Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Sukan Lebih Baik Dari Politik.

Haha..Aril datang lagi!Aku hari ni nak menyampuk sikit la pasal sukan.Kira kalau kat sini aku adalah wartawan sukan,takde kait mengait dengan politik bagai.Aku tak faham la.

Semalam Canada jadi juara dunia kali ke 15,paling otai dalam semua team hoki ais seluruh dunia,mengalahkan Sweden 5-1.

Apa sekalipun,aku dapat lihat Perdana Menteri yang saya sendiri pangkah untuk dia,Stephen Harper duduk bersama dengan Ketua Pembangkang Michael Ignatieff dalam perlawanan akhir tersebut dan kelihatan mesra.Lihatlah sukan telah menjadikan ahli politik kami matang.

Nak tunggu Pak Dolah duduk dengan Anwar tengok bola,jangan harap.Pasal tu bola Malaysia cam sampah.

Dulu masa aku duduk kat Malaysia,seingat aku,kawan bukan Melayu aku hanya sorang je,nama dia John.Tu pun pasal dia fan Manchester United.Dan dulu aku biasa panggil dia "machaaa..deyyy!!",kadang-kadang bahasa kasar,"Woi Keling!".

Aku rasa semua Melayu kat sini akan cakap,"ala biasa la tu".

Tapi satu benda yang pernah berlaku kat arwah adik aku.Masa kami satu keluarga berada di Itali,ramai yang racist,walaupun kami duduk di kawasan antarabangsa.Sekolah aku Sculo D'Internazionale,tapi aku rasa macam Sekolah Nazi je.Kami semua jadi bahan perkauman.Paling teruk kena,arwah adik aku.Aku pun kena gak la,cuma dorang kalau sentuh kepala aku,aku tolak balik.Dorang sindir agama tu dah biasa dah,cuma kalau dah kaum tu kecik,buat je kaum tu kecik.

Ezreen je yang mampu tunjuk pailang.Pernah sekali masa budak-budak tu buli arwah adik aku,dia pernah jadi Trish Stratus-membaling kerusi ke arah lawan.Setelah dipanggil guru besar,Ezreen saja yang mampu bertahan,akhirnya budak itu didenda kerana bersifat perkauman.

Bila sampai Malaysia,aku pulak yang jadi macam geng2 Nazi tu.Zaman nakal dulu,mana kereta Cina main kopak,mana kereta Melayu dikecualikan.Selalu kalau nak tau perompak tu bangsa apa,tengok dia rompak siapa.Senang je tu.

Kau orang tau,kenapa aku jadi benci dengan bukan Melayu?Cina dan India?Pasal masuk2 Malaysia je,jadi ahli UMNO Subang.Kat situ banyak sembang pasal Melayu dari Malaysia.Melayu dulu Malaysia kemudian.Sekali sekala nak pilihanraya,barulah lepak dengan geng MCA.Tu pun table asing2.Takut ada nasi goreng with pork pulak nanti.Kopi cap Carlsberg ke..

Bezanya aku dan keluarga aku di Itali dengan kat Malaysia,di Itali aku jadi mangsa,di Malaysia aku pemangsa.Gaduh dengan geng Cina tu standard.Pernah sekali pau kedai ubat Cina,keluar parang senyap terus.Ala,ada polis pun polis Melayu,tangkap pun nanti lepas.

Takpun panggil orang-orang cable.Senang cerita.

Tapi masa tengok bola,Melayu,Cina,India semua bersatu dalam team tu.Entah tiba-tiba Ah Chong mana tegur aku time tengok bola,time gol kami celebrate sama-sama.Aku boleh lupa racist aku.

Akhirnya bila aku pindah kat sini,rupa-rupanya,mak aih,Gabenor pun Cina.Aku bajet Albert Johnson ke,Robert Michaels ke,rupa-rupanya Norman Kwong.Kat sini aku belajar satu benda-tak kiralah kau Cina ke,Yahudi ke,Irish ke,Afrika ke,kau bagus kau naik.

Canada memang terkenal dengan semangat berpasukan.Cuba kau tengok hoki ais,juara 15 kali.Dalam apa-apa sekalipun,kau pembangkang atau kau kerajaan-kau ialah wakil rakyat.Ramai yang kutuk Stephen Harper-termasuk adik aku pasal dia parti Liberal,tapi aku sokong dia pasal dia satu-satunya Perdana Menteri Canada yang boleh panggil Ketua Pembangkang untuk berbincang ekonomi.Dan boleh pulak lepak sama-sama tengok hoki ais.

Apapun,point aku kat sini senang je.Aku tengok orang Malaysia ni malas bersukan.Tau duduk minum teh tarik depan tv,pastu maki bila Ronaldo miss bola,maki bila Rooney salah aim bola.Pernah tak kau ada kat padang tu,berpeluh 90 minit?Main petang-petang 1/2 jam tu pun dah pancit.

Pasal tu la orang Malaysia ni semua berpecah belah.Aku bukan nak cakap apa,orang Malaysia suka sembang politik.Semua rasa dia puak yang bagus dan betul.Apa kata kalau korang gabung yang bagus dan betul,kerja satu kumpulan,baru boleh buat kerja.Tak kira la Pakatan Rakyat ke,BN ke,dua-dua blame orang je.

Aku faham kat sukan ada rivalries jugak.Fan Liverpool akan remuk muka jumpa fan MU.Fan Celtic akan pukul fan Rangers,tak caya kau tanya Ezreen,dia fan Celtic.Fan Montreal Canadiens akan bertumbuk dengan Toronto Maple Leafs.Tapi bila dalam satu negara,fan England,tak kira MU atau Liverpool,kalau Scotland,tak kira Celtic atau Rangers,kalau Canada,tak kira Canadiens atau Maple Leafs,dorang boleh duduk bersatu.

Dalam pertandingan politik,gaduh la korang.Lantak la,memang kena gaduh pun.Tapi dah habis pilihanraya tu,bawak-bawak la berbincang.

Pernah tak Pemuda PAS ajak Pemuda UMNO lawan futsal?Wanita PKR ajak Puteri UMNO lawan bola jaring?

Dari sini baru boleh jadi punca damai.

Ataupun buatlah satu inisiatif ajak team bola Israel lawan team bola Palestin.Daripada bom-bom orang,baik tackle je kaki orang.Reff jangan ambik Amerika,ambik orang Finland ke,Sweden ke,pasal dorang ni neutral sikit.

Akhir kata,majulah sukan untuk negara.