Saturday, December 6, 2008

Tragedi tanah runtuh di Hulu Klang kembali


Sungguh cemas menjelang 6 Disember 2008 gempar seluruh Malaysia berlakunya tragedi bencana alam tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Hulu Kelang. Di sini JH bukan nak lapor berita tapi sekadar nak ulas je sebab berita anda boleh dapat sendiri.

Peristiwa ini kita sedia maklum mengulangi kejadian di Highland Tower, di kawasan berhampiran pada November 1993, yang mana runtuhnya apartment.

Lebih kurang 14 unit rumah banglo runtuh habis. 13 orang tercedera seorang hilang dan 4 orang menjadi korban termasuk yang baru seorang warga Indonesia, Surina,30 pembantu rumah. Seramai 3000-5000 penduduk diarahkan berpindah sementara bagi menjaga keselamatan masing-masing. Manakala 1500 rumah di situ putus bekalan elektrik.

Memang memilukan apatah lagi berlaku pada Hari Raya Haji di mana mereka tak dapat sambut dengan gembira. Kebanyakan penduduk berhampiran tak jadi mangsa hanya terkejut dengan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai gegaran ala gempa bumi.
Memang menakutkan!

Tangisan dan jeritan kedengaran di sana sini. Memang tak dapat nak dibayangkan lagi. Beberapa orang pegawai perubatan yang diluluskan cuti nak balik raya dibatalkan untuk mengendalikan mangsa bencana alam itu. Yang cedera semua di hantar ke hospital antaranya HKL.

Selain pasukan keselamatan seperti polis,JPA3, bomba, dan lelain tentu yang paling runsing adalah Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kerana ini adalah kawasan jagaan Dunnya. JH harap beliau dapat mengendalikan masalah ini dengan baik bersama-sama pasukan penyelamat dan perubatan.

Sebab itu pertengahan tahun ini kerajaan negeri Selangor dah umumkan tak akan membuat pembangunan di kawasan bukit dan tebing tinggi. Nyata keputusan ini tepat sekali.

Kelulusan pembinaan kawasan taman perumahan berkenaan sebelum ini diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah BN sebellum ini. Tak taula mantan MB Selangor mana yang buat sama ada Muhammad Mat Taip, Hassan Omar atau Khir Toyo. Ini menunjukkan kerajaan BN terlepas pandang dengan apa yang berlaku pada tahun 1993 di kawasan yang sama. Memang manusia tak lepas buat silap!

Justeru itu JH harap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dapat menawarkan bersama-sama dengan BN Selangor selaku pembangkang supaya membantu sama-sama terhadap mangsa bencana alam ini dengan mengenepikan fahaman politik berbeza demi nyata rakyat Selangor. Mereka wajar contohi kerajaan negeri Pahang di mana hubungan MB Adnan Yaakob dengan MP Kuantan-Pakatan Rakyat Fuziah Salleh begitu baik sekali.

Apa yang penting kejadian ini harus dijadikan pengajaran supaya pembangunan di kawasan tinggi harus diteliti struktur keselamatannya dulu jangan main redah lulus je sebab mungkin nak dapat komisyen sampai nyawa rakyat melayang.

Ezreenologi.


Sekiranya saya,Ezreen Emira Sulaiman,dilantik sebagai pemimpin dunia,ada beberapa perkara yang ingin saya gariskan untuk penduduk dunia keseluruhannya.

-Perbezaan fahaman,agama dan bangsa.

Seperti yang kita tahu,di dunia ini ada pelbagai jenis manusia,baik dari segi fahaman,agama,bangsa,warna kulit dan sebagainya.Jadi perkara pertama yang saya ingin lakukan ialah menubuhkan sebuah Majlis Agama Sedunia,atau setidak-tidaknya Persekutuan Ahli Kitab Sedunia.Ahli Kitab yang terdiri dari 3 agama utama dunia,Islam,Judaism dan Kristian,perlu duduk semeja dan berbincang tentang fahaman masing-masing,dan mencari solusi dan menyelesaikan masalah,dari mencari titik perbezaan dan perasaan cuba menguasai antara satu sama lain.Masalah di Tebing Barat dan Gaza semakin memuncak dengan krisis kemanusiaan antara Arab dan Yahudi,Islam dan Judaism,Hamas dan Zionis,dan ini memerlukan titik noktah dalam pertelingkahan ini.Daripada semuanya mengangkat senjata dan membunuh sesama sendiri,lebih baik bekerjasama dan berbincang untuk kesejahteraan manusia.Tambahan,agama tidak mengajar kita untuk berbunuh-bunuhan antara satu sama lain,tetapi untuk perdamaian.

