun taknak tentera serang rumah aku malam-malam semata2 aku simpan duit lebih.
Ni pulak aku nak jawab member aku Mata Rakyat.
Aku dari Form 4-5 aku dah pergi forum Red Star Society,sekali sekala mengadap muka Hisham Rais tu,menerangkan konsep sosialisme sebenar.Itulah,belajar ikut sukatan KBSM,memanglah orang takkan restu.Cuba kalau KBSM cakap "dilarang makan biskut meri kerana ianya merbahaya",konfirm la orang tak makan biskut meri Apis.
Korang telah digelapkan dalam pemikiran buku sejarah yang penuh auta tu tentang keburukan sosialisme,sedangkan Burhanuddin al Helmy,Ahmad Boestamam,Ishak Hj Mohammad,semua tu orang Islam dan semua tu sosialis.Nko boleh tanya Yahya Nassem yang tengah sakit kat Hospital Serdang tu selagi dia ada tu,gi tanya dia apa maksud sosialis sebenar.
Nko ingat tak masa aku Form 5 dulu,cikgu Siiva soal aku bertubi-tubi pasal sosialis,dan aku boleh selamba je jawab?Aku pergi forum dari aku muda lagi.Jiwa aku sosialis dah lama,lepas tu bila masuk UiTM,kena cuci,itu ini,tu yang kurang sikit.Sekarang bila ekonomi dah kacau,aku rasa nak kembali balik.
Aku tanya nko la,kenapa kebanyakan student2 dulu sokong kerajaan?Tahun 1999 ye,aku sedikit terpengaruh dengan buku teks,hujung tahun 2000,aku sosialis.Aku pernah cakap terang-terang kat cikgu Sejarah aku Form 5 dulu yang "demokrasi kat Malaysia ni bullshit je",terus nama aku kena banned.Time tu nko kat sebelah,kelas Epul.
Bila aku masuk UiTM,sosialisme aku pudar dan hilang,pasal aku didesak.Tu yang sampai aku follow pemuda UMNO,pasal nak pulus sangat(dah terpengaruh ngan konsep UiTM).
Kalau nko nak semua rakyat ni restu,pergi khabaq kat buku teks terang-terang apa itu sosialisme.Dan aku dah terangkan tadi.
Korang nak konsep Islam?Yes aku sokong konsep Islam.Tapi apakah duit Tabung Haji yang disonglap tahun 2001 tu,atau duit-duit Zakat yang selama ni korang bayar tu,pernah tak korang fikir tu semua?Ayah kita bayar,takpun kita sendiri yang bayar,tapi fikir tak,mana pergi duit2 tu?Tercapaikah duit tu kat asnaf2 tu?Aku tengok ada mualaf sampai makan nasi dengan garam pasal kena pulau dengan keluarga kat Pulau Pinang,ada Majlis Agama bantu?Orang-orang pengemis kat Chow Kit Road tu,banyak orang Islam.Ada Majlis Agama keluarkan duit Zakat bantu orang-orang ni?Belikan makanan untuk dorang?Kalau tak caya,pergi Lorong Haji Taib,berapa ramai maknyah gi jual bontot semata-mata nak cari sesuap nasi.
Fikir la wei kawan-kawan.Kalau korang boleh terangkan konsep sistem ekonomi Islam dengan lebih terang lagi dengan aku,aku akan terima je.Aku tahu,sistem Islam adalah sentiasa yang terbaik.Malangnya orang-orang yang bertopengkan imej Islam ni je yang swindle duit atas nama Islam.Bank Islam masih lagi riba,Apis.
Orang-orang Melayu kat sini selesa dengan riba,pasal tu dorang tak restu kepada sosialisme al-Mansur ni.
Kalau ada persoalan lagi,aku dengan lapang dada untuk berkongsi dan mencanai idea-idea kita.Don't worry,aku okay je.Mungkin bahasa aku agak informal(pasal dah nama Teh Tarik Gelas Besar,bukannya Majlis Buffet),tapi niat aku baik(aku tak boleh kata ikhlas,pasal ikhlas tu rahsia Allah),untuk membantu agama,bangsa,dan negara.
