
Semasa saya tinggal di Malaysia,setiap petang saya selalu menghabiskan waktu riadah saya di skate park.Di situ,saya dan kawan-kawan suka untuk berbual-bual kosong dan bergosip,tentang lelaki.Kami perempuan suka berbincang sesama sendiri tentang lelaki.
Satu hari,saya membawa teman lelaki saya(kini bekas,tetapi masih lagi rakan baik) berada di situ sambil memerhatikan orang lain bermain skate,tiba-tiba baru saya perasan bahawa hanya saya dikalangan perempuan yang bertemanlelakikan Melayu.
Myra dengan teman lelaki Indianya(bukan dari kebun getah) Roger,Suhana dengan Jay seorang Cina,Sasha dengan teman lelaki kacuknya Derek dan Fida dengan Ming,seorang Cina juga.
Saya bergurau,"Secara teknikalnya dia sendiri tidak mengaku dia Melayu.Dia seorang Jawa.Dia berkata dalam bahasa Jawa,perkataan "Melayu" itu adalah pelarian."
Kepada lelaki-lelaki Melayu sekalian,tidakkah anda semua sedar perempuan Melayu lebih gemar kepada lelaki-lelaki bukan Melayu?Apa yang membuatkan lelaki bukan Melayu lebih baik dari yang Melayu.
Sekarang,ingin sekali saya menjelaskan apakah maksud ATEMM.ATEMM bermaksud "A-Typical-Egoistic-Malay-Man" atau "Lelaki-Melayu-Tipikal-Yang-Egoistik".Ciri-ciri ATEMM adalah seperti berikut:-
1.Ego yang tidak bertempat
2.Suka berlagak tapi gagal untuk membuktikan.
3.Tidak pernah bersifat romantik.
4.Tidak cerdik,tapi tak suka pasangannya lebih cerdik.
5.Pentingkan diri sendiri,tidak pernah fikirkan pasangannya.
6.Suka menentukan segala-galanya untuk pasangannya.
7.Gila kuasa,tapi tak tau menggunakan kuasanya dengan betul.
8.Suka mengawal tetapi akhirnya keadaan tidak terkawal.
9.Suka berlagak macho tetapi sebenarnya menyampah.
10.Tidak pernah ucapkan maaf bila buat salah.
Sekarang,kalau saya himpunkan semua lelaki Melayu dan saya membaling 10 ketul batu,9 daripada 10 batu yang saya baling akan terkena kepada kepala lelaki ATEMM.
Semalam di FOB ada perdebatan yang serius tentang Holier-than-thou,hari ini Holier-than-thou membesar-besarkan pencapaiannya yang saya tidak pernah kagum pun.
Sekarang,bayangkan lelaki-lelaki bukan Melayu semuanya berjaya menawan hati perempuan Melayu?Apakah "ego tak bertempat" anda itu sudah mula tercabar?
Mungkin saya perlu beritahu ini kepada semua lelaki-lelaki Melayu yang ada sekarang sebelum perempuan-perempuan Melayu semua dirampas oleh mat-mat Bangla atau Indon yang ada sekarang.
1.Bertimbangrasa.Jadilah lelaki yang matang dan fahamilah bahawa perempuan suka dijaga dan disayang.
2.Jangan berlagak.Biar kelebihan anda sendiri dilihat oleh perempuan.
3.Jadi lebih romantik.Berapa ramai lelaki Melayu yang sanggup menulis puisi untuk kekasihnya.Kawan baik saya Sue beruntung kerana mendapat Nami si Pemuisi.
4.Jadilah pandai,jika tidak mahu pasangan anda lebih pandai.
5.Kalau tak pandai,terimalah hakikat yang pasangan anda lebih pandai.
6.Jangan nak suka-suka menentukan segala-galanya terhadap pasangan anda.Pasangan anda bukan pembersih vakum untuk dikawal.
7.Adolf Hitler yang diktator itu pun sayang dan mengasihi pasangannya Eva Braun.Jagalah kami sebagai kekasih,bukan hamba abdi.
8.Jadilah "macho Argentina".Ego yang bersopan,bukan ego tak bertempat.
9.Selalulah mintak maaf sekiranya buat salah.
10.Kami bukan bibik.
Tak salah untuk jadi ego.Ego itu macho,tetapi ego tak bertempat buat orang jadi menyampah.
