Tuesday, November 11, 2008

Politik ni buat orang jadi gaduh ke?

Kadang-kadang aku tak faham la dengan politic junkies macam korang ni.Korang takde benda lain ke nak sembang-sembang?Aku faham la adik aku si Ezreen tu sedikit weirdo,baca buku tebal-tebal pasal politik bagai..

Aku teringin gak la lepak setable ngan korang ni.Macam Nami ni pernah jugak la aku lepak,borak-borak banyak benda,dari pasal bola,pasal moto,pasal awek,sume benda kitorang sembang.Korang tak pernah bukak topic lain ke?

Aku tau la akal aku tahap mat-mat rempit je john,aku rasa cam terpinggir je dalam blog ni.

Pastu bukak2 pasal Islam pulak dah.Semua nak buktikan,siapa paling tok aji,sape paling power ikat serban.Adik aku tak pernah pakai tudung pun nak citer benda2 camni.

Beb,ada betul gak cakap korang.Islam ni cara kehidupan.Tapi kadang-kadang korang cakap cam takde bukti.Contohnya,pasal azan bahasa Turki.Korang pernah pergi Turki ke?Aku berani cakap korang ni tak pernah pergi pasal cakap azan bahasa Turki.Woit,tu zaman Atartuk la,zaman bila tu.Time tu pasal Turki perang ngan Arab,pasal tu dorang boycott bahasa Arab.Tapi sekarang mana ada lagi macam tu.Pergi la Izmir,korang dengar azan bahasa Arab.Istanbul dulu la,sekarang mana ada lagi camtu.

Tapi betul gak cakap adik aku.Pasal kopiah,atau serban tak bermakna kau tu alim.Macam Anwar Ibrahim,cakap kalau ceramah,ayat al-Quran mesti masuk,tapi menipu orang ramai gak,konon2 16 September,last2 buat gelak orang je.Gunakan agama untuk politik ni tak elok beb,korang sedar ke apa korang buat ni?

Alaa..soalan aku pasal logo DAP takde dalam jemputan hari raya dulu pun korang tak jawab lagi.Aku nak tanya korang la,kenapa PAS ni berapi sangat ngan UMNO?Padahal mengaku Islam.Islam takkan memusuhi sesama sendiri.Macam Fatah ngan Hamas tu pun same,dari dulu bergaduh je.

Kadang-kadang aku nak je open story kat blog ni,pasal berniaga air soya ke,berniaga tomyam ke,untung-untung boleh aku share resipi.Asal aku bukak blog ni je,politik.Bukan tak kasi cakap pasal politik tapi agak-agak la.Cerita la pasal awek ke,pasal bola ke,pasal kerja ke..takde la aku diam terconggok je.

Sue girlfriend Nami pun tulis pasal doktor,kesihatan.Walaupun aku tak faham,daripada tak tau jadi tau.Aku bukan tau benar pasal politik.Tapi yang aku tau,politik ni buat orang bergaduh.

Hari ni cuti,aku nak gi dating ngan tunang aku.Korang,cerita la pasal awek korang,kalau dah takde awek,cerita pasal member kau ke,atau sekurang-kurangnya,cerita pasal keluarga kau.

Monday, November 10, 2008

Renungan bersama untuk Muslimin dan Muslimat




1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah sal ah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Saya berasa simpati dan dukacita kpd sahabat saya, saudari ezreen yang keadaan kesihatan
beliau yg kurang baik. saya doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan kesihatan beliau.

Berkenaan persoalan yang beliau tujukan kpd saya sblm ini, saya kira, saya akan menjawabnya di dalam penulisan akan datang. Ini kerana saya sekarang agak sibuk dgn peperiksaan akhir serta menguruskan beberapa program persatuan.

Maka selepas selesai semuanya saya akan menulis kembali.
Akhir kata, kepada sahabat saya ezreen, semoga cepat sembuh .
=)

Sunday, November 9, 2008

Pemerintahan Khilafah(Islam) menitikberat keadilan semua penganut agama Islam dan bukan Islam



Assalamualaikum, good morning! To all bloggers of this blogs`group


Izinkan saya bercakap sedikit pasal sistem Khilafah

Khilafah, adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dan juga bukan Islam(Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam, bebas beragama, kecuali bila orang bukan Islam dah masuk Islam) untuk menegakkan hukum-hakam syariat Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah, adalah kesinambungan pemerintahan kerajaan Islam yang diwarisi Rasulullah, satu-satunya pemerintahan kerajaan yang wajib bagi seluruh umat di seluruh penjuru alam. Ianya berdiri atas wahy dan akidag serta wajib adanya. Maka struktut Khilafah berbeza dengan semua sistem yang dikenali di dunia sekarang ini, yang mana kesemuanya dibangun dasar akal semata-mata meskipun ada yang mendakwa mirip dalam sebahagiannya.