Selagi kita hidup berpaksikan kapitalisme,kita takkan berjaya selesaikan kemiskinan di seluruh dunia.Dan yang miskin bukan sahaja orang Islam,orang bukan Islam pun ada.
Berfikirlah secara manusiawi,kerana kita manusia,bukan malaikat.
Showing posts with label sosialisme. Show all posts
Showing posts with label sosialisme. Show all posts
Friday, October 31, 2008
Thursday, October 23, 2008
Radiohead.

Penatnya bercakap pasal politik!
Refresh,defrag dan carpe diem - seize the day.Blogger-blogger kadang-kadang perlu untuk take a break,refresh,dan cakap benda yang tak serious.Tapi aku tak pernah tak serious bila menulis.Bercakap tentang benda yang tak pernah habis.Politik ni,dari zaman Qabil dan Habil sampai ke kiamat - tak pernah habis.
Hari ni aku bercakap pasal muzik.Sebuah kumpulan rock alternatif Britain yang boleh aku sifatkan "the greatest band in the world after John Lennon died",Radiohead.
Duduk-duduk sambil dengar mp4,lagu Radiohead-Karma Police menyapa ke telinga.Bercakap tentang takdir.Seolah-olah takdir menjadi diktator dan kita harus terima arahan takdir-atau ditangkap oleh Polis Karma."This is what you'll get,when you mess with us.",satu manifestasi amaran kepada semua yang cuba melawan takdir.
Kemudian terus ke lagu seterusnya,"Creep".Lagu yang mengisahkan seorang yang kecewa cintanya ditolak oleh seorang perempuan(atau dia rasa terlalu rendah diri dengan ability sendiri)."I wish I was special,you're so fucking special..",sifat yang biasa kita dengar dalam kehidupan remaja.Seolah-olah mahu mengiyakan kata-kata Homer Simpson "Kids,you've try and you fail miserably.The moral is,never try."Penafian tentang semangat kehidupan.
Tapi lagu yang paling menyusuk dalam sanubari dan hati,No Surprises.Mengisahkan seorang yang penat dengan kehidupan,dan kadang-kadang mahu "hands-off" dengan kehidupan,isolasikan diri dari semua masalah yang ada.Hidup tertekan,ditambah dengan tekanan ekonomi dan sebagainya.
Dan akhirnya terbentuklah satu frasa yang cukup menarik untuk aku berkongsi bersama.
"bring down the government,they don't,they don't speak for us..."
Apakah situasi kerajaan menindas rakyat,macam kes di Pelentong,adalah lumrah diseluruh dunia?
Anarkis wujud kerana tidak lagi mahu percaya dengan kerajaan,sosialis wujud kerana penindasan tuan tanah terhadap serf,dan penindasan kaum pemodal kapitalis terhadap pekerja dalam era Revolusi Industri.
Anyway Radiohead memang betul-betul menyentuh jiwa aku.Lagu "Let Down" misalnya,setiap kali aku dimalukan atau dijatuhkan,aku akan terbayang lirik ni,"one day i will grow wings,a chemical reaction...let down and hanging around,crushed like a bug in the ground.."
The best band in the world,so far.Aku ikutkan hati nak sembang panjang je pasal Radiohead ni,tapi pasal internet connection ni asyik putus-tus tus...better off aku cut sampai sini dulu.
Monday, October 20, 2008
Barack Obama Seorang Sosialis.

Obama itu Sosialis Orangnya.
Oleh kerana saya tidak gemar mengamalkan budaya copy paste,saya provide sahaja linknya supaya anda semua click dan baca sendiri.
Jadi saya menjadi lebih teruja bila membaca artikel ini.Calon Presiden Amerika Syarikat yang sedang mendahului pungutan suara,ialah seorang sosialis.
Selalunya,apabila menyebut sosialis,anda semua membayangkan golongan yang berjanggut panjang seperti Che Guevara atau Karl Marx,atau bersifat diktator seperti Adolf Hitler atau Jozef Stalin.

