Saturday, May 23, 2009

keputusan mahkamah Rayuan jelas di atur agar memihak kepada UMNO/BN



Prof.Dr Abdul Aziz bari berkata keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang mem"provoke" Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi UMNO termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yakni Perkara 72(1). Oleh itu...

Friday, May 22, 2009

Hakim Lantikan oleh Lingam ragut hak Nizar di Mahkamah Rayuan Putrajaya


Tepat Jam 3.52 petang di Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat Keputusan atas Arahan algojo - algojo UMNO/BN,ini di lihat Bila Hakim yang nama nya pernah di sebut oleh V.K Lingam dalam skandal Perlantikan Hakim di lantik dalam Mengadili Kes Rayuan Pengesahan Dato' Seri Nizar Sebagai Menteri Besar Perak Yang sah,Pasti ini akan Di Jadikan Propaganda oleh BN yang mana mereka mungkin akan Mengatakan yang Pakatan Rakyat akan tetap mempertikaikan keputusan Mahkamah hanya apabila keputusn itu tak berpihak pada mereka. selanjutnya

Satu Lagi Referendum Menanti Najib dan BN di Kuala Krai



Setelah Di Penanti "Be End" mengambil keputusan untuk jadi pengecut atas alasan Pilihanraya itu satu pembaziran,atau hanya kerana terpaksa berdepan dengan pertempuran yang hebat di dalam kawasan kubu kuat Anwar Ibrahim di DUN Penanti,kini satu lagi Referendum bakal di lakarkan di Kuala Krai apabila ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut. oleh itu......

Friday, May 15, 2009

Najib tak boleh bebankan Raja dan Rakyat Perak...kerana pembubaran DUN adalah pengiktirafan kepada Hak Rakyat


Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak tak perlu membebankan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam isu membubarkan DUN sekiranya Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Dalam laporan media arus perdana hari ini (15 Mei 2009), Najib berkata bagaimanapun pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus.
Kata beliau, keputusan muktamad sama ada perlu diadakan pilihan raya negeri bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selanjutnya

Monday, March 30, 2009

PRK 2 bukit: BN nak tutup malu PR akan Tegakkan Maruah Rakyat



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang pagi tadi memperlihatkan keyakinan kedua-dua PAS dan Umno apabila menyaksikan kehadiran hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat manakala pemimpin-pemimpin baru Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hadir menunjukkan sokongan.Penyokong Pakatan yang tiba seawal 6.00 pagi memenuhi sekitar kawasan Wisma Majlis Perbandaran Taiping dan kawasan Jalan Alang Ahmad.
Suasana di kawasan penamaan calon itu kian sesak apabila menghampiri jam 8.00 pagi, apabila penyokong Barisan Nasional berkumpul di hadapan bangunan Umno Bahagian Taiping bersama dengan beberapa pemimpin Umno yang turut serta memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Ismail Safian.
Antara pemimpin Umno dan BN yang hadir ialah timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Zambry Abdul Kadir, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Puad Zarkashi, Tengku Adnan Mansor, Datuk Anuar Musa, presiden Parti Progresif Rakyat, M Kayveas serta pemimpin MIC negeri, G Rajoo dan naib pengerusi MIC, S Veerasingam.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din, pesuruh jaya PAS Perak, Ahmad Awang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Mujahid Yusuf, S Sivakumar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu serta pemimpin DAP Perak, Nga Kor Meng dan Ngeh Kor Ham.
Seramai 200 anggota polis antirusuhan telah diletakkan di kawasan padang esplanade yang mengasingkan penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Seramai tiga orang calon telah mengemukan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.Calon PAS, Mohammad Nizar telah sampai tepat jam 8.45 pagi dan borang pencalonan telah dihantar jam 9.06 manakala calon BN, Ismail tiba jam 9.10 diiringi oleh Muhyiddin Yassin.Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris juga turut bertanding.Penyokong Pas dilihat lebih ramai berbanding dengan penyokong Barisan Nasional. Bunyian gendang serta sorakan penyokong Pakatan Rakyat jelas menenggelamkan sorakan penyokong BN.BN dilihat bersemangat berdasarkan kehadiran pemimpin baru juga dibantu oleh parti komponen lain. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai ujian kepada kepimpinan baru Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri awal bulan depan.
PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menggunakan isu krisis dalam politik dan pentadbiran negeri Perak sebagai isu untuk berhadapan dengan Umno dan BN, selain serangan terhadap personaliti presiden baru Umno.Umno sejak pagi ini telah menunjukkan kesungguhannya menggunakan apa yang disifatkan sebagai penderhakaan terhadap raja oleh Nizar selain isu-isu lain seperti pengaruh kuat DAP dalam pentadbiran negeri untuk memenangi hati pengundi Melayu.