Struktur negara Khilafah adalah yang telah dijalankan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W. dan diwarisi para sahabat sehingga ke zaman pemerintahan empayar Turki Othmaniah

Khalifah- seorang individu wakili seluruh umat manusia dalam urusan pentadbiran jekuasaan politik, serta dalam menetapkan hukum syarak. Oleh kerana agama Islam menjadikan pemerintahan dan kekuasaan milik umat maka dalam hal ini umat mewakilkan seseorang melaksanakan pemeintahan kekuasaan itu sebagai wakilnya. Allah S.WT.mewajibkan umat menetapkan dan menerapkan hukum syarak secara keseluruhannya.

Dengan demikian Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh itu tidak ada seorang Khalifah pun akan terlantik kecuali setelah dibai`at oleh umat . Bai`at yang dilakukan umatlah akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil sekaligus Khalifah. Pengakatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai`at beerti umat telah memberikan kekuasaan(untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana beliau(Khalifah) melaksanakan hukum syarak.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin serta kaum dari agama lain tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah dibai`at oleh ahli halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan ba`iat in`iqad(bai`at pengangkutan) yang sah dari segi syarak, iatu dilakukan dengan rela dan redha dan kebebasan memilih, tanpa dipaksa serta calon itu mesti memenuhi syarat-syarat in`iqad. Syarat untuk in`iqad Khalifah ada tujuh: Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Selain itu ada syarat afdhaliyyah(keutamaan) yang didokong nas-nas sahih ataupun rentetan dari Nas-nas sahih. Contihnya, Khalifah harus di kalangan Quraisy(bukan Quraisy pun boleh sebab dah banyak kaum sekarang, janji Islam), seorang mujtahid, berani, politikus ulung, mahir dalm ilmu perang dan sebagainya.

Baikla untuk pengetahuan Cik Ezreen, sistem Khulafah ini boleh dilaksanakan ketika ini apabila ada pemimpin yang cukup syarat bersetuju nak laksanakan hukum syarak ini.

Apabila pemimpin ini bersetuju maka wajiblah bagi seluruh umat Islam lain ba`iat pemimpin itu sebagaimana dalam hukum Islam sendiri, terpulang nak ikut atau tidak, tapi kalau buat salah tetap kena tindakan yang berlandaskan hukum syarak kalau Islam kalau yang buat tu orang Islam. Orang bukan Islam yang buat salah tak diberi hukuman yang sama dengan orang Islam, bukankah itu benar-benar adil dalam Islam?



Kenyataan Ezreen:
Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?

Saya jawab, Islam tidak mengajar penganutnya menyebarkan agama Islam melalui kekerasan, walaupun bendera Arab Saudi(sama habis dengan bendera Islam sejati, cuma berwarna hijau dan ada gambar pedang, nak lihat bendera Islam sejati, lihat di profil Mata Rakyat Malaysia, itu bendera yang dikibar Rasulullah, cuma Arab Saudi mengubah latar nya yang hitam kepada hijau, ditambah dengan pedang yang kalimah Laillahhailallah... sama je.


Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah,bukannya kita hipokrit, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Kita kaji zaman Rasulullah, mana ada perang yang memaksa orang kafir masuk Islam, perang Badar dan lelain tu nak pertahankan umat Islam. Yang jadi masalah sekarang ialah memang bangsa Arab ni dari dulu dan sekarang panas baran sifat mereka, memang dah sebati, kecuali kalau mereka ikut Islam 100%. Sebab itu Allah turunkan Islam dan menabalkan Rasul terakhir di kalangan orang Arab Quraisy.

Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah, tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Yang kata hukum Islam itu kurang sesuai dilaksanakan itu adalah propaganda. Yang penulis kesalkan ada orang Islam yang tidak setuju dengan alasan tanpa mengkaji betul-betul ikut maka dan tempat. Bertenanglah, yang berlandaskan Islam seperti Khulafah ini tidak akan zalim terhadap orang bukan Islam, takkan teraniaya punya.

Yang jadi masalahnya hari orang Islam sendiri tak ikut Islam 100 %. Kalau orang Islam yang paling ramai penganutnya di seluruh dunia bersatu bayangkan orang Islam akan gagah dan disegani oleh orang bukan Islam. Takde lagi negara bangsa seperti negara-negara yang ada di seluruh dunia yang telah disempadankan. Memang Allah cipta manusia berbeza kaum supaya saling kenal mengenal, tetapi yang pentingkan adalah perpaduan. Hanya dengan ikut Islam sahaja perpaduan sejagat antara orang Islam dan bukan Islam tercapai.

Malah dengan mengamalkan nilai dan akhlak yang baik di kalangan orang Islam sedunia ini maka penulis percaya bahawa ini adalah pendekatan psikologi untuk menarik orang bukan mengenal Islam dan sekaligus berminat nak tau pasal Islam dan memeluk Islam sebab melihat akan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh orang Islam sedunia sendiri.

Penulis tau Ezreen marahkan PAS, tapi jangan sebab marahkan seekor nyamuk je seluruh kelambu nak dibakar. Memang di kalangan umat Islam banyak masalah, di Malaysia Ezreen marahkan PAS yang rasanya ektrem baginya. Itu adalah kerana PAS sendiri bersemangat mau maintain perjuangannya dengan dari dulu, kini hingga ke akhirat, berteraskan Islam, walaupun dah kerjasama dengan KeADILan-DAP dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya orang PAS kena baiki sikit je sikap mereka, nak laksanakan Islam teruskan, cuma mesti ada strategi yang berkesan yang mereka mesti laksanakan sekarang.

