Kerap kali sebab yang digunakan untuk menjustifikasikan pengunaan jenis bahasa adalah kebolehan seseorang itu untuk menguasai sesuatu bahasa itu. Dalam hal ini bahasa yang selalunya dipakai dipilih daripada jenis yang dekat dengan individu itu atau yang lahir daripada kebudayaannya atau identitinya.
Dilihat perbahasan tentang PPSMI baru-baru ini etnik masing-masing pada dasarnya atau sekurang-kurang daripada luarannya perjuangkan untuk menggunakan bahasa yang berasal daripada identiti dan budaya masaing-masing, dengan MCA bahasa Cina dan UMNO bahasa melayu serta MIC Tamil.
Ini mungkin mempunyai kemunasabahannya tetapi harus difikir dengan kritis tujuan dan akibat daripada dasar-dasar sebegini.
Sesuatu bahasa itu tanpa ruang demokrasi tidak akan berkembang. Asas, kreativiti dan gaya sesuatu bahasa itu amat berkait rapat sekali dengan nilai demokrasi. Sekiranya sesuatu bahasa itu tidak dapat meluahkan nilai-nilai moral, estetika, sastera, etika, falsafah, dan akal fikiran, keberangkaliannya dinamika bahasa itu telah dibantutkan oleh korupsi kuasa dan pengecilan ruang demokrasi.
Dalam konteks Malaysia ini, ruang demokrasi ini dimonopoli dan diperkecilkan oleh kerajaan. Ruang wacana dan ruang demokrasi dibunuh dan dirogol kumpulan UMNO-Barisan Nasional. Jadi tidak hairan sekiranya bahasa melayu, cina dan tamil bukan sahaja tidak meluahkan nilai-nilai yang telah disebut di atas tetapi juga dikongkong tatabahasanya kerana keperluan untuk mematikan perbahasan intelektual dan pemikiran kritikal. Ini semestinya penting untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan.
Bahasa yang dikongkong dan dikawal kemudiannya digunakan untuk mengajar anak-anak muda, murid-murid dan pelajar diseluruh Malaysia. Semestinya akan gagal untuk membuka minda dan melahirkan individu yang kritikal.
Sains dan matematik tidak seharusnya dilihat sebagai sains dan matematik sahaja.
Sains merupakan manifestasi penggunaan rasional dan akal fikiran untuk menjelaskan fenomena yang berada diluar metafisika, ontologi, theology dan epistemologi. Ia mengerakkan kemajuan dan perkembangan tamadun manusia dengan membolehkan manusia memahami serta menguasai dunia fizikal. Satu daripada cabang falsafah yang juga dikenali sebagai sains semula jadi atau ‘the natural sciences’.
Matematik merupakan manifestasi pemikiran logik dan teori yang diilhamkan dalam minda manusia.
Tanpa kedua-kedua ini, manusia tidak akan wujud kerana tiada idea, tiada akal, dan tiada rasional. ‘I think therefore I am’.
Selagi ruang demokrasi tidak dibuka, bahasa yang digunakan itu akan melahirkan anak muda yang tiada idea, akal dan rasional kerana fungsi bahasa dalam ruang yang tidak demokratik adalah bertujuan untuk melahirkan golongan pasif.
Bahasa yang difahami dan sinonim dengan budaya dan identiti sesuatu golongan adalah lebih baik lagi kerana proses pembodohan akan berlaku dengan lebih cepat dan senang. Pelajar-pelajar akan memahami kebodohan dan bertindak bodoh dengan lebih jelas dan tepat.
Bahasa melayu untuk perbodohkan orang melayu.
Bahasa cina untuk perbodohkan orang cina.
Bahasa tamil untuk perbodohkan orang india.
Bahasa yang sepatutnya dikembalikan dan dipelajari dahulu adalah sastera demokrasi. Tanpanya, bahasa, terutama bahasa yang sangat difahami oleh etnik masing-masing, hanya merupakan alat untuk perbodohkan rakyat Malaysia.
Pembebasan minda atau ‘liberation of the mind’ adalah konsep asas falsafah pendidikan. Dapatkah ini dicapai dengan bahasa melayu, bahasa cina dan bahasa tamil tanpa demokrasi?
Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
walaupun owner asalnya dah lama pencen tapi F.O.B. ni ttap utuh dengan identiti politikalnya
Post a Comment