Dimana lagi tempat yang lebih baik selain dari Baitulmuqadis atau Jerusalem.Dan biarlah sempadan tanah dibahagi sama adil,dan sama rata,dan penganut agama masing-masing boleh menganut agama tanpa sekatan.

Masyarakat hari ini perlukan tindakan multilateral untuk berjaya.Dan Islam,Judaisme dan Kristian perlu berganding bahu bagi menyelesaikan krisis yang ada pada hari ini.Inilah fungsi agama yang sebenar,menyelesaikan masalah,bukan mencipta masalah.

Selain itu,fahaman bersifat ekstremis dan mahu menguasai antara satu sama lain hendaklah dibuang,kerana ini adalah benih kepada terrorisme,yang seterusnya membawa kesengsaraan kepada dunia.Tindakan unilateral tidak akan membantu,tidak ada siapa yang betul,dan tidak ada siapa yang salah.Kita harus berkongsi antara satu sama lain.

Selain itu,masalah krisis di India dan Pakistan perlu diselesaikan dengan damai.Perlu diingat pemisahan Pakistan dari India adalah kerana perbezaan agama,dan kerana itu mereka berpisah.Masing-masing mahu membuktikan agama mereka yang paling benar.Kerana itu,saya membantah sekeras-kerasnya pentadbiran khilafah kerana ianya bukan sahaja bersifat unilateral kepada penganut Islam,tetapi boleh menyemai semangat berbelah bahagi kepada agama lain.Kerana khilafah perang Salib berlaku,kerana Kristian mendakwa mereka yang benar,Islam turut mendakwa mereka yang benar.Lalu golongan Zionis pun muncul dan turut mendakwa mereka yang benar.Di India,Hindu mendakwa mereka yang benar.

Pemahaman terhadap budaya dan agama lain hendaklah digalakkan,bagi mewujudkan kesefahaman.Dan sebarang selisih faham hendaklah diselesaikan melalui meja rundingan.Antara kegagalan rundingan damai untuk Tebing Barat adalah kerana keengganan Hamas untuk meletak senjata dan terus menyerang orang Yahudi,dan keegoan Zionis untuk terus menguasai bumi Palestin.

Selain itu,United Nations hendaklah memainkan peranan penting selaku "international governance body",yang akan memupukkan kefahaman budaya,agama dan bangsa antara satu sama lain.Kuasa veto dalam Security Council hendaklah dihapuskan,sejajar dengan slogan "liberty,equality and fraternity".

Penubuhan Persekutuan Ahli Kitab Dunia adalah penting demi keamanan dan kemakmuran dunia,bukan sahaja untuk Israel dan Palestin.Oleh itu,Imam Besar Masjidil Haram,Rabai Besar di Israel dan Pope hendaklah bekerjasama,bagi menjadikan perang satu perkara yang dibenci dalam agama dan norma masyarakat.

"We don't need guns and weapons to protect us,our weapon is love"-Sherina Ellyana Sulaiman.

-Penghargaan terhadap wanita.

Saya percaya terhadap kebolehan seseorang manusia,tidak kira sama ada lelaki atau wanita.Semua hendaklah diberi taraf yang sama,kecuali dalam sesuatu perkara(seperti yang disyariatkan dalam Islam,wanita tidak boleh menjadi imam).Tetapi dalam soal pentadbiran,seharusnya wanita diberi peluang untuk mentadbir.Wanita juga mampu mentadbir dengan baik,jika ia diberi peluang.Ia tidak ada kait-mengait dengan fitrah manusia,kerana seorang ibu boleh memimpin sepuluh anak dengan baik,tetapi seorang ayah belum tentu lagi.