Mengenai masalah umat Islam di negara lain ditindas seperti di Palestin,Iraq dan Afganistan dan memana, kalau seluruh umat Islam bersatu di bawah Khulafah, maka secara sendirinya umat Islam di negara lain akan bantu dan memerangi mereka yang zalimi umat Islam di tempat tersebut. Sekarang tak boleh alasannya, sempadan! Dalam sistem pemerintahan Khulafah, tiada sempadan maka tidak ada masalah PATI kerana semua manusia boleh bergerak bebas ke mana-mana seluruh dunia tanpa passport lagi, yahoo! Bahasa takde masalah sebab majoriti masyarakat dunia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris, takpun dalam keadaan sekarang pelbagai kaum pun seluruh boleh komunikasi. Takde lagi Melayu, Cina, India, Jawa, Irish, ha ha ha! Sebab dunia ni milik Allah yang kita semua masyarakat sedunia berkongsi.

Untuk pengetahuan Ezreen, kalau saya tak buat pun benda ni berjalan jugak. Kalau awak tak setuju dengan pelbagai alasan pun benda ni tetap berjalan juga, cuma pertubuhan sejagat U.G. ada banyak cawangan sedunia ni sedang dalam proses nak laksanakan benda ni.

Bukaklah link ini http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=789:khilafah-semakin-dekat-khilafah-is-coming&catid=50:khilafah&Itemid=29

Tapi kepada orang bukan Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu nak burukkan Islam termasuk dari segi pemerintahan sampai ke orangnya. Orang baik dan jahat tetap ada walaupun Islam atau tidak. Cuma semua pihak kena kaji dan teliti, betul betul tentang sistem Khilafah ni, terutamanya orang bukan Islam, bukannya nak paksa orang bukan Islam peluk Islam. Dalam pemerintahan Islam masyarakatnya yang beragama lain bebas beragama. Tengok di Kelantan orang bukan Islam pun takde masalah dengan pemerintahan berteraskan Islam, walaupun belum laksanakan hukum....Zaman pemerintahan Nabi Muhammad, baginda pun cakap pasal agama Islam di hadapan orang bukan Islam, kenapa? sebab baginda Nabi?Nabi pun manusia macam kita kalau nak kata hatinya dicuci sekalipun, atau peristiwa Israq Mekraj, itu adalah spotlight kepada Allah juga. Kepada yang bukan Islam saya percaya anda semua yakin dengan kekuasaan mutlak Tuhan.

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

Ezreen, perahu sudah ada, pendayung pun sudah ada dari dulu lagi. Cuma kami menanti siapa yang tolong kayuh.

Ezreen, saya harap kaki awak okey lepas ni dan sembuh terus tak perlu bedah lagi.Mungkin kena makan Chicken Chop bapak Nomy kot baru tumbuh balik tisu daging dan kuatla balik tulang dan daging. Siap promote lagi Nami sedekahkan aku free Chicken Chop, he he gurau je.

Saya Jawab dalam Bahasa Saya(part 2)

Saya berasa amat bangga kerana kedua-dua rakan saya bangun dan bangkit mempertahankan Islam.Saya merasakan amat terharu dan merasakan mereka ini niatnya baik.Tapi siapa yang harus mereka tentang?

Tuan Perundang dan Mata Rakyat,saya bukan anti kepada Islam.Ayah saya mengajar saya Al-Quran semasa saya tinggal di Milan,dan saya tidak suka budaya hanya membaca,tetapi mengerti dan memahami tentang isi kandung al-Quran.Saya pergi ke perpustakaan seawal usia saya 9 tahun,mengkaji dan cuba memahami,dengan mencari al-Quran translasi Itali.

Kita semua tahu,kita manusia,tidak kira yang Islam atau bukan,yang ada agama mahupun atheis,semua berasal dari Nabi Adam dan Hawa.Atas sikap kenapa kita harus berperang?

Tuan Perundang dan Mata Rakyat,
Kenapa saya kritik PAS?Al-Qaeda?Kerana mereka ini dilihat oleh bukan Islam sebagai golongan yang menakutkan.Kita patut sambut mereka ini dengan senyuman,bukan ugutan dan kemarahan.Peristiwa September 11 menjadi satu manifestasi kepada kebencian ini.Semasa peristiwa itu,saya menangis,bukan kerana kesiankan orang Kristian yang mati,tetapi manusia yang mati di atas nama fanatisme.

Seperti jawapan pertama saya,golongan fanatisme agama ini ada gelarannya.Dalam Kristian,dipanggil Evangelist.Mereka seperti Jerry Falwell dan sebagainya.Evangelist ini bermaksud pendakwah Kristian.Tetapi mereka ini terlalu fanatik dengan agama mereka sehingga mengkritik agama-agama lain.Dalam Judaisme ada Zionist,dan dalam Islam ada Mullah.Kesemua mereka ini--pada hemah saya,bukan beragama,tetapi menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka.