Sosialis selalu diherdik sebagai satu fahaman yang bertentangan dengan fitrah manusia untuk berjaya.Selalu dianggap sebagai penentang agama.Perkara seperti kesamarataan,hak untuk bersuara,dan hak untuk mendapatkan perkara asas-makanan,air,pendidikan dsb.,ini yang selalu dipadamkan oleh media-media kapitalis.Kapitalis dianggap golongan yang berjaya,dan sesiapa yang berjaya dianggap mempunyai wang yang banyak.Sosialis bukan penentang agama,ia selari dengan agama.Agama menuntut keadilan,agama menuntut rakyat berhak mendapatkan makanan.Dalam Islam pun ada zakat,dan zakat itu salah satu konsep yang dibuat dalam sosialisme.Malahan badan-badan sosialisme ini lebih berjaya menyampaikan kepada yang lebih hak melalui pertubuhan Food Not Bombs dalam menyampaikan makanan kepada yang miskin,daripada badan zakat sendiri!Sosialisme bukan menentang fitrah manusia untuk berjaya,tetapi membantu manusia untuk berjaya.Apakah nilai-nilai berjaya pada diri anda?Adakah banyak wang itu menunjukkan anda berjaya?Anda dinilai sebagai berjaya jika hidup anda membantu orang lain untuk berjaya.Itu ditunjukkan oleh sosialisme.
Sosialisme bukan menjadikan anda pemalas,tapi untuk menjadikan anda tahu hak anda sebagai seorang manusia.
Apakah wang telah menjadi virus-virus yang disebarkan golongan kapitalis ini?Berjaya ertinya banyak wang.Ha ha ha,makin gila bila orang banyak wang.Wang itu tidak lebih dari alat untuk memberi barang,bukan membuatkan anda menjadi alat kepada dunia ni.
Apapun,Barack Obama,dengan dasar percukaiannya cukup membuatkan lawannya John McCain jadi takut.John McCain menyelar Barack Obama kerana dasar 'distribution of wealth'nya,yang dilihat pada golongan yang miskin sebagai--bagus.Lalu menggunakan golongan peniaga kecil seperti Joe the Plumber sebagai dalil untuk mempertahankan dasar Republican yang suka memotong cukai untuk syarikat-syarikat besar.Apabila setiap kali cukai dipotong untuk syarikat-syarikat besar,kebajikan rakyat tidak dijamin.

Contoh paling terdekat,di Malaysia.TNB untung RM1.57 billion,tetapi rakyat menderita kerana membayar tarif elektrik.Begitu juga dengan telekomunikasi,rakyat kini takut untuk bercakap lebih dari 10 minit kerana takut bil telefon meningkat.Apa semua ni?Mereka di atas duduk di kerusi empuk sambil membakar duit,sedangkan kita hidup dihimpit inflasi.
Jika benarlah artikel di atas,saya bersyukur kerana Barack Obama bakal mensosialiskan negara paling kapitalis di dunia-Amerika Syarikat.Dan dasar luarnya juga agak unik kerana mahu berbincang dengan Hugo Chavez,adik beradik Castro,Eva Morales dan pemimpin-pemimpin negara Latin yang berfahaman sosialis.
Kepada pembenci sosialis,anda semua akan tahu yang sosialis bakal bangkit semula.Rakyat akan terbela,daulah akan didaulatkan,dimana negara yang menyimpan dana--bukannya bank.
Dalam 10 tahun lagi,sekiranya sosialisme bangkit semula,golongan yang sakit ialah golongan kapitalis.Mereka semua tidak akan ada wang lagi.Rakyat yang paling bermanfaat.
Harapan saya,jika benar Barack Obama seorang sosialis,diharap dapat memberi contoh kepada semua negara-negara tentang kebaikan sosialisme ini.
Labels:
barack obama,
kapitalis bangsat,
sosialisme,
united states
Subscribe to:
Posts (Atom)