akan tetapi.....dalam utusan melayu BN menggunakkan kata tuduhan yang mengatakan pembakang sering melemparkan tuduhan........
Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.
Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.
Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.
Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.
Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.
Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.
Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.
Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.
Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.
Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.
“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.
Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.
Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.
Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.
Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.
Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.
Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.
Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.
Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.
Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.
Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti

Sunday, March 29, 2009

Najib Bakal sempurnakan Abjad dan Nafas Terakhir UMNO


Selepas di nobatkan sebagai Presiden UMNO yang baru Maka Lengkaplah....TEORI nafas - nafas Terakhir Buat UMNO...


Bermula dengan Tunku Abdul Rahman........

Rahman(Tunku Abdul Rahman)

Abdul Razak

Hussein Onn

Mahathir

Abdullah

Najib Tun Razak

selama 52 tahun UMNO hanya memperjuangkan pembangunan tetapi bukan kebajikan dan kebijaksanaan Bangsa...Kepercayaan Orang - orang bukan melayu terhadap BN telah pun terhakis...dan oraang - orang melayu juga bertekad mengubah haluan....
Presiden UMNO yang terakhir bergelumang dengan begitu banyak skandal antaranya kes pembunuhan Altantuya,skandal pembelian kapal selam,skandal komisyen eurocopter....
belum lagi menduduki kerusi PM Najib berdepan dengan Masalah pembuangan pekerja....krisis ekonomi....Dan Najib terus menipu rakyat dengan berkata supaya terus percaya Pada BN

Kalau kerja sudah tak ada, untuk apa percaya?
Ketika berlangsung penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, Utusan Malaysia melaporkan berita bertajuk "Lebih 26,000 orang hilang pekerja" (Lihat juga posting sebelum ini bertajuk "Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib").Media BN terus memainkan cerita - cerita yang merapu...
Jangan sampai yang terus orang percaya hanyalah tuduhan-tuduhan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Apabila tak ada lagi projek mee segera, adakah orang-orang Umno sanggup bertungkus-lumus memastikan kemenangan? Maklumlah, bisnes human trafficking (jual beli orang yang sanggup bagi undi untuk pemilihan UMNO) dah tak boleh buat dah. Perhimpunan Agung Umno sudah berlalu. Tunggulah apabila lebih ramai ahli UMNO (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian. Pada masa itu, tentulah lebih lumayan lagi bisnes human trafficking

Saya sedang menunggu kiriman email seorang pembaca yang akan menulis mengenai human trafficking di dalam Umno. Ada sesetengah orang menterjemahkan human trafficking itu sebagai bisnes persundalan (jual beli jalang). Mana saya tau, saya bukan reti sangat Orang Putih. Yang saya tau, jalang ada macam-macam jalang. Baru-baru ini, hampir setiap hari kita dengar tentang jalang-jalang politik.Apa pun, Raja Petra Kamaruddin ada menulis mengenai perniagaan persundalan. Beliau mendakwa Najib terlibat. Sila baca artikelnya yang bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute". Antara lain, beliau mendakwa:


But I was offered the opportunity to prostitute myself. One day, some time back, a person by the name of Rusdi Mustaffa who works for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, called me and said he wanted to meet me. I was then at the Havana Club in the Concord Hotel in Kuala Lumpur enjoying cigars with my friends.Rusdi arrived way past midnight and we talked. He wanted to know how much I wanted. I did not understand what he meant and told him so. He repeated the question and asked me how much I wanted to stop writing about Najib and Altantuya. Name my price.Saya teringat orang kata, "Undi UMNO, undi rasuah"

