Pemilu 2009 - Atau pilihanraya Indonesia - ada harapan-harapan baru bagi Mas-Mas yang bekerja di restoran-restoran,bibik-bibik yang bekerja di rumah-rumah,dan ibuk-ibuk yang menjual air.Wak-wak(bukan burung wak-wak) penjual besi buruk juga saya temuramah untuk Pemilu 2009.
Bagi ibuk yang membuat air di kafetaria saya - dia mengisytiharkan dirinya sebagai golput - atau tidak mahu mengundi.Tetapi menaruh harapan supaya Susilo Bambang Yudhoyono atau es-bay-yay(SBY) ini menang lagi tahun ini.Dia berasal dari Pakan Baru,Riau.
Bagi Mas Restoran Pelita pula secara lepasnya mengakui dia penyokong SBY.Katanya,sejak SBY menampuk kuasa tahun 2004 lalu,sungguhpun diuji dengan gempa bumi Yogja dan tsunami di Acheh,tetapi SBY mampu mengawal keadaan di Indonesia.Kadar jenayah menurun,dan kadar rasuah juga menurun - dari 35 peratus pada tahun 1999 kepada 26.7 peratus tahun 2008 yang lalu.Walaupun angka 26.7 itu masih tinggi - tapi penurunan yang drastik itu menunjukkan kesungguhan SBY memerintah republik.Dia berasal dari Danau Toba,Sumatera Utara.
Bagi seorang lagi Mas Restoran Pelita dari Medan,Sumatera Utara,beliau merasakan Golkar adalah partai korupsi.Makanya jangan dicoblos partai pohon beringin ini.Sebaliknya menunjukkan sokongan terhadap SBY ataupun Amien Rais.
Bagi wak penjual besi buruk yang berasal dari Cirebon,Jawa Barat pula,beliau merasakan Megawati mungkin mendapat sokongan - tetapi Buk Mega bukan seperti ayahnya yang berkaliber Soekarno.Buk Mega tidak sehebat ayahnya.
Dia merasakan SBY bagus - cumanya hubungan rapatnya dengan Jusuf Kalla itu sedikit mengganggunya.Sebaiknya SBY lebih baik merapatkan diri dengan Partai Keadilan Sejahtera atau PKS yang mencalonkan Hidayat Nurwahid,kerna partai itu mempunyai hubungan yang akrab dengan Ikhwanul-Muslimin.Jika SBY bergandingan dengan Hidayat maka dia akan tidak mencoblos Mega.Tetapi jika masih kekal dengan Jusuf Kalla yang Golkar itu maka dia akan menyokong Mega.
Tetapi keempat-empat itu tidak memberikan harapan langsung kepada Dita Indah Sari.
Tapi saya tetap menyokong dia dan agenda egalitariannya.The Internationale salute kepada Komrad Dita!
Tapi apa-apapun,coblosan pada 5 April ini melihatkan kerusi MPR yang mungkin panas dengan Pemilu yang macam best.
Showing posts with label pemilu indonesia. Show all posts
Showing posts with label pemilu indonesia. Show all posts
Saturday, February 21, 2009
Thursday, February 19, 2009
1ndONEsia akan pecut ekonomi Malaysia 2012,jika politik Malaysia terus begini.

Pada ketika ini,ketika negara mengalami kacau-bilau politik,dengan ketidakstabilan beberapa negeri yang sedang bergolak,tetapi di Indonesia,walaupun dalam musim pilihanraya,tetapi keadaan politiknya masih stabil dan tidak seteruk di Malaysia.Keadaan di Malaysia disamping kebejatan ekonomi global juga tidak dapat menbantu pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Di Indonesia,mereka baru saja melancarkan projek yang baru - Jambatan Selat Sunda(JSS).Jambatan ini menghubungkan antara Sumatera dan Jawa.Penduduk Pulau Jawa yang berjumlah 140 juta orang ini menjadi dorongan untuk pembinaan jambatan ini.Untuk membangunkan pulau Sumatera,satu konsortium Artha Graha bersama beberapa lagi syarikat sedang berusaha membina jambatan ini.Apabila jambatan ini siap,jambatan ini akan merancakkan industri terutamanya pertanian di Pulau Sumatera.
Kita semua sedia maklum industri seperti kereta dan komponen elektrik sudah merudum.Inilah sumber kekuatan Malaysia selama ini.Sedangkan di Pulau Sumatera masih lagi mempunyai tanah yang luas untuk sumber ekonomi yang paling efektif ini.
Dan ramai pelabur-pelabur dari kuasa besar baru dunia iaitu China sudah mula melabur di Indonesia - kerana pemerintah RI lebih gemar rakyatnya mempelajari bahasa Mandarin daripada Inggeris.
Sedangkan ekonomi di Amerika sudah hampir lumpuh.Boleh check di blog Teh Tarik saya untuk tengok hutang Amerika yang meningkat US$100,000 per saat.
Dan Malaysia - masih mahu bersandarkan ekonomi,politik dan pemikiran lama?
Berubahlah - jika kita tidak berubah,tidak terkejut akan ramailah bibik-bibik baru dari Ipoh,Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Kuantan atau Johor Bahru bekerja di Jakarta,Surabaya dan Medan.
4 tahun dari sekarang,Indonesia akan mengatasi Malaysia dari segi ekonomi.Dari segi kematangan politik mereka sudah mengatasi kita.
Mahukah kita semua menjadi bibik kepada mereka pula nanti?
Tuesday, February 17, 2009
Zaman Dulu Orang Melayu Minum Air Kaki Raja..