Emansipasi terhadap kaum wanita hendaklah diterapkan dalam nilai-nilai budaya,agama dan bangsa.Ini penting kerana kaum wanitalah yang paling banyak membantu dalam menjayakan sesuatu,terutamanya pengorbanan dan kesengsaraan yang kami telah hadapi selama manusia telah ada di muka bumi ini.Wanita ini perlu dipandang dengan hormat,dan kami wanita tidak mempunyai sebarang masalah jika lelaki mahu memimpin,dengan syarat,lelaki itu biarlah ada kredibiliti,jika wanita ada kredibiliti,dia hendaklah tidak diketepikan,tetapi diberi peluang.

Keegoan lelaki menerima wanita sebagai pemimpin,yang disokong dengan fatwa-fatwa sebegitu,hendaklah difikirkan semula,kerana saya yakin,wanita juga mampu mentadbir dengan baik.

"Women is a key element of human survival.Men can't evolve without women."

-Tenaga.

Masalah tenaga kini semakin meruncing,dengan penggunaan bahan api fosil secara meluas,dan seterusnya mencetuskan masalah pencemaran,dan global warming yang semakin serius.Penggantungan terhadap bahan api fosil ini seolah-olah membuktikan penduduk dunia ini ketagihan terhadap petroleum dan gas.Dalam kajian baru-baru ini,penduduk California menggunakan bahan api fosil lebih banyak daripada keseluruhan benua Afrika.

Jadi,penggunaan renewable energy seperti angin,solar dan ombak hendaklah diperluaskan.Badan-badan pengeluar seperti OPEC hendaklah serius menangani masalah ini,bukan hanya berbincang dan menentukan harga pasaran minyak satu barrel semata-mata.OPEC hendaklah berani membuka lembaran baru,dengan memberi dana kepada renewable energy source ini.

Tetapi,dalam usaha mencari renewable energy source ini,janganlah terlalu difokuskan terhadap industri tenaga,sehingga mengabaikan industri makanan.Di Brazil,separuh dari tanaman tebunya dikeluarkan untuk pengeluaran ethanol,seterusnya meningkatkan harga gula.Pengeluaran ethanol seharusnya hanya menjadi industri sokongan,bukannya industri tenaga yang utama.Ini kerana selain meningkatkan harga barangan,terutamanya makanan,ianya menyebabkan penebangan hutan-hutan besar seperti Amazon dan hutan besar Afrika.

Negara-negara di kawasan gunung berapi hendaklah untuk tidak menganggap bahawa mereka bernasib malang,kerana mereka boleh menjana keuntungan dengan membina janakuasa geoterma di kawasan tersebut.

Negara-negara berhampiran Khatulistiwa hendaklah menggunakan kebaikan yang mereka ada-hampir dengan matahari.Jika mereka semuanya menjanakan tenaga matahari sebagai sumber tenaga,dianggarkan mereka mampu mengurangkan penggunaan bahan api fosil sebanyak 30 peratus menjelang 2040,menurut kajian University of Calgary.

Jadi,sebelum global warming datang tiba,hendaklah kita bersiap sedia demi kesejahteraan sejagat.

1/10 dari sumber air tawar dunia datang dari Greenland.Sekiranya semua ais ini cair,ianya akan menyebabkan suhu di Amerika Utara akan menjadi semakin sejuk,banjir besar di bandar-bandar besar seperti New York,London,Lisbon,Lagos,dan menyebabkan lebih panas di kawasan-kawasan subtropika dan tropika.Gurun Sahara membesar 8 peratus sepanjang 50 tahun yang lalu.

"Global warming is real.Whether we taking action or not,they will come,soon or later.The matter is,to make it slow down,at least from now."-William J.Clinton.

-Ekonomi

Masalah ekonomi yang berlaku pada hari ini ialah kerana manusia yang ada suka membelanjakan lebih dari apa yang mereka mampu.Penggunaan credit card yang berleluasa disamping budaya materialism yang keterlaluan,commercial ads yang melampau serta keghairahan orang berbelanja menyebabkan hutang semakin meningkat.Dianggarkan purata penduduk California mempunyai 3 credit card dalam satu-satu masa.