Proses demokrasi ala Malaysia yang disuburkan oleh UMNO/BN melihat berlakunya pertandingan 15 penjuru pada hari penamaan calon hari ini 29 Mac 2009 bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah. Selepas tragedi 1987, UMNO juga tewas dalam PRK di Johor Bahru, apabila keceluparan mencabar Dato' Shahrir Samad mengosongkan kerusinya. Apabila UMNO/BN hampir tergugat dengan PRK di Ampang, taktik mengumpan pengundi-pengundi dengan jumlah wang untuk pembangunan digunakan. Dato' Harun Idris tewas kerana dikaitkan dengan tragedi yang tak tentu hujung pangkal pada 1969. UMNO berjaya membunuh kerjaya politik Dato' Harun, tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi apabila DUN Kelantan kembali semula ke pangkuan PAS pada pilhanraya 1990.
UMNO/BN akan melakukan apa sahaja untuk menang di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pada 7 April 2009. Bagaimanapun orang Melayu tak lagi taksub dengan UMNO; berikutan insiden gambar Najib dikoyak di beberapa tempat di utara. Sebahagian besar anak-anak muda ikut sama bersolat hajat berjemaah malam ini (29 Mac 2009), memohon Najib tak diterima oleh istana memegang jawatan Perdana Menteri. Keberangan orang Melayu kepada UMNO, semakin sukar dibendung apabila Najib memimpin UMNO mengikut kaedah demokrasi yang mereka tetapkan. Kalau Najib mahu rakyat menterjemahkan aspirasi beliau, sudah lama ianya diterjemahkan, tetapi cuba disembunyikan dengan tatacara yang memalukan, memilukan dan menyayukan! Bermula dengan Raja Petra Kamaruddin ke ISA, kehilangan penyiasat persendirian dan terbaru Ahli Parlimen Puchong digantung setahun.

Satu perkara aneh telah terjadi: beberapa orang pemuda yang didengar bercakap tentang perhimpunan agung UMNO, telah mengemukakan satu pertanyaan yang sangat pelik dan sungguh menghairankan: Berapa lama Najib boleh kekal? Jika pertanyaan itu datang daripada golongan tua (dipanggil veteran) dalam UMNO, kita boleh faham kerana mereka orang bijaksana, pandai melihat rahsia tersembunyi jauh ke depan. Ini orang muda yang bertanya seperti itu. Mengapa? Nampaknya mereka bingung dengan segala macam kontroversi yang tidak berjawab mengenai Presiden UMNO yang baru ini, yang juga Perdana Menteri baru.
Kata budak-budak muda itu, ahli MT tidak boleh lari dari bertanya tentang perkara-perkara yang boleh menyulitkan Najib Tun Razak, bertanya bukan berdepan dengan PM baru, tetapi bertanya sesama sendiri. Mereka akan dapati diri mereka (yakni ahli MT) berada dalam keadaan serba salah, kerana sudah jelas dari percakapan mereka bahawa mereka mahu berlaku jujur, berterus terang, ikhlas, tidak bermuka-muka dan seterusnya. Akan tiba masanya mereka akan meminta PM baru itu mencintai UMNO dan bangsa Melayu lebih daripada kedudukan peribadi, dengan melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada tokoh yang lebih berwibawa.
Hanya dengan berbuat begitu saja UMNO akan dapat menghadapi pilihan raya ke-13 sebagai parti yang betul-betul mempunyai integriti. Nampaknya PRU 13 tidak akan dikendalikan oleh Najib Tun Razak, yang mungkin berada di suatu tempat yang mengejutkan, oleh itu menghalangnya daripada menghadapi pilihan raya itu. Dalam keadaan UMNO yang begitu kelam-kabut, UMNO perlukan seorang diktator yang bengis untuk menghadapi kekalutan dalam parti dan kebencian rakyat kepada UMNO. Jika Najib Tun Razak sanggup memainkan peranan itu, UMNO dan dirinya sendiri mungkin boleh diselamatkan buat sementara. Tetapi selepas itu UMNO akan hancur, melontarkan serpihannya ke pelosok negara.
Mungkin ada di antara mereka yang akan masuk penjara kerana desakan sesama sendiri. Inilah yang terjadi apabila Tun Razak meninggal di London. Kalau kita boleh percaya kepada pandangan ahli sejarah, memang hakikat sejarah untuk mengulang balik kejadian yang telah terjadi. Sejarah memang selalu berulang kembali. Berapa orang tokoh penting UMNO dipenjarakan semasa pemerintahan Tun Hussein Onn? Yang paling terkenal ialah Dato’ Harun Idris, Bapa Pembangunan Selangor yang mengasaskan Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Dato’ Harun Idris menjadi saingan sengit seorang ahli politik dari Pahang. Adakah ahli politik itu yang telah membawa Dato’ Harun ke Penjara Pudu? Semua boleh berlaku dalam UMNO, oleh itu pertanyaan anak muda tadi memang berasas.