Pada zaman republik ni pun masih lagi ada orang pemikiran feudalisme ni.
Zaman-zaman feudal,minum air kaki raja dah lama lepas la wei!
Megawati Sukarnoputri jadi Capres bukan kerana dia wanita atau dia seorang tokoh yang bagus.Tapi senang je,dia anak Sukarno.
Sama dengan Najib.Bukan kerana dia tokoh yang bagus.Tapi pasal dia anak Tun Razak.
Di Indonesia penyokong PDI-P mula surut sokongannya kerana gambar ini.Ramai mula melihat alternatif - sama ada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) atau Partai Amanat Nasional (PAN).
Aku tetap setia dengan Partai Rakyat Demokratik pimpinan Dita Sari.
So,di Malaysia,siapa-siapa nak minum air kaki raja?hahaha!
Sunday, February 15, 2009
Poster-Poster Pemilu 2009.
Haha kali ni aku nak berkongsi tentang poster-poster Pemilu di Indonesia.Balik-balik nampak dacing,bulan,mata,roket..sekali-sekala tengok yang lain pulak,okey deh?

Yuukkk!!Mari coblos Egy the Superman.Bung Egy dari Partai Golkar!

Bung Rachmad dari Partai Golkar.Kaya..ada billboard lagi sih.Partai Golkar memang kaya sahaja..

David Beckham pun sokong Partai Golkar sih!Dia guna nomor 23,nomor partai Golkar..hahaha!!

Ibu Mien dari Partai Amanat Nasional..partainya golongan ojeg-ojeg aja yang dukungnya?haha!Partai ini golongan-golongan sepertinya Anwar Ibrahim gitu..yang liberal,yang moderate dan yang mahu kebejatan ekonomi diselesaikan.

Ingat kat Malaysia je ke ada Barisan Nasional?Indonesia pun ada laaa!!!

PDI-P yang ramai orang Jawa sokong..haha!Mega Mega Mega!

Tapi aku sokong Dita Indah Sari..sosialistas nomor shiji di Nusantara.Viva socialistas!

Ini dari Partai Keadilan Sejahtera.Ini boleh dikatakan seangkatan dengan PAS di Malaya.Jangan main-main partai ini boleh menang di Jakarta tau...boleh tahan kuatnya ni.
hahaha..mata dah ngantuk..besok2 aku update lagi.

Yuukkk!!Mari coblos Egy the Superman.Bung Egy dari Partai Golkar!

Bung Rachmad dari Partai Golkar.Kaya..ada billboard lagi sih.Partai Golkar memang kaya sahaja..

David Beckham pun sokong Partai Golkar sih!Dia guna nomor 23,nomor partai Golkar..hahaha!!

Ibu Mien dari Partai Amanat Nasional..partainya golongan ojeg-ojeg aja yang dukungnya?haha!Partai ini golongan-golongan sepertinya Anwar Ibrahim gitu..yang liberal,yang moderate dan yang mahu kebejatan ekonomi diselesaikan.

Ingat kat Malaysia je ke ada Barisan Nasional?Indonesia pun ada laaa!!!

PDI-P yang ramai orang Jawa sokong..haha!Mega Mega Mega!

Tapi aku sokong Dita Indah Sari..sosialistas nomor shiji di Nusantara.Viva socialistas!

Ini dari Partai Keadilan Sejahtera.Ini boleh dikatakan seangkatan dengan PAS di Malaya.Jangan main-main partai ini boleh menang di Jakarta tau...boleh tahan kuatnya ni.
hahaha..mata dah ngantuk..besok2 aku update lagi.
Wednesday, February 11, 2009
Pemilu 2009 Di Indonesia.