Saya beri contoh yang paling mudah.Apa beza antara peminat bola sepak dan hooligan?Peminat bola sepak ialah orang-orang yang meminati sukan tersebut,contoh seperti saya,yang minat dengan kelab Celtic FC.Tetapi golongan hooligan ialah golongan yang pergi ke stadium hanya untuk menikam pisau ke penyokong pihak lawan.Apakah wajar saya menyokong hooligan Celtic jika mereka menikam penyokong Rangers?Saya tidak sekali-kali menyokong perkara itu.

Jadi,PAS adalah mirip Al-Qaeda.Seperti yang saya katakan,semua perlu balik ke fundemental dahulu.Apa maksud Islam?Dalam bahasa Arab bermaksud "keamanan".Kenapa Tuan Perundang mewajarkan program nuklear Iran?Supaya Iran dapat membunuh warga Yahudi Israel?Tahukah tuan Perundang yang Masjidil Aqsa turut terletak di kawasan yang sama?Kalau peluru berpandu Iran itu dilancar ke Israel,bukankah meletupkan Masjidil Aqsa sekali?Apa hukum orang yang meruntuhkan masjid?Apa pula hukum orang yang meruntuhkan masjid suci dalam Islam?

Saya melihat PAS sebagai pengacau Pakatan Rakyat kerana,seringkali saya melihat(dari jauh),tentang penyokong-penyokong PAS yang seolah-olah tidak mahu mewujudkan budaya berkongsi dengan orang-orang bukan Islam.Gambar jamuan Tahun Baru Cina atau Deepavali boleh diadakan secara retorik,begitu juga dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,sambil perjuangkan ketuanan Melayu,sambil itu melakukan perniagaan dengan bukan Melayu.

Jadi PAS dilihat dari sini sebagai "mengikut rentak UMNO".Dan saya menyeru kepada penyokong PAS,balik semula ke fundemental Islam,keamanan.Berikan kepada mereka yang hak,dan pertahankan hak kita.

Menakut-nakutkan orang dengan satu fahaman,memang menakutkan orang bukan Islam.

Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?

Saya sama sekali tidak menyokong fahaman Aminah Wadud,ataupun Islam diberi ceramah dengan bentuk choir seperti di gereja,tapi apa yang saya ingin terangkan,saya anti keganasan.Tidak kira dari Yahudi,dari Kristian,Hindu ataupun Islam.Saya tidak bersetuju dengan golongan yang meletupkan diri di kawasan awam.

Yang diperang adalah dengan tentera,bukan rakyat.Kalau Zionis membunuh warga Palestin,kenapa Hamas nak mengikut jejak Zionis dengan membunuh warga Israel?

Kalau Amerika ada senjata nuklear,kenapa Iran nak turut serta?Nak letupkan sekali?

At the end of the day,kita kena ingat,dunia ini sementara sahaja,sementara ada bumi ini,jangan hancurkannya kerana kita semua berkongsi dengan planet ini.Saya hanya mahu lihat bumi ini aman.Dengan pemanasan global yang tak sudah-sudah,apakah peperangan yang kita mahukan?

Apakah kita semua mahukan Perang Salib meluas sehingga kita tidak ada apa-apa yang tinggal untuk anak cucu kita?Menang jadi arang,kalah jadi abu.Nak macam tu?

Oleh itu,saya sentiasa menyokong apa-apa peace talk antara Israel dan Palestin.Dan saya tidak menyokong Zionis.Saya juga tidak menyokong al-Qaeda.

Allah s.w.t menciptakan manusia pelbagai kaum untuk kita saling mengenali antara satu sama lain,bukan berperang.

Saya ulang pendirian sekali lagi,saya mengkritik PAS,bukan Islam.Seperti yang ditulis oleh saudara Perundang sendiri;

dan bagi saya DR hasan ALI tu, baru lagi dalam PAS..=) jadi kita kena lihat dari siapa ..sbb dlm PAS pun ada ramai PUAK..husam musa, TG. Haji hadi, TG Nik Abdl Aziz dan lain(kalau saya nak hurai panjang sngt mau 3 page )

Dan soal khilafah,saya akan jawab sedikit kemudian jawab sepenuhnya nanti kerana sebentar lagi saya ada minor surgery untuk pembedahan kaki kiri saya.Injury akibat skate.

Jika sistem khilafah menjadi pilihan penduduk dunia,apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang itu untuk diba'iah menjadi khalifah?Sila jawab.

Saya harap Mata Rakyat dan Tuan Perundang faham dengan apa yang saya jawab ini.

Saya Jawab dalam Bahasa Saya(part 1)

Hmm..nampaknya Perundang dan Mata Rakyat,tidak sekali faham maksud saya.Izinkan saya menjawab soalan-soalan Perundang yang diajukan.

