Monday, June 15, 2009

Bila Tok Nan Tertangkap Musang dalam Reban Ayam sebelum Pergi Kelab Dangdut

Tok !! Kelab Dangdut "go to hell" tutup berapa? atau bukak sampai 24 jam

ZAID IBRAHIM MUSANG BERBULU AYAM - MAT DANGDUT

MB RAPS ZAID THE ‘WOLF IN SHEEP’S CLOTING

Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob today launched a scathing attack on former Umno leader Zaid Ibrahim's decision to join PKR.

Adnan said he was not surprised by the move, adding that Zaid was just exhibiting his 'true colours'.

"Zaid is a "wolf in sheep's clothing"... he thinks he is very smart," he was quoted as saying by Bernama.

"Before he was in the cabinet for a short duration and tried to be a champion of democracy and freedom, but see what he has done against the government," he added.

Apa kah yang di bengangkan dek Mat Dangdut ni? apa yang jaki nya Tok Nan sebab Datuk Zaid Masuk keADILan? Apakah ceritanya?Pada ketika Datuk Zaid didalam UMNO beberapa bulan yang lalu ada yang memberitahu yang mana Mat Dangdut ni pernah menyokong kuat cadangan pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 01supaya Datuk Zaid di pecat dari Tongkang United Malays National Organisation.Atas masalah apa pun Datuk Zaid pun tak tahu kenapa Mat Dangdut marah sangat sebab dia sertai Armada Serangan Pakatan dari dek meriam pembedil keADILan ,sebab dan masalah nya datuk Zaid pun tak berapa kenal sangat dengan Mat Dangdut ni dan Datuk Zaid pun tak pernah buat apa - apa bisnes dengan dia mahu pun kes penyelewengan tanah dan kayu balak di pahang.

Kalau Penyelewengan tu berlaku dan di lakukan oleh Datuk Zaid apa salahnya Mat Dangdut buat laporan polis keatas Datuk Zaid dan buktikan kesalahan Datuk Zaid di mahkamah,ini tak Mat Dangdut buat tuduhan dalam surat khabar.Tapi apa yang terang lagi bersuluh Mat Dangdut dah kecut perut bila Datuk Zaid masuk PKR kerana selama dalam UMNO ni pun Datuk Zaid aktif dalam melakukan selanjut.........

Sunday, June 14, 2009

BN Satu Malaysia Tunggang terbalik...tinggalkan UMNO sorang - sorang

Apakah Bahana nya yang melanda geng - geng yang satu Team dengan Geng - geng Al-gojo UMNO kali ini? apakah maknya di sebalik kata - kata Awang Selamat yang mungkin tak selamat mana.....kita layan je la Zzzzasssttt.......


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT - Utusan Merapu

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja...






Aku cukup setuju dengan awang,memang aku setuju giler punyalah kalau itu keputusan nya sebab aku teringat keluh -kesah geng -geng BN selepas Pilihanraya Umum 8 March yang lalu.Geng BN yang pertama mengugut akan keluar dari BN ialah GERAKAN kerana hilang keyakinan pada pimpinan Pak Lah setelah GERAKAN hilang kerusi dan hilang negeri kepada Parti komponen Pakatan Rakyat iaitu D.A.P,dan selepas itu sedikit demi sedikit pemimpin - pemimpin GERAKAN meninggalkan Parti dan Menyertai PKR atau pun D.A.P...seterusnya

Saturday, June 13, 2009

akhirnya Zaid Ibrahim sertai keADILan......

Syabas !! Datuk Zaid bakal menjadi Pahlawan PKR




Setelah lama berjuang untuk mengubah persepsi UMNO akhirnya Zaid sedar dan sependapat dengan Anwar yang mana UMNO tak boleh di ubah lagi.UMNO perlu di cantas dan hidupkan satu wadah perjuangan buat rakyat malaysia seluruhnya.Semenjak awal lagi penglibatan karier Zaid adalah pemimpin melayu yang sejati dan memperjuangankan pendirian perjuangannya sendiri.Bermula pada awalnya Zaid adalah aktivis politik yang begitu lantang memperjuangkan kebebasan dan hak kesaksamaan,bermula dengan pemecatan ketua Hakim Malaya Tun Salleh Abbas ,ketidakadilan yang berlaku dalam UMNO,penyelewengan kuasa,penggunaan kekerasan terhadap orang awam dan rasuah yang semakin menjadi - jadi....Zaid terus berusaha dalam perjuangannya walau terpaksa mengorbankan wang ringgitnya sendiri.
Dalam UMNO Zaid berdiri di atas kakinya sendiri tanpa bantuan sesiapa walau dia berasa kesal ada sesetengah pemimpin UMNO yang hidup atas kuasa poitik tetapi tidak Zaid.Zaid adalah seorang peguam yang berkaliber dan tak pernah meminta simpati kepada sesiapa pun di dalam UMNO walau menegakkan firma guamannya sekalipun.Beliau pernah menjadi peguambela kepada pihak kerajaan BN dalam melawan Karpal Singh di mahkamah.Beliau pernah bertanding pilihanraya dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada tahun 2004 dan aktif dalam AIPA (Asian Inter - Parliamentry Association) dan dilantik sebagai Senator dewan negara seterusnya Menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio sebagai menteri undang - undang. Baca lagi...