Reaganomics yang dijalankan oleh Ronald Reagan pada pentadbirannya sekitar 80an telah mewujudkan masyarakat terus ghairah untuk berbelanja.Reaganomics ialah satu dasar ekonomi yang dijalankan oleh Ronald Reagan,dengan menghapuskan cukai,dan seterusnya rakyat terus ghairah untuk berbelanja.Akibatnya,kerajaan US mengalami hutang yang serius,daripada pemberi hutang terbesar kepada penghutang terbesar dunia.Pada akhir pentadbiran Reagan,Amerika berhutang US$10 trillion kepada dunia.Salah satu pemiutangnya ialah jirannya,Canada.Jadi,kemelesetan ekonomi yang berlaku di Canada hari ini adalah kerana keengganan Amerika membayar hutangnya kepada Canada.

Jadi,sekiranya kita manusia mempunyai kesedaran terhadap kemampuan kita berbelanja,jadi kita tidak akan terjerumus dengan masalah ekonomi ini.Manusia akan terus dibelenggu sekiranya hutang masih dikelilingi dalam hidup.Amerika berhutang kepada dunia,dan keengganan mereka membayar hutang,menyebabkan kita semua,bankrupt.

Progressive tax adalah satu cara penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.Cukai progresif ini diwujudkan untuk kerajaan membiayai projek-projek awam seperti hospital,jalan raya,keselamatan etc.Universal healthcare adalah satu cara kerajaan menunjukkan yang mereka prihatin terhadap rakyat.Sekiranya wang cukai ini berlebihan ianya wajar dipulangkan kepada rakyat.

Pun begitu,saya tidak percaya kepada sosialisme.Ini kerana sosialisme sudah lama gagal,dan bakal gagal.Sosialisme adalah untuk apa yang dikatakan oleh Ronald Reagan,"socialist lazy bum",seorang yang mengharapkan kerajaan untuk membantu mereka.Ronald Reagan menyebut,"government is not a solution,government is the problem".Tetapi kata-kata Ronald Reagan ini bukan semuanya perlu dipakai,dan bukan semuanya perlu dibuang.

Pergantungan diri terhadap kerajaan hendaklah dibuang.Ini kerana ianya akan mewujudkan masalah dalam negara itu sendiri.Masalah defisit dalam perbelanjaan selalu saja wujud dalam negara sosialis.Akibatnya,sejak keruntuhan Soviet,Russia mengalami defisit hutang yang tinggi,dan akibatnya kerajaan menjual kepentingan-kepentingan mereka dengan "wholesale".

Sistem ekonomi Islam hanyalah saduran dari apa yang saya namakan,Islamisasi.Dan ianya hanya akan membuatkan penganut agama-agama lain merasakan ada sifat unilateral dalam agama ini.Yang paling penting dalam ekonomi ialah KERJASAMA.Dan kerjasama ini yang selalu dilupakan dalam element ekonomi ini.Sistem yang terbaik ialah perdagangan dua hala yang adil,selain dari pengurusan hutang dengan baik.

Dalam kegawatan ekonomi,kita sering dengar pembuangan kerja secara besar.Selalunya beribu-ribu pekerja diberhentikan untuk menyelamatkan syarikat.Selepas jerih perih dan kepayahan,layakkah mereka dipecat dan diberi sedikit wang untuk survive seminggu-dua?

Seharusnya syarikat-syarikat besar ini bertanggungjawab untuk membantu pekerja-pekerja mereka ini.Instead memikirkan kekayaan profit syarikat,lebih baik mereka memikirkan masa depan pekerja-pekerja ini.Antaranya,pembiayaan pendidikan anak-anak pekerja,dan insurans keselamatan pekerja.Ini yang harus diberi tumpuan,bukan mahu membantu syarikat semata-mata.

$700 billion telah dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bagi membantu industri dan sistem kewangan mereka,tetapi kemana wang itu disalurkan?Ke dalam syarikat,atau dipanggil,bailout.Bailout ini seolah-olah hanya mahu menyelamatkan seorang dua CEO dalam syarikat,berbanding mahu menyelamatkan keseluruhan organisasi,daripada CEO hinggalah ke pekerja bawahan.Adalah tidak adil sekiranya mereka pekerja-pekerja ini,yang bertungkus lumus membantu syarikat,dibuang dan dipecat sebegitu sahaja.