1)sejak bila sistem khilafah ini mula dilaksanakan di muka bumi ini
-Sistem khilafah telah diadakan sejak kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

2) sekiranya sistem ini tidak sesuai, dan menindas bagaimana dgn fakta yang menunjukkan islam pernah menguasai 2/3 dunia ini satu masa dahulu, dan pada ketika itu sistem khilafah dilakasanakan
-Sebelum itu saya bertanya kepada saudara Perundang,betul ke 2/3 dunia?Old World or New World?Bagaimana dengan Genghis Khan,beliau juga menakluk 2/3 dunia?British juga menakluk dunia,sehingga digelar "The Empire that Sun Never Set".Bagaimana dengan Portugal dan Sepanyol,menakluk dua lautan terbesar,Atlantik dan Hindi.

Soalnya disini,bukan sistem yang saya persoalkan,saya persoalkan orangnya.Mahu bercerita tentang Turki Uthmaniyyah,saya berketurunan Melayu Bugis-Turki-Irish,jadi Turki ada sebahagian dengan diri saya.Apakah dengan title "khalifah" tu,khalifah itu sewenang2nya ada perempuan simpanan di harem-harem?Siapa yang ba'iah khalifah ni?Rakyat?Rakyat hidup terseksa kerana sengketa Perang Dunia Pertama.Kalau bukan kerana tentera Britain menyerang Turki,mungkin saya tiada di sini.Jadi,saya adalah contoh sendiri sejarah Turki.

3) pada masa dahulu ketika sistem khilafah ini dilaksanakan, adakah di dunia ini semua orang islam? setahu saya tidak
-Ya,memang bukan semua orang Islam,begitu juga di Sepanyol(Andalus),kenapa semua perlu diarabkan sedangkan mereka itu bangsa Sepanyol,sehingga mereka menentang puak Moor?

4) zaman kegemilanagn islam, iaitu semasa zaman dunai barat melalaui zaman kegelapan, sistem yang dugunapakai adalah sistem khilafah? adakah ini boleh dikatakan sistem ini tidak efisyen dan tidak setanding dgn sistem demokrasi yag ada sekrng?
-Kenapa masih nak mengimbau kenangan silam?Kenapa kerajaan Islam tak seefisien dulu?Kerana korupsi dan ketidakfahaman terhadap konsep Islam itu sendiri.Bila orang menggunakan agama sebagai senjata politiknya,maka berlakulah masalah sehinggalah jatuhnya kerajaan Islam itu.

5) kenapakah sistem ini dihapuskan oleh britain? apa asasnya?
-setiap penjajah akan menghapuskan sistem kerajaan lama untuk mentadbir jajahannya sendiri.

6) sistem demokrasi adalah dicipta selepas kewujudan islam, dan dicedok prinsipnya oleh orientalis barat.anda bersetuju?
-demokrasi dicipta pada zaman Greek,pada zaman Delian League,semasa itu,city-states atau negara kota berkumpul dalam federasi Athens.Dan mereka dipilih melalui sistem perwakilan.Delian League ditubuhkan pada 478 Sebelum Masihi,sedangkan khilafah pula pada zaman kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

7) kemajuan barat pada hari ini adalah atas 'ilmu'2 para ilmua islam dahulu.mereka menciplak dan ubahsuai.anda bersetuju?
-kenapa kata ciplak?re-inventasi akan sentiasa berlaku tidak mengira zaman.zaman sebelum islam,terciptanya roda,terciptanya pedati dan sebagainya,bukankah itu tercipta sebelum islam?jadi,kereta yang ada sekarang,tayar-tayar,diciplak dari zaman Mesir la,begitu?

8) sekiranya sistem yang dikatakan khilafah ini sngt 'kuno' adkh ini bermksd sistem yg diguna pakai oleh kahlifah abu bakar dan kahalifah sterusnya itu tidak sesuai ?
-Sebelum tu saya nak tanya,sekiranya sistem ini digunapakai,siapakah yang layak untuk diba'iah?

9) anda faham apa itu sistem khilafah? siapa ketuanya, corak pemerintahan? adakah sistem ini zalim?
-Maafkan saya sekiranya saya tidak memahami,tetapi saya ingin bertanya,siapa yang nak terangkan tentang khilafah ini,kalau bukan anda.Andalah yang perlu menerangkan,kerana anda yang membuka topik ini.

10) kalau zalim, dimana zalimnya? dan adakah penguasaan islam dulu ke atas dunia mll sistem khilafah adalah penindasan kpd bukan islam?
-Zalim ataupun tidak,bukan bergantung pada sistem,tetapi kepada individu.Shih Huang Ti merupakan seorang yang Zalim,tetapi Maharaja Ming seorang yang memakmurkan bumi China sehingga rakyat China menerima kemajuan.Cuba rujuk kepada Muawiyah yang memerangi Ali dalam Perang Siffin,adakah itu Islamik?