Asyik-asyik cerita politik Malaysia,kita beralih ke jiran sebelah kita,Indonesia.
Indonesia ialah negara tetangga dan asal usul kebanyakan Bani Melayu.Jika ada Arab tau India yang nak sibuk jugak mengaku dia Bani Melayu,tak tau la - pasal Bani Melayu ni setau aku di Nusantara.
Anyway,aku merupakan peminat setia tentang Pemilihan Umum Indonesia atau secara ringkas dipanggil Pemilu.Sejak zaman reformasi jatuhnya Suharto sampai sekarang,aku tak pernah miss cerita pemilu di Indonesia.Bahkan masa tahun 2004 aku sendiri ke Indonesia,menaiki bas dari Dumai ke Padang selama 17 jam sambil meminum teh es dan makan nasi padang.Tahun 2007 aku ke Bandung dan Jakarta untuk melihat sendiri Bani Melayu yang tidak ada raja dan sultan ni.By the way es jeruk dengan bakso Bandung,keren!
Orang Bani Melayu Indonesia tak poyo macam kebanyakan Bani Melayu Malaya ni.Sibuk nak ada sultan-sultan.Walaupun mereka takde sultan dan raja tapi mereka tetap daulatkan bahasa Ibunda mereka,sampaikan Zinedene Zidane dan Cristiano Ronaldo terpaksa beriklan berbahasa Indonesia.Hal ini berbeza dengan Malaya.Baru Sazzy Falak atau Diana Danielle dah nak berbahasa Inggeris.Mereka tak poyo dengan sultan,istana raja terakhir mereka pun mereka lelong.
Anyway nak bercerita tentang Pemilu,ada beberapa fakta yang harus diberitahu.Sana dipanggil mencoblos,atau mengundi kalau bahasa disini.So,untuk mencoblos di Indonesia saja memang satu dugaan dan cabaran bagi pencoblos-pencoblos.Kertas undi untuk dicoblos adalah sebesar peta dunia di sekolah - gilak besar untuk mengundi.Anda harus melipat-lipat gila babeng punya besar untuk masukkannya dalam peti undi.Dikatakan hanya pemilihan umum Pilpres(Pemilihan Presiden) pusingan kedua sahaja kertas undinya kecil.
Pemilu di Indonesia ialah 3 kali dalam satu tahun.Pemilu pertama dipanggil Pillegi atau Pilih Legislatif.Legislatif ialah perwakilan mewakili Dewan Permesyuaratan Rakyat atau DPR.Tahun ini diadakan pada 5 April,2009.Terdapat 40 buah parti,dan ada 6 lagi khas untuk propinsi Nanggroe Acheh Darussalam.Pasal tu kertas coblos macam peta dunia!
Pilpres atau Pilih Presiden bertanggungjawab untuk mengundi Kepala Negara Indonesia.Presiden RI dilantik terus dari rakyat.So,biasanya terdapat berbelas-belas muka mencalonkan diri untuk menjadi Capres atau Calon Presiden.Capres-capres ini akan bertarung dalam pusingan pertama pada 5 Julai ini.Sekiranya Capres-capres tidak mendapat majoriti 50 peratus(memang tak dapek la kalau dah berbelas-belas),pusingan kedua akan diadakan untuk memilih Kepala Negara.Dua Capres teratas akan menjadi calon pusingan kedua.
Dalam 40 parti tu,yang populer ialah seperti Golongan Karya(Golkar)(yang ni parti kaya macam BN),Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan,Partai Kebangkitan Bangsa,Partai Amanat Nasional,Partai Bulan Bintang,Partai Keadilan Sejahtera,dengan Partai Pembangunan dan berlambak lagi partai-partai.
Dalam musim Pemilu koran(surat khabar) dan TV akan menyiarkan SEMUA partai-partai dan agenda masing-masing.Bahkan iklan dibuka secara terbuka untuk mempromote partai-partai yang ada.So,kalau pergi di Indonesia,jangan terkejoit kalau bukan koran tulis "Kerajaan SBY patut tumbang kerana harga BBM meningkat".Jangan terkejut la.Koran-koran dan televisi-televisi dorang bukan pembodek.
Anyway,memang layan kalau nkoram pergi jalan-jalan di Bandung di Cibaduyut atau Cihampelas sambil lepak minum Teh Botol sambil layan bakso atau nasi padang.Kena goreng berlado ikan dengan sambal telur memang tak pandang orang lagi la.Sambil usha-usha awek-awek Indonesia yang buat gugur jantung,memang pada aku jalan-jalan di bandar-bandar Indonesia ada life.Ia tidak plastik seplastik Taman Tamadun Islam dan KLCC.Di Indonesia sememangnya authentic.Pengalaman yang cambest gila.
Tambah-tambah time Pemilu ni,Capres atau Calegi memang banyak open konsert dangdut ngan makan-makan free.Ceramah?Tak main la ceramah.Sape nak dengar.
Sekali sekala try la sewa motor jipang tu.Try bawak keliling bandar.Pengalaman yang cambest gila.
Sambil di MP3 lagu-lagu macam The Upstairs,Nidji atau Matta Band.Try la buat.Keren!
Subscribe to:
Posts (Atom)