Selain itu,negara-negara yang kaya tidak hanya meletakkan duit mereka kepada negara-negara miskin semata-mata.Harus diingat,manusia tidak akan survive dengan hanya wang derma.Oleh itu,pelabur-pelabur hendaklah berani mencebur dan meneroka kawasan baru untuk kawasan miskin ini.Negara-negara Afrika selalu memohon pinjaman dari negara-negara besar,akibatnya mereka menanggung hutang yang tinggi dan membebankan rakyat.Pemimpin bermewah-mewahan di Paris,London dan Rome,manakala rakyat ditindas dan dihimpit dalam perang saudara.

Jadi,konflik perang saudara di Afrika ini hendaklah dihapuskan dengan cara pembahagian kekayaan secara adil.Pemimpin diktator seperti Robert Mugabe hendaklah dibuang terus,manakala keutamaan hendaklah ditumpu kepada rakyat.Korea Selatan merupakan sebuah negara paling termiskin pada tahun 1950an,tetapi hari ini menjadi antara negara termaju di Asia,kerana pelabur-pelabur Amerika yang melabur di situ,dan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat,bukan dengan kepentingan sendiri.Jadi jika negara sekecil Korea dapat dibuktikan,dengan ketiadaan sumber alam,bagaimana dengan benua sebesar Afrika dengan penuh sumber alam?

Key element dalam Ezreenology in Economy:-

1.Belanja dengan apa yang anda mampu.
2.Sosialisasi tidak membantu rakyat.
3.Kerjasama antara negara ialah penting.
4.Syarikat besar dan pekerja adalah saling memerlukan antara satu sama lain.
5.Yang besar bantu yang kecil,supaya yang kecil membantu yang besar.

"The world can feeds everything you need,but can't feed your greed".

Jadi,setakat ini yang saya dapat fikirkan,buat masa ini.Sebarang argument sangat dihargai,kerana argument boleh membentuk satu pemikiran yang baik.

"Ideas created from arguments"-William J.Clinton.

Friday, December 5, 2008

Hidupku sunyi kalau suara wanita tak kudengari




Ini sebenarnya adalah perasaanku yang terpendam sejak beberapa tahun lagi. Sebagai lelaki mungkin aku dan lelaki boleh bangga sebagai jantina pemimpin yang lebih berkarisma. Tapi aku tidak begitu taksub dengan fahaman yang kalau wanita, Feminisme. Aku percaya kebanyakan lelaki juga begitu.

Namun aku akui bahawa satu je perkara penting yang ada pada wanita tetapi tidak ada pada lelaki: membebel,berleter. Biarlah aku bercakap bagi pihak lelaki, sebagai lelaki aku tidak nafikan memang bingit telinga kalau dengar wanita membebel, baik mak aku, kakak aku, nenek aku, anak sedara pempuan ku,kawan pempuanku yang dulu-dulu.

Tapi bila mereka tiada di sisiku, aku rasa sunyi, aku rasa sepi, kosong, terdengar dengar akan gelak ketawa mereka, marah mereka , dan perasaan mereka yang lain. Sebab itu aku tidak Lelakisme, tetapi aku ni Jantan Man. Kalau di rumahku tanpa wanita punya membebel, hilang seri rumahku.

Terus-terang aku katakan bahawa tujuan utamaku sukakan secara peribadi(lelaki lain lantakla) aku bukannya kerana tubuh badan mereka, wajah mereka bagaikan bulan ke atau macam mengkudu tak masak, tapi aku sukakan bebelan mereka, leteran mereka kerana apa yang mereka bebel itula perasaan mereka.

Dulu masa aku bercinta aku memang sangap nak jumpa kawan aku, bukan nak tengok muka dia sangat tapi nak dengar suaranya. Memangla suara wanita aurat tapi janganlah samapai terangsang nafsu syahwat pulak bila dengar suara wanita, tu berdosa tu. Tapi aku berpeluang menyelami isi hati mereka. Lelaki kalau ada masalah kebanyakannya simpan, pendam, itu yang sakit tu.