11)sebagai seorang beragama islam, kenapa kita tidak boleh menerima pakai sistem khilafah ini, sistem yang berpandukan agama islam, dan tidak mengandungi perkara yg ditegah agama. apa bezanya sistem khilfah ini dgn semokrasi ciptaan barat? kenapa kita sbgai org islam tidak boleh mengamalkan sistem kita sendiri? kenapa kita perlu 100% ikut sistem barat? kalau kita boleh ikut cara barat sblm ini, kenapa kali ini barat tidak boleh ikut cara kita? kalau kita selama ini horamat pada org bukan islam, kenapa org bukan islam tidak boleh hormat pada kita?
-Persoalannya yang saya ajukan,siapakah yang benar-benar layak untuk kita ba'iah ini?

12) Anda sudah pasti tahu tentang perang salib.. anda pasti perang salib sudah berakhir?
-Belum berakhir.Tapi anda tahukah kenapa perang salib ini berlaku?Perang salib ini berlaku kerana kedua-dua pihak,fanatik dengan fahaman masing-masing.Fanatik kristian seperti evangelis-evangelis,dan fanatik Islam dengan mullah-mullah.Anda suka berperang ke?

13) anda sudah pasti kenal yahudi,zionis..anda juga pasti tahu bahwa sejauh mana mereka 'menguasai dunia' ?
-Seperti Kristian dengan Evangelis,Islam dengan Mullah,Judaism ada Zionist.Mereka ini golongan fanatik.Saya kritik yang ini,bukan agama.

14) kenapa negara barat boleh ada nukeluar..ttp negara islam tak boleh? (iran ,iraq)
-Pada hemah saya,kenapa nak ada nuklear?Sepatutnya semua negara tak perlu ada nuklear.Kenapa,tuan Perundang suka Islam letupkan nuklear di negara bukan Islam?

Saturday, November 8, 2008

RESPON - If you really want to establish khulafah system,take a rocket,go to other planet,while this Earth is for all of us,humanity

saya ingin merujuk kepada komen cik ezreen di article mata rakyat, berkenaan sistem khilfah:

"If you really want to establish khulafah system,take a rocket,go to other planet,while this Earth is for all of us,humanity.Regardless religion,race and gender.We share this Earth.Don't make me call you "pakcik kopiah suka cakap kuat-kuat dalam ceramah"."


siapa kita untuk mengatakan this 'khulafah or khilafah ' system like 'rubish'?..
sampai naik roket pergi planet lain=) ..kita blh bincang..


apa itu 'khulafah'?
saya pun x berapa 'faham'.. hehe =)
ttp sefahaman saya sistem ini digunakan sejak zaman selepas nabi muhamad(nabi org2 islam)wafat, sehingga tahun 1924(bila dihapuskan oleh britain dan perancis)..sebelum saya pergi jauh, anda seolah menyifatkan sistem khilafah ini melakukan 'penindasan' atau tidak mesra manusia ke atas org bukan islam.. itu yg saya faham dari kenyataan anda di atas..


maka saya ada beberapa persoalan di sini untuk anada:


1)sejak bila sistem khilafah ini mula dilaksanakan di muka bumi ini
2) sekiranya sistem ini tidak sesuai, dan menindas bagaimana dgn fakta yang menunjukkan islam pernah menguasai 2/3 dunia ini satu masa dahulu, dan pada ketika itu sistem khilafah dilakasanakan
3) pada masa dahulu ketika sistem khilafah ini dilaksanakan, adakah di dunia ini semua orang islam? setahu saya tidak
4) zaman kegemilanagn islam, iaitu semasa zaman dunai barat melalaui zaman kegelapan, sistem yang dugunapakai adalah sistem khilafah? adakah ini boleh dikatakan sistem ini tidak efisyen dan tidak setanding dgn sistem demokrasi yag ada sekrng?
5) kenapakah sistem ini dihapuskan oleh britain? apa asasnya?
6) sistem demokrasi adalah dicipta selepas kewujudan islam, dan dicedok prinsipnya oleh orientalis barat.anda bersetuju?
7) kemajuan barat pada hari ini adalah atas 'ilmu'2 para ilmua islam dahulu.mereka menciplak dan ubahsuai.anda bersetuju?
8) sekiranya sistem yang dikatakan khilafah ini sngt 'kuno' adkh ini bermksd sistem yg diguna pakai oleh kahlifah abu bakar dan kahalifah sterusnya itu tidak sesuai ?
9) anda faham apa itu sistem khilafah? siapa ketuanya, corak pemerintahan? adakah sistem ini zalim?
10) kalau zalim, dimana zalimnya? dan adakah penguasaan islam dulu ke atas dunia mll sistem khilafah adalah penindasan kpd bukan islam?
11)sebagai seorang beragama islam, kenapa kita tidak boleh menerima pakai sistem khilafah ini, sistem yang berpandukan agama islam, dan tidak mengandungi perkara yg ditegah agama. apa bezanya sistem khilfah ini dgn semokrasi ciptaan barat? kenapa kita sbgai org islam tidak boleh mengamalkan sistem kita sendiri? kenapa kita perlu 100% ikut sistem barat? kalau kita boleh ikut cara barat sblm ini, kenapa kali ini barat tidak boleh ikut cara kita? kalau kita selama ini horamat pada org bukan islam, kenapa org bukan islam tidak boleh hormat pada kita?
12) Anda sudah pasti tahu tentang perang salib.. anda pasti perang salib sudah berakhir?
13) anda sudah pasti kenal yahudi,zionis..anda juga pasti tahu bahwa sejauh mana mereka 'menguasai dunia' ?
14) kenapa negara barat boleh ada nukeluar..ttp negara islam tak boleh? (iran ,iraq)