Friday, June 12, 2009

Takkan la Tuan "si empunya Anjing" nak pukul binatang peliharaanya sendiri


SMM : Siasat Ketua Polis Negara kerana bersubahat dengan Penjenayah
lapor- persekutuan berita - berita kebangsaan

Kuala Lumpur 12 Jun- "Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.

Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.

“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.

Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu"

Semua pun dah tau dah takkan diorang nak bagi naya Musa Hasan sebab takut - takut ada lintah darat - lintah darat yang dok senang lenang dalam "istana Kerajaan" boleh "terheret" jadi lepas apa alasan diorang nak bagi pasal tak nak siasat...kita semua pun dah tahu,satu malaysia pun dah maklum sejak zaman eric chia terlepas dari tuduhan rasuah tak siapa nak heret atau nak dakwa pegawai mahupun anggota polis.Itu pun kalau diorang tak terhumban ke dalam kes yang di desak oleh pemimpin pembangkang macam kes "ketuk - ketampi 200 kali" dalam baca lagi...

Sunday, June 7, 2009

Nizar bongkar Plan UMNO untuk musnahkan sekolah agama rakyat melalui perlaksanaan PPSMI




Perwakilan Dari Rembau telah mengusulkan Usul bantahan terhadap PPSMI dan memberitahu dalam Muktamar tahunan PAS di Stadium Malawati Shah Alam sambil menerangkan ia adalah tindakan Bodoh pemimpin - pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sambil perwakilan PAS dari Cheras yang menyokong Usul terbabit perlaksanaan PPSMI jelas sekali bukan sahaja telah melanggari Artikel 152 perlembagaan Persekutuan,Penyata Razak dan penyata Rahman Talib malah Perlaksanaan itu juga jelas mengkhianati asas perjuangan UMNO dan laungan Parti melayu Cabuk itu sendiri iaitu "hidup Melayu",ini jelas sekali menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai cakap dari buat,mereka tidak lagi memperjuangkan kebajikan Bangsa tetapi lebih kepada kepentingan sendiri. Perwakilan Dari cheras yang melabelkan UMNO sebagai "Bangang" atau lebih kepada cukup "bangang" lebih mengagung - agungkan sistem dan bahasa barat untuk diangkat dalam sistem pendidikan bangsa,sedangkan sudah terbukti apabila dilihat golongan aristokrat di negara - negara seperti Perancis,Sepanyol,Itali,negara - negara eropah timur,negara - negara matahari terbit dan negara - negara amerika latin memajukan ekonomi,golongan teknokrat dan intelektual mereka membangunkan teknologi tanpa memahami walau sepatah habuk pun untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dalam Pada Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Nizar Jamaluddin menceritakan selanjutnya...........

Friday, June 5, 2009

Satu lagi Projek Kelentong di Kerajaan Barisan Nasional

Lapor Untusan Merapu hari ini....

LAPORAN AWAL KES BUMBUNG STADIUM RUNTUH DALAM SEBULAN: SHAHZIMAN - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, Selasa lalu, akan mengeluarkan laporan awal kes itu dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor, berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.




Yang menjadi persoalan di sini memanglah bukan nak cari siapa yang salah tapi masalah di sini ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab memasang bumbung stadium berkenaan,takkan satu projek stadium satu Kontraktor sahaja yang di pertanggungjawabkan untuk menjalankan pembinaan,mesti ada sub-kontrakor yang dilantik untuk memasang bahagian - bahagian bangunan dalam stadium berkenaan.Masalahnya nak buat JawatanKuasa apa lagi yang semata - mata nak cari punca bumbung tu boleh runtuh, kalau dah tahu bumbung tu pakai besi murah tak pun "besi buruk" mana tah dia pergi rembat lepas tu pasang kat stadium baru ni...

Baca lagi....

Tuesday, June 2, 2009

Projek diorang dengan Parti diorang pun lebih kurang 2 x 5 je lah


Adakah ini Projek Kemegahan BN? sebuah stadium kebanggaan? di bina di negeri darul Iman.Selama Ini BN sibuk menghentam Pakatan Rakyat dengan isu - isu yang sengaja di politik kan dan mereka mempropaganda setiap isu di media - media Massa.Berikutan selepas itu Mat Najib memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat Di Penanti tidak mutlak kerana berlaku kemerosotan Undi.Apakah relevannya ,sedangkan agen - agen mereka kesana berceramah dan melalut menghasut rakyat tempatan supaya tidak keluar mengundi.Manakala Polis dihantar sebegitu ramai untuk menakut - nakut Rakyat tempatan...Ternyata Mat Najib tak pandai dari segi Politik dan Juga Pembangunan Ekonomi.... Baca lagi