Tapi bila aku tak dapat dengar suara kawan aku lagi(sebab tel rumah aku dipotong tak bayar bil, dia je selalu tel aku, aku tak tau no tel dia) aku rasa dunia ini sudah gelap kerana tak dapat dengar bebelan leterannya lagi. Itulah istimewanya wanita di hatiku.

Pempuan tak kalau dia lepas perasaan dia lepas tang tu jugak,tapi tengok orang jugak bukan jantina semata-mata. Ada pempuan yang menyimpan perasaan berpanjangan, ada yang ok lepas tu.

Mungkin kalau yang baca luahanku ni akan sarankan, carila girlfriend. Itu bukan soalnya kan aku nak cari jodoh secara Islamik. Tak payah cintan-mintan ni, orang tua carikan dah cukup kalau mereka ada calon.

Takpun jumpa je terus kahwin, betul! Dulu di sekolah ingat lagi aku tanya Ustazah"Ustazah boleh tak saya kalau jumpa sorang pempuan tu dan berkenan(sebab kuat membebel) dan terus kahwin?" lantas ustazah aku jawab "eh boleh,"

Tapi kalau ada yang tanya kenapa tak nak kawin sekarang, aku jawab satu jelah"Duit dalam bank ada 14 ringgit setengah, aku nak kahwin bermaruah" berdasarkan kenyataan aku ini aku memang dah pasang niat untuk berkahwin sekarang.

Jadi soalnya memang aku nak cari pempuan sebagai teman hidup kerana satu je kuat membebel. Memang dari luaran ada yang pendiam, tapi yang diam ni bila kita dekatinya mulalah dengar ceramah mereka.

Kini aku masih dengar bebelan leteran pempuan di ofis, rumah, di memana jadi takdelah sunyi Kuala Lumpur ni. Ini ada sajak luahan hatiku.

"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat tubuhnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat wajahnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat kemuliaanya,

"Kalau ku pilih kecantikan, nescaya kecantikan itu takkan kekal kelak kedut di hari tua
"Kalau ku pilih harta, kelak akan miskin merana,
Kalau ku pilih kemuliaan kelak kehinaan kudapat"
"Tapi ku pilih wanita kerana agamanya kelak berkat dunia akhirat,
"
"Dan yang paling UTAMA ialah aku mahukan perempuan yang kuat berleter, kuat membebel"
"Tapi ku percaya kebanyakan perempuan begitu, nescaya akan hilang kesepian hatiku,"

Sebab itu kalau pempuan marah, membebel pada aku aku tak pernah marah, tak pernah dendam. Malah aku lebih suka menyakat dan mengusik lagi lagi marah pastu minta sorila. Ini kerana bebelan wanita itu majoriti lelaki takkan boleh lawan.

Pempuan ni kalau membebel tandanya sayang. Inilah hakikat yang kuterima tambahan pula aku kalau kesunyian keseorangan aku sering termangu-mangu dengar akan bebelan wanita.

Tapi jangan ingat aku ni sangap pemempuan sebab aku tidak sangap pempuan berdasarkan keperluan seksual sebagai keperluan utama. Tak dapat bertentang sebab jauh takpela asalkan dapat dengar suatanya, membaca warkah yang dikirimnya.

Kalau ada yang tuduh aku gay, itu adalah fitnah, kecuali kalau nak sakat aku lain cerita.

Sejak akhir-akhir ini aku sering merancang nak kahwin. Nampak sangat aku nak dengar bakal isteriku berleter padaku supaya rumah tangga tak sunyi. Aku ni pun jenis bertimbang rasa(memuji dirila pulak). Aku ni memang suka sakat pempuan jadi memang kenala dengan taste aku.


Jodoh pertemuan di tangan Allah! Insya-Allah ada jodoh tak ke mana. Janji niat aku adalah kerna nak dapat keberkatan-Nya jugak.