kenapa saya bertanya ini kepada anda? saya sebagai seorang islam sngt 'terguris' akan kenyataan anda di atas. saya ada hak untuk terguris,sbb saya beragama islam...dan kenapa saya tidak berhak 'terguris'? kenapa kalau manusia hari ini mengatakan ia islam, seolah ia sngt hina? kenapa bila oabama dikaitkan dgn islam dia dianggap hina? kenapa? adakah islam itu faham sesat?bukan agama ? adkh sbb propaganda barat yg melabelkan islam itu sbg 'pengganas' maka seluruh dunia percaya islam dan penganutnya adalah 2nd class dan dianggap jahat. kenapa bila org islam ingin memakai tudung di belanda, turki dianggap sebagai mlkkn kesalahn yg sngt berat, seolah lebih berat dari kesalahan melakukan hubungan seks di tepi jalan..kenapa kita org islam pula selama ini perlu tunduk kepada barat? kenapa palestine tanah org islam itu diberi kpd yahudi oleh britain?

kenapa dunia memandangs sepi tindakan yahudi merosakkan palestin, dibunuh, diseksa..pendudkan haram..kenapa dunia senyap??kenapa? kenapa bila org islam yg bangun mempertahankan tanah air mereka di cap sebagai PENGGANAS??? kenapa....



saudari , saya berbalik kpd persoalan sistem khilafah sblm ini. sistem khilafah ini bermula sekitar kurun ke 17..sistem ini telah bejaya diamalkan dimuka bumi ini suadah berkurun lama.sehingga dihapuskan oleh britain pada tahun 1924..kita maklum pihak barat, diketuai
britan dan prancis mula menjajah dunia islam sejak kurun ke19. sejak awal kurun ke 19, telah mula usaha untuk meghapuskan sistem ini oleh piahk barat. bermula pada tahun 1915 britain memulakan sernagan ke atas iraq.

seterusny deklarasi balfour 1917 memperuntukkan ke arah usaha britain mempersiapkan penubuhan israel. pada tahun 1917, general allenby: ketua pasukan brtain menduduki palestin (pada 11 /11/1917). DAN KENYATAAN BELIAU YG SNGT PENTING ADALAH "pada hari ini perang salib baru berakhir"


seterusnya, kuasa klonial mula menakluki ibu negara khilafah, istanbul pada 1918 ,dan selepas itu selat bosporus jatuh dibawah britain dan prancis, dan pada ,20/11/1922 persidangan lausanne bermula. Dimana Britain tuntut 4 perkara: sistem khilafah dihapuskan, khilafah mst dibuang negeri, hartanya dirampas, dan turki disytihar negara sekular.semua usaha ini telah diatur oleh kamal artattuk.

sesuatu yang sangt PENTING, di dalam penhapusan khilafah di turki ini, seorang ahli parlimen house of comman telah mengecam lord crozon(org yg bertanggungjawab dlm perjanjian lausanne). di mana ahli parlimen ini bertanya: " kenapa turki diberi kemerdkaan sedangkan negara arab dijajah?" lalu dijawab oleh ahli parlimen itu ; " faktanya sekarang, turki telah dimusnhakan dan tidak akan bangun lagi kerana kita telah menghancurkan kekutan rohnya, iaitu khilafah dan islam."


3 mac 1924, khilafah dihapuskan di turki dan bermaksud sistem ini telah lupus dari muka bumi ini. lalu apa yag terjadi di turki? penindasan dan penghapusan islam bermula ; azan ditukar kpd bahasa turki, sistem pendidkan barat diperkenal, penulisan arab diganti kpd latin & roman, tudung diharamkan, sistem pemakaian islam mula dihancurkan sedikit demi sedikit, dan segala usaha sekularisasi bermula di turki.. maka persoalan saya disini, jelaslah apa yang berlaku ini adalah semata2 untuk menghapuskan daulah islam di muka bumi ini..jelas dan sngt jelas..dan salahkah kita mengadakan balik sistem ini?salah? apa bezanya sistem khilafah dan demokrasi skrng???

khilafah lemah? demokrasi bagaimana? adakah demokrasi telah menyelamatkan dunia hari ini? sama sekali tidak..perang dan dunia semakin tidak aman..adakah selama ini dunia aman dibawah undang2 sekular, comon law barat? ada saja kes bunuh,rompak,rogol dan segala mcm jenayah..adakah dunia hari ini dibawah demokrasi,republik dan segala mcm sistem buatan orientalis ini sngt efisyen..buktinya sama sekali tidak...jadi saya bertanya apakah asas untuk mengatakan bahawa sistem khilafah adalah sistem yg tidak sesuai diamalkan?