Friday, March 27, 2009

Dunia Kini Menuding Jari ke arah Kezaliman Najib

Selepas Arnaud Dubus dari akhbar Liberation kini seluruh dunia dah mengetahui tentang ke'bobrokan Najib,Darah Alltantuyya yang membasahi tangan Najib kini telah terbongkar oleh seluruh Penghuni Dunia dan kini Akhbar The AUSTRALIAN melaporkan dalam tajuk Web akhbarnya yang di tulis oleh wartawan Michael Sheridan dan Matthew Campbell...iaitu MURDER OF FAR EASTERN MATAHARI LINKED TO MALAYSIA PM - IN -WAITING....michael mengulas lagi kenyataan Dubus....berhubung skandal penjualan 3 buah kapal selam yang melibatkan komisen dari syarikat perancis dan mengarahkan Membunuh alltantuya untuk menafikan komisen USD 500,00 dengan menggunakan 2 Anggota polis dari Unit Tindakan Khas...dan di penghujung laporan Michael dan Matthew melaporkan yang Mana apabila Ahli Parlimen Puchong iaitu Gobind Singh Deo melemparkan tuduhan itu keatas beliau di dalam dewan rakyat yang mana Gobind Singh Deo mengesyaki Najib terlibat dalam pembunuhan tersebut...... tetapi Najib Menafikan sekeras - kerasnya tanpa mahu di siasat.....



Akhbar Times Of India juga melaporkan berita yang lebih kurang sama.....dengan The AUSTRALIAN....tapi tajuk berita yang berlainan



Dan dua Akhbar ini pula datangnya dari Negara Jiran kita iaitu Indonesia.....Akhbar ini popular bukan saja di Indonesia mahupun di malaysia....KOMPAS
melaporkan Keraguan pada kepimpinan Najib yang mungkin akan membawa satu dimensi ditaktorisme yang lebih Zalim dari Mahathirisme........

Dan Majalah Forum di Indonesia memuatkan sebuah artikel yang bertajuk “Najib Razak dan kematian Altantuya dalam keluaran mereka pada 15 Mac 2009 yang lalu. dengan Pendedahan demi pendedahan Najib telah cuba menutup dan merampas akhbar milik parti pembangkang di dalam negara,tetapi di luar negara apa daya najib.....Dengan perbuatan Najib dan sikap nya yang seringkali mengelak dari di siasat dan di"bersih"kan dari segala tuduhan sedikit sebanyak telah mencalarkan imej malaysia di mata dunia,Kita kini punya Perdana Menteri di kalangan Penjenayah.......
Jika itu semua ternyata benarlah bukan Diktatorist Mahathir tetapi the new age Of Najib Diktatorism.......
Najib boleh menafikan dengan kuasa Perdana Menterinya tapi kini dunia Dah tahu....Siapa Najib,hukuman menanti Najib UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU ke -13

Walau pun Pada ketika dan saat Artikel ini di tulis Pak Lah(Abdullah Ahmad Badawi) telah pun menyerahkan kerusi Presiden UMNO kepada Pemimpin Melayu Keparat ini dalam Perhimpunan Babun - Babun Melayu di PWTC.....Najib telah pun pasti akan memegang tampuk pemerintahan negara dan dilihat dunia sebagai Perdana Menteri atau pun Pemimpin yang paling busuk di alam Maya.....Polisi yang di laksana kan Najib lebih Zalim dari Mahathirisme...Sedangkan Tun Mahathir pun seakan berkrisis dengan Najib Ekoran Anaknya Mukhriz telah terpelanting dari pemilihan Jawatan Ketua Pemuda UMNO....sedangkan Mukhriz memiliki jumlah pencalonan yang paling banyak...Maknanya kita tunggu Episod kezaliman Najib.Ia bagaikan Siren yang telah berbunyi menandakan JIHAD TERHADAP NAJIB....