Ah rindunya aku di zaman bercinta dulu.....



p/t: Sekali-sekala aku ikut gak stail Razor jangan mare beb

Gambar atas: Di zaman Si Jantung Hati ber'cinta' dengan 'girlfriend'nya, waktu itu Jantung memang nampak tua tak muda macam sekarang ni

Wednesday, December 3, 2008

APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG KAUM PENGKID?

apakah pendapat anda tentang kaum pengkid? saya di sini bukan nya nak memburuk-burukkan atau mengutuk kaum ini tapi dah memang hakikat kita perlu membuka isu ini secara terang-terangan..bagi pendapat saya, pengkid tue adalah seorang perempuan yang berwatakan lelaki..betul kan?mana ada lelaki yang berwatak sebagai lelaki dinamakan pengkid kan?itu dah lain jadinya..kaum ini telah diharamkan oleh FATWA MALAYSIA dan pengharaman kaum ini telah menimbulkan kemarahan ramai terutamanya golongan ini sendiri tak mengira bangsa dan yang paling menyedihkan sekali, ada yang berbangsa islam turut marah dengan keputusan fatwa untuk mengharamkan golongan ini..apakah pendapat anda?adakah patut golongan ini diharamkan?

bagi saya memang golongan ini patut diharamkan kerana golongan nie perlu balik ke jalan yang benar..bagi saya golongan ini sudah keterlaluan..memikirkan mereka lebih baik daripada golongan lelaki..kalau diorang semua nie tak balik ke jalan yang benar sampai ke tua, apakah kesudahan hidup mereka?macamana mereka nak meneruskan zuriat mereka?takan mereka hendak membuat perkahwinan sejenis yang memang dilaknat oleh ALLAH SWT?bagi saya golongan ini hanya satu fasa kehidupan sahaja dalam hidup seseorang itu..

ada satu hari nie saya beli surat khabar..saya belek-belek tgk ada satu isu pasal pengharaman pengkid oleh FATWA MALAYSIA ditentang habis-habisan..terdapat perarakan tak kira bangsa dan agama dari golongan ini telah berarak di hadapan KLCC dengan melaungkan 'DIMANAKAH HAK KAUM WANITA?' dan sebagainya..sedih saya apabila membaca lagi isu ini, ada di kalangan orang yang berarak itu terdiri daripada agama ISLAM..masyaallah..jika kita sendiri membantah FATWA MALAYSIA ini adalah bermakna kita membantah hukum ALLAH SWT..di perarakan itu juga terdapat golongan pengkid ini yang terdiri daripada bangsa lain..memang telah difahamkan di negara ini jika FATWA MALAYSIA membuat sesuatu pengharaman, ini adalah DIWAJIBKAN bagi semua golongan ISLAM sahaja untuk mematuhi fatwa tersebut, tetapi tidak diwajibkan oleh bangsa lain untuk mengikuti fatwa tersebut..

sedih saya..memang saya faham, ada sesetengah wanita dia dunia ini dilahirkan lasak, berperwatakan seperti lelaki tetapi tidak sedihkah kita apabila baca surat khabar ada berita tentang seorang 'pengkid' melarikan isteri orang, melarikan anak orang dan sebagainya?adakah kaum lelaki tidak setanding dengan golongan ini?ada pula sesetengah syarikat televisyen yang mencari keuntungan dengan membuat undian terhadapa perkara ini..adakah hukum-hakam ALLAH SWT perlu diundi oleh hamba-hambanya yang serba kekurangan ini?

MASYAALLAH APA NAK JADI DENGAN DUNIA INI?BERILAH OENDAPAT ANDA TENTANG ISU INI..