dan anda mengatakan bahwa "If you really want to establish khulafah system,take a rocket,go to other planet,while this Earth is for all of us,humanity.Regardless religion,race and gender.We share this Earth." apa justifikasi anda? apa bukti sistem ini tidaka akn berlaku adil?


maka kesimpulan saya mudah, janganlah kita 'khayal' dgn ilmu2 orientalis ini, dgn momokkan pihak barat yg sentiasa mengatakan islam itu tidak elok,tidak baik, tiadk sesuai...siapa barat untuk berkata semua itu???? dan siapa mereka untuk mengawal kita..kita harus sedar bahwa segala apa yg belaku di dunia hari ini semuanya BERPAKSI KEPADA PERTARUNGAN AGAMA..perang antara barat dan islam tidak pernah tamat.

jngn kita leka dan termakan dengan 'sogokkan' barat kpd kita..semua itu adalah untuk melemahkan kita..tidak mahu kita bersatu..tidak mahu semua umat islam bersatu..dan itulah apa yg mereka lakukan pada hari ini.suka saya untuk memetik beberapa ucapan dari 'pihak' barat untuk kita sama fikirkan

1)dick cheny : timb prsdn USA: 'menegakkan semula apa yang digambarkan sbg khilafah abad ke 7 ini ialah, ditadbir oleh hukum syarak dan interpertasi Al-qura'n yang tegas
2)Cherles Clark ;mantan setiausaha dalam negeri UK 6/10/2005: 'tidak boleh ada perundingan mengenai tegakkan semula khilafah & tidak boleh ada perundingan langsung dlm usaha terapkan hukum syarak
3) eric edelman : pembantu setiausaha pertahanan USA: masa depan iraq sama ada dikuasai oleh pengganass yg akan megembangkan sayap mereka & kemungkinan mereka menegakkan KHILAFAH@mereka dihancurkan.bagi kita kejayaan di iraq tidak boleh dijadikan pilihan
4) john abizard : komenden USA di timur tengah :' mereka akan cuba untuk menegakkan semula kedaulatan bagi seluruh dunia islam. kita pernah belajar apa yang mereka ingin lakukan dari mulut2 mereka sendiri..


maka jelas kita melihat, di pahak barat, yg hanya ada di dalam pemikiran mereka adalah 'menghancurkan' daulah islam...itu semua kita sudah maklum, namun mgkn kita terlupa.. maka saya sekali lagi ingin bertanya adakah islam ini mengancam bukn islam??? tidak sama sekali.agama islam tidak pernah mengajar begitu....mungkin ada beberapa kes kelihatn islam mengancam bukan islam..namun sebelum kita menuduh dgn lantangnya, tnya dan soal dulu kenapa mereka berbuat begitu?? kalau di iraq, keluarga mereka dibunh, rumah diroskkan,
negara diceroboh..kalau ditempat lain, mungkin kerana mereka sudah 'tidak' tahan melihat penderitaan umat islam di seluruh dunia..lantaran itu merekea bertinadk...maka ini dikatakan pengganas...kalau saya ditemat mereka, saya juga akan beritindak sedemikian.adalah dayus membiarkan 'perompak' 'merompak' rumah anda, dgn tanpa berbuat apa2.

ttp bila tentera USA menyeksa tahanan di penjara , membunuh masyarakat IRAQ, afghanistan tidak dikata PENGGANAS, ttp tentera PENGAMAN.. adilkah ini untuk umat islam??


akhir sekali saya merujuk kepd kenyataan anda "Hatred that this article generate using Islam as a main point,is not only annoying,but stupid.Hello,one of our federation blogger is non Muslim,his nick name is vanguard.This article seems offense to him."..saya kenal vanguard ini..sahabat saya di faculty...saya tidak merasakan article itu menjerumus untuk' membawa' bahaya kpd sahabat saya itu..dan saya pasti sahabat saya itu faham akan maksd sebenar yang ingin disamapaikan oleh penulis..sahabat saya itu saya fikir waras untu melihat semua ini secara jelas dan melihat akan dasar agama islam ini sendiri..sbb kita malklum islam sama sekali tidak mengancam sesiapa..

sesunguhnya dalam islam haiwan itu dilarang untk dizalimi..ini kan manusia..jgn dilihat islam itu diluar sahaja, islam itu sempurna..akhir kata saya memohon maaf sekiranya ada yang kurang berpuas hati dlm apa yg saya sampaikan ini..tiada yang menyuruh, hanya kerana atas 'falsafah; dan apa yg saya anuti dan amalkan..Saya hanya berhidup untuk tuhan saya, yang menciptakan saya..sesunguhnya saya tidak pernah melihat bangsa selain islam sebagai musuh, namun kpd kelompok2 yg menindas 'saudara agama' saya itu sesungnya saya tidak boleh menipu, bahawa saya kurang senang dan kurang selesa dan tidak rela melihat perlakuan mereka ke atas sauadara seagama saya... Sesunguhnya semua manusia adalah dari adam yang satu dan hawa yg satu, berhiduplah kita untuk tuhan yang mencipta.

-