Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Saturday, November 1, 2008

Norman Hakim ditangkap basah,wajarkah beliau bela diri?


Apabila pelakon filem dan TV Malaysia Norman Hakim ditangkap, beliau cuba menafikan bahawa belaiu bermaksiat dengan pelakon Mimie yang berdua-dua dengannya pada jam 2.30 di pejabatnya.

Beliau boleh menafikan berbuat maksiat dengan wanita lain, namun yang pastinya isterinya pelakon dan penyanyi Abby Adabi terluka kerana lelakinya ditangkap ketika berdua-duaan dengan wanita lain.

Kalau ikut hukum Islam dan kalau benar disabitkan kesalahan, beliau mesti direjam sampai mati sebab dah berkahwin.Maksudnya kalau Norman didapati sedang berzina dengan perempuan itu

Bagi penulis Norman kena kaji apa tujuan sebenar perkahwinan dan pantang larangnya selepas bergelar isteri orang.

Norman wajar kaji kisah Mahsuri, seorang isteri yang difitnah bermaksiat walaupun niatnya adalah membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun orang itu memang bukan muhrimnya.
Sebab itu lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kalau nak berdua-duaan mesti ditemani mahramnya, untuk mencegah fitnah masyarakat. Tak guna nak mempertahankan diri tidak bersalah tetapi orang dah nampak berdua-duaan dengan individu dan dalam keadaan tidak sepatutnya.

Macamana nak buktikan yang anda tidak bersalah kalau Jabatan Agama Islam dah tangkap anda dan orang bukan muhrim anda berdua-duaan?