Tuesday, December 2, 2008

Kewajiban mengangkat Khalifah menurut dalil al-Quran,as-Sunnah, Ijma` Sahabat


Assalamualaikum dan good evening to all bloggers here

Sekarang sudah sampai masanya MRM terangkan tentang dalil yang mewajibkan orang Islam wajib menunaikan sistem pemerintahan Islam/khilafah

Khilafah/Imamah
adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembangkan risalah/dakwah Islam ke seluruh pemjuru dunia (Taqiyuddin An Nabhani, Nidzamul Kukmi fil Islam,hal 17)

1.Dari dalil al-Quran:

"Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulullah Muhammad dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(al-Quran) dan Rasul(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya" (Qs an-Nisa'(4):59)

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kaum terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" (Qs al-Maaidah(5):49)

"Maka putuskan perkara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu"(Qs al-Maaidah[5]:48)

2.Dari dalil As-Sunnah

Abdullah bin Ubai meriwayatkan,"Aku mendengar Rasululullah mengatakan"Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Qiamat dengan tanpa hujag. Dan barangsiapa mati sedangkan lehernya tidak ada bai`ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah"(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesungguhnya Imam(Khalifah) bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung"(Hadis Riwayat Muslim)


Dahulukan urusan politik(siasah)Bani Israel diurus para nabi. Bila wafat seorang nabi dan diganti dengan nabi lain, sesungguhnya tidak ada lagi Nabi sesudahku akan tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak. Lalu para sahabat bertanya "Apa yang engkau perintahkan dari kami?"Rasulullah menjawab "Penuhila bai`at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang mejadi kewajiban mereka," (Hadis Riwayat Muslim)

3.Dari dalil Ijma` Sahabat

-Def: Kesepakatan para sahabat bahawa itu adalah hukum syara` atau persetujuan mereka berkenaan suatu hukum dalam suatu sumber.

-sebagai sumber hukum Islam ketiga,Ijma1 Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat sorang khalifah sebagai pemimpin bagi kaum Muslimin hukumnya adalah wajib
Mengikut sejaranya

(1) Mereka bersepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Asd-Shiddiq. Umar al-Khattab, Usman Affan,Ali Abu Talib ridhwanullah`alaihim

(2) Jenazah Rasulullah tertangguh selama tiga hari dua malam kerana para sahabat ,emdahulukan pengangkatan seorang khalifah(Hal ini tidak mungkin terjadi jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah fardhu dan wajib diutamakan daripada menguburkan jenazah)

Seluruh sahabat selama hidup telah bersepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering mempunyai perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layaj untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namum mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya menangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah maupun ketika penggantian masing-masing Khalifah yang empat.

Oleh itu Ijma` Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat selain kedua-dua dalil sebelum ini, mengenai wajibnya mengangkat Khalifah


Sekian saja untuk kali ini. Minggu depan, Insya-Allah MRM akan terangkan pendapat para ulama` dan daili dari kaedah usul mengenai sistem khilafah ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Perbezaan Parlimen dan Majlis Syura/Majlis Umat

Seperti yang MRM janjikan, MRM akan terangkan perbezaan antara sistem Parlimen dalam demokrasi dan Majlis Syura di bawah sistem pemerintahan Khilafah/Islam


1. Fungsi

a) Parlimen: membuat undang-undang
b)Majlis Syura: Muhasabah, mengemukakan pendapat, melaporkan kezaliman pemerintah,
atau kakitangan awam

2.Keanggotaan

a)Parlimen: - dipilih oleh parti atau pemerintah
- orang kafir diterima tanpa syarat dan batasan
- Wanita, hanya PAS yang tolak sebelum ini


b)Majlis Syura - dipilih oleh rakyat
- orang kafir boleh mewakili golongan mereka dan terbatas kepada
aduan tentang kezaliman penguasa ke atas mereka
- Wanita, mubah sebab hanya memberi pendapat, memuhasabah, bukan
memimpin terutamanya menjadi pemimpin utama

3. Status dalam Majlis/Dewan

a) Parlimen : kebal di Parlimen, boleh cakap apa sahaja, tidak boleh disaman

b) Majlis Syura : Tidak ada apa-apa kekebalan, bersuara dengan hak, tidak boleh bebas
sesuka hati


4. Komposisi

a)Parlimen : Ada dua Dewan,Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua fungsi berbeza
sama seperti British

b)Majlis Syura : Satu Majlis sahaja

Monday, December 1, 2008

sudah-sudah la tu

kata blog ni bukan tempat untuk gaduh ke apa tapi sekarang ni apahal??
boring la cerita pasal politik malaysia
kalau luar negara takpe jugak

STOP ARGUING ABOUT POLITICS!!!